(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, March 25, 2026

Bencana Semasa Sistem Pendidikan Malaysia

 Bencana Semasa Sistem Pendidikan Malaysia

March 24, 2026
M. Bakri Musa
(Petikkan daripada buku saya dalam BI: Quran, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking)
Sehingga tahun 1970-an ramai rakyat Malaysia termasuk Melayu mempunyai kelebihan istemewa kerana mampu bertutur serta fasih dalam dua bahasa (dwibahasa). Juga tahap penguasaan Bahasa Inggeris (BI) mereka amat tinggi. Kemahiran dwibahasa sejak awal usia ini memberikan manfaat yang besar, baik dari segi kognitif mahupun aspek lain. Antaranya, ia meningkatkan kepekaan kita terhadap perspektif orang lain.
Saya berpendapat bahawa Malaysia memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada pertengahan 1950-an dengan mudah dan damai kerana pemimpin Malaysia ketika itu fasih berbahasa Inggeris. Penguasaan BI dan dengan itu pemahaman terhadap budaya penjajah memudahkan proses rundingan tersebut.
Hari ini kebolehan dwibahasa semakin terhakis bagi masyarakat Melayu. Tetapi kaum bukan Melayu terus kekal dengan dwibahasa mereka. Malah kebanyakan mereka kini menguasai tiga bahasa (tribahasa). Yakni bahasa ibunda, BI, dan BM. Namun tidak bagitu bagi kaum Melayu. Lebih membimbangkan ialah meningkatnya orang Melayu yang kini hanya mampu berbahasa tunggal (monolingual), yakni BM. Maka tidak hairanlah masyarakat Melayu kini merosot menjadi kaum chauvinis yang lantang dan terlampau jika tidak pun rasis tegar. Ini adalah akibat terburuk daripada sistem sekolah kebangsaan yang kini seolah-olah menjadi sekolah khusus untuk kaum Melayu sahaja. Ini menguatkan lagi sifat kekitaan yang sempit dari segi budaya mahupun bahasa bagi mereka dalam aliran tersebut.
Sebaliknya, perkara yang bertentangan sedang berlaku dalam kalangan bukan Melayu. Renungkan, pada tahun 1960-an, parti DAP (Democratic Action Party) merupakan sarang chauvinis Cina berhaluan kiri yang tidak mampu dan tidak mahu bertutur dalam bahasa kebangsaan. Bahasa yang mereka tahu hanyalah dialek Cina tempatan, dan segala urusan parti itu dijalankan dalam bahasa tersebut. Hari ini, DAP mempunyai daya tarikan yang luas, dengan peningkatan keahlian Melayu dan kejayaan politik. Hal ini sejajar dengan peningkatan kemahiran pelbagai bahasa dalam kalangan ahli mereka sekarang. Jika dahulu MCA merupakan suara mutlak kaum Cina, hari ini peranan penting itu telah dirampas oleh DAP.
Renungkan sekarang semakin ramai ibubapa Melayu mendaftarkan anak mereka ke sekolah aliran Cina. Dengan kedudukan Negeri Cina yang bakal mengatasi dunia Barat yang berbahasa Inggeris, ini adalah satu perkembangan yang positif dan pragmatik. Dengan pendidikan Cina serta pendedahan sosio-budaya yang meluas, anak-anak Melayu ini akan mempunyai kelebihan kompetitif yang ketara berbanding dengan rakan sebaya mereka yang kekal dalam aliran kebangsaan.
Peningkatan kemahiran meta-kognitif (atau keupayaan berfikir tentang cara kita berfikir) inilah aspek yang paling terharga apabila seorang itu fasih dalam dwibahasa atau tiga bahasa. Kemahiran ini boleh dipindahkan dan sangat berguna dalam pelbagai bidang dan usaha yang lain. Sebagai tambahan, pakar neurobiologi mennyatakan bahawa otak mereka yang menguasai pelbagai bahasa dapat melambatkan serta melindungi diri daripada serangan demensia.
Golongan Islamis dan nasionalis Melayu telah berjaya merampas sistem pendidikan negara. Akibatnya ialah kegagalan memenuhi aspirasi Malaysia dalam pelbagai sudut. Kurikulum kebangsaan hari ini tidak lagi menekankan BI dan mata pelajaran STEM. Pemimpin Melayu mempunyai mentaliti songsang. Mereka menganggap bahawa menekankan BI seolah tidak memartabatkan BM.
Memandangkan kaum bukan Melayu telah lama meninggalkan sistem pendidikan kebangsaan, sekolah tersebut tidak lagi mencerminkan kepelbagaian masyarakat negara kini. Pelajar tersebut tidak lagi bercampur dengan rakan sebaya daripada kaum dan budaya lain yang merupakan sebahagian daripada identiti Malaysia moden. Apabila kaum bukan Melayu memulaukan sistem ini, persekitaran pembelajaran dalam aliran kebangsaan menjadi semakin jumud dan terasing. Beban petaka ini masih belum disedari, apatah lagi mahu diperbetulkan.
Bencana Aliran Pendidikan Agama Di Malaysia

0 Comments:

Post a Comment

<< Home