(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, October 26, 2023

Persembahan Anies Baswedan

 Persembahan Calun Presiden Indoneisa Anies Baswedan Mengakumkan!

M. Bakri Musa

 

26 Oktober 2023

 

Persembahan Anies Rasyid Baswedan pada 11 Oktober 2023 di International Institute of Islamic Thought and Civilization/World Professorial Lectures (ISTAC/WPL) amat mengagumkan. Dia ialah bekas Gabenor Jakarta dan juga calon Presiden Indonesia pada pilihan raya pada Februari 2024.

 

            Baswaden melambangkan warisan cemerlang Presiden Indonesia Jokowi. Jokowi berjaya membawa ramai bakat muda yang cerdik ke dalam pentadbirannya. Berasaskan atas ucapan Baswaden di ISTAC/WPL, pemilihan Baswedan sebagai Presiden Indonesia akan meyakinkan serta mempercepatkan lagi kemajuan negeri itu yang kini sudah pun mengagumkan. Itu akan memberi akibat yang baik bukan sahaja untuk Indonesia tetapi juga Malaysia dan negara serantau.

 

            Melalui keajaiban teknologi digital saya kini boleh mendengar serta kadangkala mengambil bahagian sekurang-kurangnya secara maya dalam seminar dan pembentangan tersebut di seluruh dunia. Di Malaysia, satu siri yang menarik perhatian saya ialah Kuliah Profesor Sedunia Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC/WPL, dalam rengkasan Bahasa Inggeris). Tetapi pujian saya terbatas. Setakat ini saya merakamkan hanya dua dan tiga kuliah sahaja. Yang lain itu boleh lah dilupakan saje.

 

            Antara ceramah pilihan saya ialah diberikan oleh Aria Nakissa pada 3 Julai 2022. Seorang lulusan University of Pennsylvania, beliau memperolehi Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kemudiannya mendapat ijazah JD (undang undang) dan PhD dari Harvard. Beliau membentangkan penyelidikannya dalam Pengajian Islam menggunakan sains kognitif, "data besar," dan sumber yang bukan tradisional. Satu lagi graduan UIAM terkenal ialah mendiang anak Pakistan kelahiran Singapura, Shahab Ahmad. Seorang PhD dari Princeton dan pensyarah di Harvard, dia pengarang What is Islam? The Importance of Being Islamic (Apa Itu Islam? Kepentingan Menjadi Islam), satu buku yang di puji seluroh dunia akademik.

 

            Satu pemerhatian dan kegusaran saya pada persembahan tempatan. Pertama ialah kilang kabut teknikal pada permulaan program. Itu amat remeh dan memalukan serta membuang masa. Mengapa kakitangan tidak melakukan percubaan sebelumnya dan memastikan agar semua alat seperti mikrofon tidak ada kesilapan?

 

            Seterusnya, “slides” yang di gunakan mestilah mempunyai apa yang dikatakan oleh Edward Tufte nisbah data/dakwat atau data/byte yang tinggi. Kalau banyak butir yang tidak mustahak, itu akan menggelamkan inti mesej. Umpamanya katakan sahaja, "Para hadirin, makanan kini dihidangkan!" Ringkas, lima perkataan sahaja. Tetapi biasanya tidak begitu. Acara dimulakan dengan kata aluan serta meminta maaf atas persembahan "rendah hati," mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu kerana "menghormati" majlis itu, dan tukang masak untuk keajaiban masakannya. Itu akan di tambah pula dengan salam hormat yang berpanjangan serta membaca doa yang meleret. Sementara itu, nasi dan lauk sudah sejuk dan mungkin basi.

