Pembelajaran Talian Semasa Covid-19
Pembelajaran Dalam Talian Era COVID-19
Isu dan Cabaran ke Arah Kesetaraan Dalam Pendidikan
M. Bakri Musa
Persembahan saya di webinar anjuran Islamic Renaissance Front, Sabtu Januari 31, 2021 bersama dengan ahli panelis Dato Dr. Madeline Berma dan moderator Shamshir Alam)
Masaalah Harga
Bahagian Pertama Dalam Empat
Kemajuan sesuatu negara dan masyarakat tergantung bukan atas kekayaan sumber alam, iklim yang mengyegarkan, atau suburnya tanah air, tetapi mutu insan nya, atau dalam Bahasa Inggeris, human capital. Itu pula berasaskan pada dua tiang – nilai pendidikan dan taraf kesihatan rakyat. Wabak Covid-19 mengoncangkan kedua dua.
Taraf pendidikan Malaysia sudah dan terus merosot. Mengikut keputusan PISA, murid sekolah menengah Malaysia berkebelakangan dua ke tiga tahun bila di bandingkan dengan murid di Singapore dan Korea Selatan. Darjah kesihatan negara pula sudah ternayata. Wabak Covid-19 masih belum terkawal dan negara belum lagi bermula menyuntek penduduknya.
Wabak ini mendedahkan dengan nyata bukan juga kemunduran taraf pendidikan pada seluruhnya tetapi juga ketidakseimbangan antara murid di bandar dan luar bandar, serta murid miskin dan mereka yang kaya. Masaalah ini tidak terhad ke Malaysia sahaja, bahkan keseluruh dunia, termasuk negara maju seperti Amerika.
Saya akan meninjau tajuk cabaran dan harapan teknoloji digital (TD) ini dari tiga segi. Pertama, peranan nya secara am; kedua, bagaimana sejarah menyelesaikan masaalah ketidakseimbangan dalam sesuatu masyarakat atau negara; dan ketiga, peranan TD bukan sahaja untuk meningkatan taraf pendidekkan negara tetapi juga untuk membina ekonomi dan pembangunan serta membebaskan fikiran rakyat.
Saya akan membandingkan peranan TD dalam pendidikkan di Malaysia, khasnya di musim wabak Covid-19 terkini, dengan pengalaman di negri lain.
Rakyat Malaysia sudah lama mengalami Teknoloji Digital (TD) melalui alat saperti Smart phone, computer, dan Internet. TD adalah satu rekaan yang tak terbatas hebat nya, lebih hebat lagi daripada rekaan roda dan elektrik.
TD boleh meningkatkan keadaan maanusia serta mengsamaratakan nya. Itulah kehebatan TD. Melaluinya, seorang anak miskin Orang Asli di hutan Gua Musang mempunyai peluang yang sama dengan anak seorang hartawan di kondo mewah New York. Mereka boleh menuntun wayang yang sama serta mendengar lagu yang sama. Mereka pun boleh berbual melalui Skpe dan Zoom.
TD menyentuh semua kegiatan maknusia, bukan saja pendidikan.
Merujuk kepada ketidaksamaan dalam sesuatu masyarakat, Professor Sejarah Stanford Walter Scheidel dalam bukunya, The Great Leveler: Violence And the History of Inequality (Pemsamarataan Yang Hebat – Keganasan Dan Tidak Keseimbangan Dalam Sejarah) menulis, sepanjang sejarah apabila sesuatau masyarakat itu sudah jauh tidak seimbang keadaan nya, hanya empat saluran sahaja yang boleh menukar atau meratakan keadaan nya. Pertama, perang; kedua, revolusi; ketiga wabak; dan keempat, keruntuhan pemerintahan yang mengakibatkan keadaan hura hara saperti semasa perang.
Wabak Covid 19 ini dengan nyata mengingkari pendapat Scheidel. Wabak ini dengan nyata mendedahkan serta meningkatkan ketidakseimbangan dalam masyarakat.
