Pelbagai Cara Belajar
M. Bakri Musa
Petikan #19: dari buku saya, Qur'an, Hadith, And Hikayat: Exercises In Critical Thinking.
Walaupun wujudnya pelbagai teori dan cara belajar, namun ada beberapa persamaan yang ketara. Salah satunya ialah kita lebih senang belajar apabila kita ada dalam keadaan suka dan gembira. Neurotransmitter “kegembiraan” yang dirembeskan pada hujung saraf ketika kita dalam keadaan gembira adalah sama yang diperlukan untuk membentuk litar pembelajaran baru.
Satu cara yang paling berkesan dan menyeronokkan untuk belajar bahasa baru ialah melalui mennyanyi. Itulah sebab murid tadika dan juga di peringkat prasekolah digalakkan menyanyi. Semasa sekolah primary Inggeris dulu, menyanyi ialah satu kebiasan dan digalakkan, menyanyi lagu “nursery rhymes” seperti “Ba! Ba! Black Sheep” (Ba, Ba, Biri Hitam). Neurotransmitter kegembiraan yang dicetuskan oleh muzik meningkatkan taraf pembelajaran. Guru yang hebat juga membawa kegembiraan kepada murid mereka.
Mengikut falsafah itu, sebuah sekolah di Chicago tidak memberi gred gagal kepada muridnya. Sebaliknya guru akan menulis “Belum Lagi!” yakni belum lagi bersedia untuk mendapat markah lulus. Betapa indahnya cara menyampaikan maklumat yang sama tanpa memberi label atau ‘jenama’ yang memudaratkan secara kekal kepada seseorang, terutamanya mereka yang masih kecil!
Ditampal dengan label “gagal” adalah antara halangan yang paling berat dan merosakkan jiwa seseorang terutamanya kanak-kanak dan anakmuda untuk terus belajar. Catatan “Belum Lagi” itu mencerminkan sikap yang amat tercerah serta juga satu penghormatan yang mendalam dari guru terhadap muridnya sebagai individu.
Namun begitu, terdapat satu pemerhatian yang bertentang. Semasa Pendudukan Jepun dulu, bapa saya, seperti kebanyakan orang lain, tidak menghadapi masalah belajar Bahasa Jepun, walaupun bahasa itu jauh lebih sukar, ditambahkan pula dengan skrip kanji yang asing. Tetapi Pemerentah Jepun ada cara mengajar yang mungkin bertentangan sama sekali dengan apa yang disarankan oleh sains neuro moden. Kepada Pemerentah Jepun, “Engkau mesti belajar, jika tidak . . .”
“Jika tidak” itulah perentah yang paling berkesan. Guru Jepun menanamkan ketakutan, bukan kegembiraan, di murid mereka. Apa bezanya?
Apabila bapa saya dan orang lain belajar Bahasa Jepun semasa dulu, mereka bukan didorong oleh keinginan untuk menguasai bahasa baru, sebaliknya akibat dipaksa. Kalau tidak engkau mungkin di hantar kerja ke Keratapi Maut di Burma. Itu adalah motivasi yang jauh lebih berkesan! Tetapi kesan jangka panjangnya pula lain cerita. Hanya beberapa tahun selepas Jepun menyerah, bapa saya sudah melupakan sebahagian besar daripada apa yang telah dipelajarinya!
Tidak semua seperti begitu. Ahli ekonomi terkenal Ungku Aziz tidak lupa bahasa Jepunnya dan terus dapat melanjutkan pengajiannya ketaraf kedoktoran di Jepun.
Seseorang itu mengikut umurnya, cara persenderiannya, keadaan kehidupannya, serta kandungan atau apa yang ingin dipelajari serta persekitarannya akan mempengaruhi cara dan juga senang atau susah ia belajar. Guru yang pandai akan mensesuaikan semua ansur dan pengaruh itu.
Satu lagi kerumitan berkait dengan mata pelajaran ilmu hisab yang biasa di sebut sebagai, “Saya tak pandai atau boleh buat matematik!” Keupayaan matematik berbeza mengikut kumpulan budaya dan sosial. Ada juga yang menambah, mengikut kaum. Sama ada ini lebih berkaitan dengan persekitaran, biologi, atau kaedah pengajaran, ia hanyalah spekulasi. Orang Asia Timur cemerlang dalam matematik dengan teknik latih-tubi dan hafalan yang terbukti berkesan.
Merujuk kepada status sosioekonomi, golongan miskin tidak berprestasi baik, bukan hanya dalam matematik. Dalam sesetengahnya ini boleh dikesan kepada persekitaran mereka, dengan keracunan plumbum menjadi punca paling terkenal yang menyumbang kepada masalah pembelajaran. Plumbum ditemui dalam cat lama dan di udara dengan penggunaan petrol berplumbum, yang masih biasa di Dunia Ketiga. Seperti yang disebutkan sebelum ini, masalah penyakit cacing juga di kalangan golongan miskin.
Satu kajian baru ini menunjukkan peranan neurobiologi yang agak menarik bagi keupayaan matematik. Di Britain, seperti di Malaysia, pelajar tidak perlu mengambil matematik selepas Tahun 11 (Tingkatan V). Ini memberikan peluang untuk “eksperimen alam semula jadi” bagi membandingkan mereka yang terus mengambil matematik berbanding mereka yang tidak.
Menggunakan kajian pengimejan otak khas (MRI) yang menumpukan pada dua kawasan utama dalam otak yang diketahui terlibat dengan memahami angka dan perkiraan, mereka membandingkan antara penuntut yang meneruskan pengajian matematik di Tingakatan Enam berbanding dengan mereka yang tidak. Tidak menghairankan, kumpulan yang kedua mendapat skor yang lebih rendah. Kemudian mereka mengimbas otak pelajar untuk menentukan tahap neurotransmitter GABA (Gamma-aminobutyric acid) dan glutamate. Kedua tahap ini boleh dikaitkan (korelasi) dengan kemahiran matematik pelajar dan sama ada mereka telah meneruskan pengajian matematik mereka di peringkat “A” (Tingkatan VI) atau tidak.
Kedua-dua neurotransmitter ini diketahui berkaitan dengan neuroplastisiti, yakni keupayaan untuk mempelajari perkara baru dan membuang rangkaian lama yang tidak diperlukan. Tidak meneruskan pembelajaran matematik mengurangkan tahap kedua neurotransmitter ini dan seterusnya neuroplastisiti pelajar berkaitan dengan keberesan dengan angka dan numbor.
Kesimpulannya untuk Malaysia ialah kita mesti meneruskan matematik untuk semua pelajar sehingga ke tahun pertama universiti, jika tidak pun sekurang-kurangnya sehingga Tingkatan VI (13 tahun). Untuk masuk ke Universiti California, yang merupakan sistem peringkat tertinggi di sini, penuntut perlu mengambil matematik sepanjang sekolah menengah (12 tahun). Itu termasuk kalkulus. Di kolej terkemuka di AS, semua pelajar perlu mengambil setahun mata pelajaran matematik. Begitu juga untuk mereka dalam fakulti perubatan di Amerika, kalkulus dan statistik di perlukan.
Selanjutnya: Petikan #21:Growth Versus Fixed Mindset
No comments:
Post a Comment