 

            Tajuk acara ialah, "Masa Depan Tamadun Dunia Melayu Dan Sumbangannya Kepada Wacana Global Mengenai Pembangunan Lestari." Ia berlangsung hampir 130 minit! Bagaimanapun, Baswedan tidak mula bercakap sehingga kira-kira 49 minit ke dalam acara itu, selepas kata aluan dan perkenalan yang meleret panjang, termasuk seorang pengagum yang pada satu ketika terpancar kagum dan kemudiannya menangis atas sebab yang sama. Lebih satu pertiga masa terbuang! Orang ramai datang untuk mendengar penceramah jemputan, bukan hos, juruacara atau perkenalan.

 

            Ucapan pendahuluan yang panjang hanya mencerebeh sahaja dan membuang masa. Tidak ada sesiapa pun menyebut mengapa pencalonan Baswedan untuk menjadi Presiden Indonesia mendapat perhatian ramai. Jika dia sendiri tidak menyebut dalam ucapannya bahawa sebagai Gabenor Jakarta dia telah berjaya menangani jalan raya yang sesak di bandar itu dengan menambah sistem pengangkutan awamnya, saya pun juga tidak mengetahui pencapaian yang luar biasa itu. Beliau menyebutkannya bukan untuk bermegah atas kebolehannya sebagai seorang pentadbir, sebaliknya sebagai contoh cara menyelesaikan masalah menggunakan alat budaya kita seperti bermesyuarah dan berunding serta bergotong royong atau bekerjasama.

 

            “Slides” yang ditampirkan oleh beliau juga bebas daripada apa yang disebut oleh Edward Tufte sebagai "chartjunk." Bermakna, kesemuanya mempunyai nisbah data/bait yang tinggi. Menyegarkan dan bermaklumat!

 

            Mencerminkan latihannya mendapat PhD Amerika, Baswaden mengambil hanya 27 minit untuk persembahannya. Dia dengan sengaja memberi masa yang panjang untuk sesi soal jawab. Soalan dari pelajar pun tajam dan bernas. Seorang bertanya sama ada Alam Melayu yang di sifatkan oleh Baswaden itu berdasarkan ilmu alam, bahasa, budaya, atau genetik. Dia mengaku tidak bertahu tentang genetik. Seorang lagi, penuntut perusahaan, bertanya apa mungkin kesannya pembinaan Terusan Kra yang dicadangkan.

 

            Jawapan Baswaden ringkas. "Perubahan tidak dapat dielakkan, oleh itu kita mesti bersedia untuknya." Dia tidak menjelaskan secara terperinci apa persediaan untuk menghadapi perubahan. Tetapi saya selepas mendengar Baswaden boleh menasihatkan penuntut itu. Contohi Baswaden! Cari latihan terbaik, pelajari bahasa Inggeris (kini bahasa antarabangsa), dan terus mencari ilmu. Manfaatkan tradisi budaya kita, yakni, bermesyuarah dan bergotong royong untuk menyelesaikan masalah masyarakat.

 

            Seorang ahli fakulti kanan juga menyertai sesi soal jawab bukan untuk memberi soalan tetapi berbangga dengan kertas kerjanya mengenai datuk Biswaden yang terkenal. Jika tidak didorongi oleh moderator, Biswaden mungkin tidak memberi komen apa apa.

 

            Tajuk persembahan Biswaden menarik minat saya kerana saya baru sahaja menyiapkan draf pertama buku saya yang akan datang, “Malay Cultural Encounters: From Pre-Islam Through Colonization And The Digital Revolution.”(Pertemuan Luar Tamadun Melayu:  Dari Pra Islam Melalui Penjajahan Dan Terus Ke alam Digital). Saya mengucapkan tahniah kepada ISTAC/WPL kerana menjemput beliau. Perdana Menteri Anwar sepatutnya meminta beliau berucap di kabinet Malaysia. Jika Biswaden dapat menyelesaikan kekacauan lalu lintas Jakarta yang mengerikan, membentuk kabinet Anwar mungkin satu kerja yang mudah. Dalam masa yang sama, Anwar patutlah menimbangkan siapa kah yang bakal jadi Anis Baswedan beliau

0 Comments:

Post a Comment

<< Home