jakIM Mencekam Umat Islam Malaysia
JAKIM Mencekam Umat Islam Malaysia
M. Bakri Musa
Islam adalah akidah teragung serta tahan lasak. Ia boleh mengatasi perselisihan dalaman pada awal lagi yang sehingga kini belum dapat dipulihkan, yakni perpecahan antara kaum Sunni dan Syiah pada Abad ke-7 CE. Islam juga terselamat daripada ancaman luar teruk seperti pencerobohan Monggol pada abad ke-13 CE. Sebaliknya, mereka yang bertukar menjadi kaum Islam. Maknanya, Islam sebagai agama tidak memerlukan sebarang pembelaan, lebih lagi oleh mereka yang kaki dan gila kawalan dalam JAKIM.
Percubaan terbaru JAKIM untuk kononnya “membela” Islam ialah kenyataan pada 5 Februari 2025 di Parlimen oleh Na’im Mokthar, Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri. Yakni badan bukan Islam mesti mendapatkan kebenaran terdahulu dari JAKIM dan mematuhi garis panduannya apabila menjemput orang Islam untuk "acara perayaan, pengebumian, atau acara yang diadakan di rumah ibadat bukan Islam."
Kementerian "Hal Ehwal Agama" sendiri mempunyai kelirunya sendiri. Kementerian itu hanya berurusan hal ehwal Islam sahaja dan bukan agama amnya. Lebih tepat lagi, hanya urusan duniawi umat Islam Malaysia khasnya orang Melayu. Pada hakikatnya JAKIM adalah sebuah badan birokrasi yang terbesar dan berbelanja berbilion untuk mengawal pemikiran dan acara hidup umat Islam Malaysia. Pada mereka di JAKIM, umat Islam tempatan seumpama kanak-kanak yang rapuh. Imannya senang sahaja terganggu jika meraikan hari Krismas atau Tahun Baru Cina bersama sahabat, jiran dan rakan sekerja tanpa bimbingan dari JAKIM.
Menurut perbadanan Sisters-In-Islam, garis panduan terbaru ini adalah satu lagi percubaan "untuk mengawal dan mengasingkan, bukan untuk menggalakkan keharmonian." Mengasingkan pasti; tetapi mengawal? JAKIM mempunyai pengaruh yang tipis dan terus surut di kalangan masyarakat Melayu. Jika benar JAKIM masih boleh mempengaruhi masyarakat Melayu, saya lebih suka jika pejabat itu menggunakannya untuk menanam rasa takut kepada Allah kepada pemimpin yang pecah amanah dan bermain rasuah serta mereka yang biasa menziarahi tempat judi.
JAKIM hanyalah satu pejabat awam yang terbesar istimewa untuk memberi kerja kepada ribuan yang berkelulusan dalam Pengajian Islam. Mereka tiada mempunyai kemahiran yang berguna kepada majikan swasta dan masyarakat amnya. Bayangkan perkembangan besar pejabat serta kakitangan jika JAKIM mesti menyemak dan meluluskan setiap permohonan untuk orang Melayu dijemput ke pesta Krismas. Ini hanya sifat buat kerja sahaja.
Saya gembira kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah membuang idea bodoh Menteri Hal Ehwal Agamanya. Anwar harus pergi lebih jauh lagi dan mencontohi Presiden Trump dengan terus menutup JAKIMdan memecat menterinya.
Fikirkan kehilangan peluang (lost opportunity). Renungkan jika dana berbilion yang diperuntukkan keJAKIM itu digunakan untuk membeli peralatan mengorek untuk mendalamkan sungai dan tali air yang berkeladak, itu akan mengakibatkan banjir kurang berlaku. Begitu juga jika dana itu disalurkan untuk memodenkan sekolah kampung dan memberi murid makanan percuma seperti apa yang di buat oleh Indonesia sekarang. Anak kampung kita mungkin lebih cenderung pergi sekolah akibat perbuatan demikian!
Korah pekerja JAKIM keluar daripada pejabat mereka untuk misalnya mengawal lalu lintas di luar masjid semasa solat Jumaat. Atau bersihkan jalan raya dan taman awam. Saya tidak tahu sama ada itu akan memberi pahala cukup untuk mereka memasuki Syurga dan menerima bahagian anak dara yang dijanjikan, tetapi ini tentu sudah pasti. Yakni jalan raya dan taman awam pasti akan lebih bersih. Itu akan memberi manfaat kepada semua.
