(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, November 11, 2026

Bencana Salah Faham Makna Ribaa Dan Kencang Kembung Keewangan Islam

 Bencana Salah Faham Riba dan Kencang-Kembung Kewangan Islam

M. Bakri Musa

8 November 2026

(Petikan buku saya Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking, 2021)

Prasangka masyarakat Melayu sebagai mereka yang enggan berfikir mahupun mengambil kisah pasal masa depan mereka masih diterima secara meluas, dan bukan hanya di kalangan bukan Melayu. Konsep menabung, dan serentak dengan itu kesedaran merancang masa depan, dikatakan tidak biasa atau tidak diberatkan dan dengan itu tidak diberi keutamaan oleh masyarakat Melayu. Itulah fikiran lama yang berlegar ketika zaman saya membesar di Tanah Melayu semasa zaman penjajah. Dogma itu nampaknya masih bernyawa disemasa jika kita perhatikan celoteh lapuk serta lesu pimpinan Melayu semasa seperti Mahathir.

Kaum penjajah Inggeris sendiri bukanlah bertindak tanpa asas apabila mereka mula membuat andaian itu. Apabila mereka menaikkan kadar faedah Bank Simpanan Pos pada tahun 1950-an daripada 2.5 peratus kepada 3 peratus dengan niat untuk menggalakkan orang Melayu menabung, hasilnya cukup memeranjatkan pihak kolonial. Masyarakat Melayu menolak terus tarikkan itu. Jauh daripada bertambah simpanan mereka, orang Melayu sebaliknya berduyun-duyun mengeluarkan baki wang yang tidak seberapa itu. Padahal Bank Simpanan Pos itu ditubuhkan khas untuk melayani keperluan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin.

Sebagai sebutan sampingan, kenaikan kadar daripada 2.5 peratus kepada 3 peratus bukannya sekadar kenaikan 0.5 peratus sahaja. Itu merupakan peningkatan besar sebanyak 50 mata asas, atau satu perlima (20 peratus) kenaikan faedah. Perkara ini perlu diperjelaskan dengan nyata, memandangkan skor PISA bagi Malaysia baru-baru ini begitu merosot dan menyedihkan.

Berita berhembus kencang di desa bahawa kenaikan kadar faedah itu tidak lain hanyalah helah jahat penjajah untuk memancing orang Melayu ke kancah dosa. Sebaliknya akibat tersebut terus semakin mengukuhkan prasangka kolonial bahawa orang Melayu memang langsung tidak mempunyai konsep penabungan dan menyimpan.

Tampillah pakar ekonomi, Ungku Aziz. Berlawanan dengan tanggapan cetek penjajah, orang Melayu sebenarnya penabung yang cukup tekun. Lihatlah disetiap rumah kampung; di tiang seri pasti tergantung tabung yang diperbuat daripada ruas buluh berbuku dua, lengkap dengan takuk kecil yang dipahat berhampiran buku atasnya. Melalui lubang kecil itulah mereka menyelitkan kepingan syiling lebihan dan sekali-sekala helaian ringgit. Kemudian, apabila tiba majlis khas, tabung itu akan dibelah dan terbururlah hasil simpanan mereka. Orang Melayu menyimpan untuk kenduri, perkahwinan, dan yang paling utama—puncak segala impian—ialah ibadah haji di Makkah yang amat dituntut oleh setiap Muslim. Sebab utama orang Melayu tidak menyimpan di institusi seperti Bank Simpanan Pos atau bank tempatan lain adalah disebabkan larangan Al-Qur'an terhadap ribaa, yang ditafsirkan oleh umat Islam secara mudah (tetapi silap) sebagai cas faedah (interest).

Sebaliknya Ungku Aziz pengamatan tajam ini untuk menubuhkan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji pada tahun 1962, atau kini dikenali sebagai Tabung Haji, dengan meminjam budaya "tabung" serta kesucian rukun haji. Ia pada asasnya sebuah institusi pengambilan deposit yang biasa dan melaburkan dana itu dan membagikan pulangan pelaburan kepada penyimpan, kecuali dengan dua perbezaan penting. Pertama, tiada kadar pulangan tetap atau terjamin seperti akaun simpanan bank biasa. Dengan itu sekali gus memintas konsep ribaa yang berisiko itu. Tabung Haji lebih menyerupai dana amanah saham (mutual fund). Kedua, pelaburan terhad kepada perusahaan halal sahaja—bukannya pada kasino, kilang bir, atau pembuat mesin perang. Hari ini, kita menggelarnya sebagai “pelaburan bertanggungjawab secara sosial (socially responsible investing). Dana Amanah Norway yang juga terbesar di dunia merupakan perintis serta pemimpin dalam cara pelaburan ini.

Tindakan orang Melayu yang sanggup meletakkan wang mereka di situ walaupun tanpa jaminan kadar pulangan membuktikan betapa tingginya kecenderungan mereka untuk menabung. Pada pandangan mereka, Tabung Haji adalah halal, atau sekurangnya peka terhadap nilai agama mereka.

Kini Tabung Haji—meskipun baru-baru ini terpalit dengan skandal kewangan—merupakan antara institusi kewangan terbesar di rantau. Ini adalah bukti nyata keberanian wawasan seorang insan yang melihat realiti dari sudut pandang berbeza daripada kebiasaan.

Kejayaan Ungku Aziz dengan Tabung Haji sepatutnya mencetuskan gelombang inisiatif baharu, memandangkan masyarakat Melayu kini sudah melahirkan jauh lebih ramai lagi pakar ekonomi dan pemegang ijazah MBA. Naifnya, tiada siapa yang menyambut obor ini untuk melangkah ke hadapan. Bagi Tabung Haji sendiri, ia gagal melebarkan sayapnya ke luar negara atau melahirkan perusahaan yang berkaitan.

Jika diberi pengurusan yang cekap dan berinovasi, saya menjangkakan Tabung Haji hari ini sudah mempunyai rangkaian hotel sendiri bersama armada pesawat untuk melayani jemaah haji, di samping berkembang memenuhi keperluan kewangan umat Islam di Malaysia dan rantau ini, mahupun menawarkan perkhidmatan kepada bukan Muslim.Apa yang baik untuk umat Islam sepatutnya baik juga untuk yang bukan Muslim. Sebaliknya, Tabung Haji hari ini dicemari oleh pengurus yang rasuah dan tidak mahir atau pintar, yang memanjat hingga ke puncak melalui talian politik gelap. Jarang sekali pengurusan kanannya berani keluar untuk mendirikan perusahaan pelengkap mereka sendiri. Tabung itu sendiri langsung tidak nampak sebarang inovasi. Lebih parah lagi, badan itu dihantui rasuah dan ketidakcekapan—dua pasangan jahil bagi mana-mana perusahaan, terutamanya institusi kewangan.

Seterusnya: Hakikat Buruk Kewangan Islam Runcit

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home