(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, April 01, 2026

Kebangsatan Aliran Sekolah Agama

 Kebangsatan Aliran Sekolah Agama

M. Bakri Musa
April 1, 2026
Petikan Terkini daripada buku saya: Qur’an, Hadith, Dan Hikayat: Latihan Pemikiran Kritis
Cara agama Islam diajar dan disebarkan di Malaysia, baik di sekolah mahupun kepada orang ramai, amatlah terkilan. Ia tidak menggalakkan pemikiran kritis, malah seolah-olah menghalang sebarang bentuk pemikiran. Jika seseoran ingin dan berani bertanya, guru atau alim berkenaan akan mengherdiknya, kononnya syaitan sedang menghasut minda si yangbertanya. Bertanya dianggap sebagai berasa ragu atau menyoal dan bukannya satu usaha untuk mendapatkan penjelasan atau pencerahan. Yang di beratkan ialah hafalan membuta tuli dan penerimaan tanpa menyoal dan bukan untuk memahami sesuatu, apatah lagi untuk berfikir dengan kritis.
Dengan bertambahnya masa untuk agama di sekolah kebangsaan, masa untuk subjek STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) turut dikurangkan. Begitu juga mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI). Dengan itu tidak hairanlah sekolah aliran kebangsaan dan agama turut merosot. Itu akan membawa bencana kepada negara khasnya masyarakat Melayu. Walaupun BI masih diajar di semua peringkat, ia sering dikendalikan oleh guru yang kurang terlatih, yang mereka sendiri pun lemah kemahiran dan penguasaan bahasa tersebut. Akibatnya, rakyat Malaysia hari ini tidak mampu menuturkan satu ayat pun yang lengkap dalam BI mahupun BM.
Dengarlah siaran dan perbincangan di televisyen nasional. Anda akan mendengar kecelaruan bunyi yang tidak faham hujung pangkalnya, yakni bahasa rojak seperti bahasa pidgin Inggeris sama seperti yang dituturkan oleh penduduk Papua New Guinea dengan loghat kampung yang tersendiri. Malah ahli profesor yang kononnya disegani pun tidak mampu menutur dalam BM atau BI yang sempurna. Begitu juga dengan para pemimpin. Lihatlah sahaja saluran medi social seperti YouTube dan Facebook.
Alasan tidak memberatkan BI ialah negara seperti Jepun dan Cina tetap maju walaupun penguasaan BI mereka rendah. Itu adalah perbandingan yang salah tempat. Orang Jepun semasa Pemulihan Meiji dengan gigih menerima cara Barat, terutamanya BI. Begitu juga dengan Negara Cina. Ia amat memberatkan penguasaan BI./Ramai yang mengaitkan kemunduran orang Melayu, terutamanya dalam bidang STEM dan perniagaan, dengan faktor budaya. Bekas Perdana Menteri Mahathir pula menambah kelemahan baka atau genetic bangsa kita.
Asas kejayaan masyarakat bukan Melayu berbanding dengan Melayu di Malaysia ialah kita menekankan membuta tuli terhadap agama dan juga kelemehan kita dalam bidang STEM dan BI. Bezanya pandangan saya dengan pandangan mereka seperti Mahathir ialah kita berpeluang untuk membatasinya. Sebaliknya kelemahan dan kecacatan baka tidak boleh diubah.
Kebanyakan kaum bukan Melayu (sekurangnya mereka yang berjaya) fasih dalam berbagai bahasa. Malah ramai yang menguasai tiga bahasa. Dalam dunia perniagaan, anda perlu bertutur dalam bahasa pelanggan anda, jika tidak mereka akan membeli dari pelanggan lain yang fasih dalam bahasa si pembeli. Seperti kata bekas Canselor Jerman, Willy Brandt, “Jika saya inggin menjual atau melaggan anda, saya mesti fasih bertutur dalam bahasa anda. Tetapi jika saya membeli, dann müssen Sie Deutsch sprechen!" (maka anda mesti bercakap bahasa Jerman).
Penjaja Cina di kampung dan kawasan Melayu tidak boleh maju kalua mereka tidak tahu bercakap Melayu. Bahkan mereka yang berjaya berbuat berlebihan. Yakni mereka turut mempelajari sedikit sebanyak budaya Melayu. Umpamanya menjelang Hari Raya, mereka akan menyediakan bekalan tambahan. Mereka juga tahu bahawa jika mereka menggantung sekeping daging babi mereka akan dipulaukan. Hartawan bukan Melayu seperti Robert Kuok, Lim Goh Tong, dan Ananda Krishnan semuanya fasih dengan beberapa bahasa, termasuk dan terutamanya BM.
Pemimpin Melayu seharusnya menggalakkan orang Melayu sekurangnya fasih dwibahasa atau pun tiga. Yakni BM, BI, dan Bahasa Arab. Sekolah agama boleh memainkan peranan yang penting dengan mengajar Bahasa Arab moden atau semasa dan bukan bahasa Arab kuno serta melebihkan pengajaran sains dan ilmu hisab. Kurangkan masa untuk ilmu wahyu serta hadis. Beratkan mengajar cara berfikir mendalam serta kritis dan rasional. Sekolah agama kita harusnya lebih mendekati cara sekolah Kristian di Amerika di mana kebanyakan graduannya menjadi doctor, jurutera, dan ahli saintis. Hanya sebahagian kecil sahaja yang menjadi ahli paderi.
Selain meningkatkan daya saing Melayu di pasaran, kefasihan pelbagai bahasa juga memperkayakan kehidupan seseorang dengan menjadikannya lebih peka terhadap pandangan dunia orang lain. Itu sendiri akan menajamkan pemikiran kritis seseorang. Sama ada orang bukan Melayu boleh bertutur atau menghormati bahasa kebangsaan bukanlah perkara pokok untuk menjadikan orang Melayu kompetitif, produktif, atau mampu berfikir secara kritis.
Seterusnya: Kemahiran Berfikir Kritis: Gunakannya Atau Hilangkannya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home