Yang Di Pertuan Agung kini, Sultan Ibrahim dari Johor, pernah mempersoalkan mengapa Jabatan Agama negerinya memerlukan berbilion-bilion setiap tahun. Tiada jawapan. Agung sekarang patut mengulangipertanyaan itu kepada Perdana Menteri Anwar.
Garis panduan JAKIM itu di isytiharkan sehari sebelum hari lahir Pramoedya Ananta Toer yang ke-100. Pegawai JAKIM patut memperluaskan bacaan mereka daripada hanya risalah Arab kuno. Bacalah sedikit sastera dan karangan kita semasa. Renungkan cerpen Pram "Sunat." Acara sahaja seperti bersunat tidak akan menjadikan seorang itu Muslim yang baik serta sejati, bahkan tidak akan merasa pun seperti seorang Muslim.
Melihatkan serta mengalami kemiskinan dan kemelaratan di kampungnya, Pram mendorong pembacanya kepada kebijaksanaan nenek moyang kita: Kemiskinan mendekati kekufuran. Kemiskinan adalah penghalang terbesar untuk kita memasuki Syurga, sama ada versi Al-Quran atau pelbagai jenis duniawi. Kurangkan kemiskinan dan anda akan kurangkan maksiat. Tidak semena-mena penderaan suami isteri, anak terbiar, dan penyalahgunaan dadah berleluasa di Kelantan, negeri yang dianggap paling “Islam”. Terkilan besar sebab JAKIM mengalihkan usaha kita daripada menyelesaikan masalah kemiskinan Melayu ini yang sukar diatasi.
Perintah utama Al-Qur'an ialah "Biasakan yang baik; jauhi yang jahat!” Ayat beribu yang lain ituhanyalah ulasan dan perincian tentang tema sulung ini. Siapa yang menganggap bahawa mengukuhkan ikatan antara kaum dengan mengambil bahagian dalam perayaan satu sama lain sebagai tidak membawa kebaikan, atau melihat garis panduan yang dicadangkan mereka sebagai usaha soleh untuk melarang kemungkaran, tidak patut diberi layanan atau di hormati. Begitu juga mereka yang mempunyai pandangan yang sama.
Dengan menolak cadangan Menteri Agamanya yang tidak berfikir, Perdana Menteri Anwar telah menunjukkan bahawa kerajaan Madaninya juga Kerajaan Muhibbah. Anwar adalah pemimpin semasa yang boleh menentang mereka yang merebak ajaran Islam yang sesat di dalam dan juga di luar kerajaan. Oleh sebab itu dia perlu pergi lebih jauh lagi. Garis panduan Naim Mokthar itu tidak patut diterima oleh masyarakat majmuk, lebih-lebih lagi dalam kabinet.
Dengan tindakkan yang terang serta muktamad, Perdana Menteri Anwar telah memberi isyarat jelas kepada menteri yang lain untuk supaya tidak menarung fikiran angkuh yang seumpama.
Kontroversi terbaharu ini menghidupkan semula kenangan buruk pergunaan istilah “Allah” oleh mereka yang bukan Islam. Perdana Menteri Anwar bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia, sekarang dan akan datang, bahawa perkara yang mungkin memecahbelahkan rakyat tidak akan timbul lagi.
Anwar patut merenungkan warisan pemimpin Yugoslavia, Presiden Tito. Dia berjaya mengamankan penduduk Yugoslavia yang dulunya yang berpecah belah beralasan kaum dan agama. Bahkan Sarajevo pernah menjadi hos Olimpik Musim Salji pada tahun 1984. Walau bagaimanapun, selepas tiadanya Tito, Milosevic dan gengnya timbul dengan kebiadaban pembersihan etnik dan membalas dendam.
Tanggungjawab Anwar jelas dan amat berat. Yakni untuk menentukan supaya Malaysia tidak memunculkan Milosevic tempatan. Oleh itu Perdana Menteri Anwar perlu membersihkan badan menterinya supaya mereka seperti Naim Mokhtar tidak membiak.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home