Turunkan Umur Persaraan Perkhidmatan Awam
M. Bakri Musa
Ogos 27, 2025
Kerajaan mencadangkan umur wajib persaraan dalam perkhidmatan awam dinaikkan daripada 60 tahun yang ada sekarang ke 65. Itu langkah kurang baik bukan sahaja untuk perkhidmatan awam tetapi yang jauh lebih penting lagi, kepada masyarakat Melayu dan juga negara. Pandangan ini mungkin tidak masuk akal pada pandang pertama oleh sebab perkhidmatan awam kini hampir keseluruhannya terdiri daripada orang Melayu. Meninggikan umur persaraan mungkin di anggap sebagai menolong mereka.
Sebaliknya kerajaan patut menurunkan umur persaraan kembali kepada 55 tahun seperti sebelum 2000, dan mengalakkan kaki tanggannya bersara cara pilihan lebih awal lagi. Kini ialah pada umur 40 tahun dan selepas sepuluh tahun berkhidmat.
Tun Razak berbuat demikian pada tahun 1970-an untuk menggalakkan pegawai kerajaan yang muda bersara lebih awal lagi supaya membolehkan mereka mencabar diri dalam dunia swasta. Oleh sebab kebanyakan kaki tangan kerajaan adalah orang Melayu, itu akan menambah peranan bangsa kita di pasaran swasta. Begitulah Hanafiah, Raslan, dan Mohamad, semuanya kakitanggan kerajaan yang muda pada masa itu, berani keluar dan menubuhkan HRM Accounting, satu firma Bumi pertama yang kini amat berkesan dan mempunyai jangkauan global.
Terdahulu dari itu kerajaan penjajah British bertindak dengan lebih bertanda lagi. Mereka tidak pun mengenakan sebarang ikatan wajib berkerja bagi para pelajar tajaan kerajaan. Dengan itu seorang peguam muda yang cemerlang, Ma’arof Zakaria dari kampung saya di Seri Menanti, Negeri Sembilan, bebas daripada ikatan perkhidmatan rasmi. Dengan itu beliau berjaya menubuhkan Bank Kebangsaan Melayu, satu usaha yang pertama seumpamanya dan di sambut dengan hebat oleh masyarakat Melayu. Dalam singkat yang pendek sahaja bank itu telah berjaya. Tetapi tidak lama kemudian Ma’arof di jumpai tergantung dalam hutan belukar. Pihak British mendakwa kes bunuh diri.
Berbalik ke hari ini, renungkan jika Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Ahmad berperangai seperti sebahagian besar rakan seangkatan mereka dan kekal dalam perkhidmatan awam atau syarikat berkaitan dengan kerajaan. Alangkah ruginya bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga negara.
Ironisnya dan juga satu kelainan yang menarik serta mungkin berkait dengan tema yang sama ialah ini. Semasa krisis ekonomi lewat 1990-an, saya bertemu beberapa orang pelajar Melayu yang luar biasa di California. Luar biasa kerana tidak seperti sebahagian besar yang lain, mereka adalah graduan dari universiti elit di sini. Mereka merancang bagaimana untuk “gagal” dalam temu duga kerja mereka yang akan datang di tanah air. Mereka berjaya kerana tidak lama kemudian mereka kembali ke Amerika, bebas daripada syarat ikatan perkhidmatan dengan kerajaan. Penemuduga mereka di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malah memohon maaf oleh kerana tidak dapat memberi mereka peluang berkerja.
Perkhidmatan awam yang cenderong kepada kaum Melayu bukanlah suatu nikmat yang tiada celaka disebaliknya. Selain daripada mengurangkan dan tidak mencabar pemuda pemudi Melayu untuk masuk ke gelanggan sektor swasta, ia juga menambah dan menseburkan fikiran mereka untuk terus bergantung kepada kerajaan untuk segalanya – pekerjaan, kesihatan, dan pendidikan anak mereka. Jika kita beri galakkan untuk mereka dalam perkhidmatan awam untuk bersara lebih muda lagi melalui persaraan pilihan awal, itu akan membantu mengkikis tabiat buruk ini.
Saya teringat fikiran tajam Allayaraham Zaaba. Kalau boleh, hendak masuk syurga pun orang Melayu mungkin bergantung kepada kerajaan!
