(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, November 25, 2026

Bank Islam Menipu Pelanggan Runcit Mereka

 Bank Islam Menipu Pelanggan Runcit Mereka

M. Bakri Musa

25 November 2026

Dipetik daripada buku saya, Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking (2021).

Terdapat satu lagi perangkap asas yang merugikan peminjam rumah dari bank Islam. Perhatikan kes sepasang suami isteri yang mengambil pembiayaan perumahan Islamik. Beberapa tahun kemudian apabila kedudukan kewangan mereka bertambah baik, mereka mengambil keputusan untuk melunaskan pinjaman tersebut lebih awal demi menjimatkan baki kos pembiayaan. Namun, pihak bank Islam enggan mengecualikan keuntungan yang belum diperoleh, sebaliknya berkeras menuntut pasangan itu membayar penuh baki yang telah dimeterai dalam kontrak. Pendek kata, mereka langsung tidak dapat berjimat walau satu sen pun dengan membuat penyelesaian awal.

Pasangan tersebut menyaman bank tersebut. Seorang hakim bukan Islam di mahkamah sivil sekular membuat keputusan yang memihak kepada pemilik rumah. Keputusan itu sepatutnya menjadi duluan (precedent) yang waras dan mesra pengguna. Sebaliknya, bank Islam itu sekadar memperketatkan lagi terma halus (fine print) dalam kontrak mereka bagi menutup kelompongan tersebut. Akhirnya Bank Negara, sebuah perbadanan sekular, mewajibkan pemberian rebat (ibra’) bagi penyelesaian awal ke atas semua pinjaman perumahan cara Islam. Nasib baik bank Islam itu tidak pula melobi kerajaan agar pertikaian komersial mereka dibicarakan di mahkamah Syariah, di mana para hakim Syariah yang kurang faham selut belut kewangan mungkin dengan mudah dapat mengaburkan isu sebenar, dan memukau orang ramai dengan istilah perundangan Arab mereka yang kabur dan berbelit. Pakatan sulit moden antara ulama dan negara (pemerintah) inilah yang menjadi barah dalam banyak masyarakat Islam, termasuklah Malaysia. Sumpahan (dan bebanan) ini setanding dengan kompleks ketenteraan-perindustrian (military-industrial complex) di Amerika yang memudaratkan itu.

Menmecik pelanggan tetap merupakan suatu penipuan, tidak kira bagaimana anda menghiasinya atau kosa kata warak mana sekalipun yang anda gunakan. Jika sesuatu urus niaga itu tidak adil dan tidak saksama, ia tidak mungkin menjadi cara Islam walau apa jua pun label yang dicop padanya.

Pehak bank Islam cuba mengalaskan kos yang lebih mahal dengan mendakwa bahawa industri mereka masih muda dan menguasai hanya sebahagian kecil sahaja pasaran.Dengan mereka tidak dapat menikmati ekonomi bidangan (economies of scale). Hujah yang tempang dan songsang! Gadai janji Islam adalah produk matang dengan penembusan pasaran yang mendalam di Malaysia. Namun begitu, kos pinjamannya kekal lebih tinggi berbanding dengan pinjaman dengan bank biasa.

Bank-bank Islam sedang memperalatkan agama untuk mencekik darah pelanggan mereka—satu penipuan terancang (racket) yang telah lama teruji dan amat menguntungkan. Ini bukanlah kali pertama dan tidak akan menjadi kali terakhir agama dieksploitasi demi keuntungan kewangan dan kepentingan lain, sama ada dalam Islam mahupun agama-agama lain.

Alasan ini tidak masuk atas satu lagi sebab. Strategi perniagaan asas menetapkan bahawa apabila memasuki pasaran baru atau memperkenalkan produk baru, anda mesti menawarkan samaada mutu yang lebih unggul dan tinggi atau harga yang lebih murah untuk memikat pelanggan baru serta memikat mereka ingin bertukar. Gadai janji cara Islam gagal atas kedua aspek ini.

Kemudian terdapat pula silap mata kontrak berhubung dengan istilah "pemilik." Di bawah struktur perkongsian berkurangan (diminishing-partnership) yang popular, kontrak menetapkan bahawa anda dan pihak bank adalah pemilik bersama tanding. Namun selagi anda belum membeli sepenuhnya bahagian bank, anda pada hakikatnya dilayan seperti seorang penyewa, walaupun memegang sebahagian ekuiti. Setiap rumah memerlukan penyelenggaraan berterusan dan perbelanjaan modal yang besar dari semasa ke semasa—seperti menurap jalan masuk rumah, misalnya, atau menggantikan bumbung yang bocor. Dalam mana-mana perjanjian tuan rumah dan penyewa yang tulen, penyelenggaraan struktur dan penambahbaikan modal adalah tanggungjawab pemilik. Di bawah gadai janji Islamik, si "penyewa" menanggung keseluruhan beban tersebut manakala bank selaku pemilik bersama langsung tidak memikul sebarang beban.

Apabila dilucutkan topeng kewarakannya, kebanyakan gadai janji cara Islam tidak lebih daripada sekadar muslihat untuk mengikis wang pelanggan yang taat beragama. Dakwaan bahawa ia halal, paling kuat pun, amat meragukan.

"Darurat mengharuskan perkara yang dilarang," merupakan kaedah asas dalam fiqh. Prinsip ini mengiktiraf bahawa halal dan haram bukanlah sesuatu yang mutlak dan kaku secara hitam putih, sebaliknya wujud dalam satu spektrum berterusan. Apa yang membentuk darurat berbeza mengikut keadaan semasa dan individu. Mengikut al-Quran dan syariat, apa yang penting untuk memelihara dan melindungi nyawa, harta, akal, keturunan, dan agama adalah layak dianggap sebagai satu keperluan mendesak. Menminjam membeli rumah untuk keluarga jelas memenuhi tahap tersebut.

Jika sesuatu keluarga tidak mampu memiliki rumah menggunakan cara gadai janji Islam yang mahal, namun mampu menguruskan bayaran bulanan pinjaman konvensional yang lebih murah dengan selesa, maka darurat menuntut mereka memilih pinjaman konvensional tersebut. Label "Islam" bukanlah lesen untuk melambungkan kos sehingga memudaratkan pengguna. Meletakkan harga yang menyekat keluarga daripada memiliki rumah—atau menghalang usahawan daripada memulakan perniagaan mereka—adalah lebih dekat kepada haram berbanding dengan halal.

Kemampuan memiliki rumah bergantung pada banyak acara. Namun kadar pembiayaan kekal sebagai tuas penentu yang paling utama. Penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (0.25 peratus) sahaja akan membolehkan ribuan lagi keluarga layak mendapat gadai janji dan memiliki rumah sendiri. Realiti ekonomi yang nyata ini menjadikan premium gadai janji Islam yang melambung tinggi itu semakin tidak dapat dipertahankan, tidak kira betapa liciknya sijil halal mereka kelihatan di atas kertas.

Seterusnya: Meneliti Semula Makna Riba

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home