Selepas Perang Dunia Kedua, Itali memberikan peluang kepada penjawat awamnya pilihan persaraan lebih awal lagi dalam usaha merangsang ekonominya yang telah musnah. Itali juga membenarkan penjawat awam kanan untuk bekerja di sektor swasta sehingga lima tahun dengan pilihan untuk kembali ke perkhidmatan awam.
Apabila pakar bedah ortopedik terkemuka dulu, Dr. Majid Ismail, bersara pada tahun 1976 berusia 55 tahun, beliau masih muda dan bertenaga lagi untuk memulakan banyak perusahaannya. Menaikkan umur persaraan ke 65 tahun hanya akan mendorong pesara tersebut untuk menghabiskan sisa hidup pasca persaraan mereka di masjid atau padang golf. Renungkan, pada umur 60 tahun bersara sekarang, mereka sudah terlalu tua dan terbiasa dengan cara mereka untuk diterima oleh sektor swasta.
Perkhidmatan awam negara kini memerlukan lebih ramai bakat baru yang bertenaga dan berkebolehan terutamanya di peringkat atas. Bacalah memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang agak perit terhadap pegawai kerjaya tertingginya. Anda mungkin sedia maklum bahawa semuanya adalah pegawai Melayu. Beliau merujuk hanya kepada kakitangan profesional. Tetapi bayangkanlah mutu kakitangan pentadbiran am!
Renungkan juga, mungkinkah Najib serta isterinya (secara berasingan) berjaya didakwa dan dihukum jika kerajaan menggunakan peguam dalaman di pejabat Peguam Negara? Renungkan juga semasa Thomas berkhidmat dengan kerajaan, tidak ada kes penarikan balik lewat atau kes dilepaskan tanpa dibebaskan (Discharge Not Amounting To An Acquittal, DNAA) bagi kes rasuah yang berprofil tinggi.
Mutu perkhidmatan awam sekarang amat memalukan dengan kurang kecekapannya. Bagaimana negara dan bangsa hendak maju dengan keadaan ini? Kebanyakan mereka di perkhidmatan awam adalah kelulusan universiti yang bermutu rendah. Contoh utama, Ketua Setiausaha Negara sekarang. Mereka kurang cerdik dan tanpa kebolehan sebagai eksekutif yang beres menyelesaikan masalah. Mereka lebih kepada kerani besar yang dimuliakan dan sentiasa menuggu arahan. Maklumlah, “Kami menurut perentah!”
Persaraan pada 60 tahun kini sudah mencipta banyak insentif yang songsang yang akan menjadi lebih teruk dengan kenaikan umur persaraan. Pegawai kanan lebih taksub untuk membodek ketua atasan politik mereka dengan harapan untuk dilantik ke beberapa jawatan selesa pasca persaraan dalam lambakan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan. Tidak hairanlah perusahaan tersebut tidak dapat bersaing di sektor swasta.
Itulah muslihat Najib Razak untuk membuat pegawai tetap teratas bersetuju dengan pelbagai skim penipuan dan tanpa amanah yang berlumayan. Bekas Ketua Setiausaha, Sidek Hassan, seorang lagi graduan dari sekolah perniagaan Amerika gred ketiga, mengakui di mahkamah bahawa beliau “tidak berbuat apa-apa pun” sebagai pengarah 1MDB. Beliau terlalu syok sendiri menikmati allowannya yang lumayan dan berkali ganda melebihi gaji resminya yang juga sudah melambung.
Mungkin kerajaan akan kehilangan seorang dua kakitangan berbakat dan berkebolehan jika tidak menaikkan umur persaraan. Masaalah itu senang di selesaikan dengan melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka secara individu.
Penjimatan dana yang dijangka akibat melambatkan umur persaraan adalah sangat kecil berbanding manfaat daripada menyingkirkan “kayu layu” dalam perkhidmatan awam. Selain daripada itu, kita mesti beri insentif kepada persaraan awal untuk mencetuskan suntikkan bakat Melayu yang sangat diperlukan di sektor swasta. Negara, khasnya masyarakat Melayu semasa, beringinkan lebih ramai lagi bakal Hanafiah, Raslan, Mohammad, dan Dr. Majid Ismail kita.
No comments:
Post a Comment