Jika pandangan saya tepat, TD mungkin mengantikan wabak untuk mensamaratakan masyarakat tanpa membawa maut dan kejahanaman saperti berlaku semasa perang, revolusi, wabak, dan keruntuhan pemerentahan. TD membolehkan masyarakat kebelakangan melompat kedepan mereka yang sudah maju. Sebaliknya, ketidakseimbangan digital atau digital divide yang kini mendalam akan terus menjadi gaung digital (digital chasm), dan dengan cepatnya mempisahkan negara yang maju daripada yang mundur, jika tidak di batasi.
Malaysia bernasib baik tidak mengalami peperangan atau revolusi. Tetapi kita seperti dunia luar, mengalami wabak Covid-19. Keadaan krisis membungkarkan kelemahan, dan sebaliknya, mengsorotan keistemewaan sesuatu masyarakt.
Wabak Covid-19 mendedahkan pemerentahan negara yang tidak cekap, tanpa kemahiran, dan dirobohi dengan pecah amanah di semua peringkat. Inilah masa nya untuk kita memuluk dan melebur dengan teguh TD dalam semua bidang, bukan sahaja dalam pendidikkan.
Bila berbincang tentang TD, dua masaalah timbul dengan serta merta. Pertama, peralatan atau hardware; kedua, kandongan atau software dan content – isi.
Dengan peralatan, kesukaranya ialah harga. Membina satu menara 5G di Ulu Kelantan memang mahal dan berkekehendaki infrastructure sokongan saperti elektrik and salurun internet. Di Amerika, satu Menara 5G harga nya US$50K. Itu belum masuk membina kuasa electric dan sebagainya. Di India, Sugara Mitra telah membina model “Hello Hubs” (Pondok Hello!) dan “School in the Clouds” (Sekolah Dalam Awan) dengan harga berhampiran US$1 million.
Disini kita perlu telitikan makna “harga” dan “mahal.” Saya contohi dengan harga mesin mencuci baju. Harga membuat mesen pertama mungkin melebihi beberapa juta. Itu termasuk harga membeli tanah dan membangunkan kilang, engineer untok mengreka mesen itu, harga bahan, gaji pekerja, dan sebagainya. Tetapi selepas berjuta mesen itu di jual, dan akibat pertandingan antara syarikat, saya boleh pergi ke Sogui KL dan membeli satu mesen dengan berharga tak sampai seribu ringgit pun.
Maksud saya, batasan harga boleh di ukur atau di beri numbor. Dalam BI, quantifiable barrier. Kalau kita boleh quantify atau ukur, maknanya kita boleh batasi. Kusukaran yang tidak boleh di batasi ialah masaalah yang tidak boleh di ukur atau di beri angka.
Jika di buat tender terbuka dan menjauhi syarikat yang berkaitan dengan Rosmah Mansor, kita boleh turunkan lagi harga membina Menara 5G serta peralatan berkaitan seperti computer. Kita boleh dan mesti memberi satu laptop sekeluarga kepada yang miskin di luar dan dalam bandar. Bersama dengan itu kita mesti berikan akses broadband yang percuma atau murah.
Kerajaan sekarang merancang dengan negara Asean untok membuat jaringan satelit mempayongi seluruh Tenggara. Ini anggan anggan Mat Jenin. Lebih baik berunding dengan Indonesia, dan jika hendak masukkan negara ketiga, Phillipines. Ketiga tiga negara ini mempunyai satu kesamaan geography, yaitu mereka negara kepulauan atau maritime. Teknoloji wireless istemewa untuk negara kepulauan saperti Malaysia dan Indonesia. Kalau masuk campur negara Asia tenggara saperti Burma dan Thailand, itu akan hanya akan menambah ragam dan masaalah.
Harga satellite dan melancarkannya sudah turun dan mungkin turun lagi. Malaysia sekarang sudah ada lima satelite. Tak mungkin semua keupayaan nya (capacity) sudah penuh di gunakan. Mungkin banyak lagi saluran yang kosong dan boleh diisi untuk memberi broadband ke luar bandar dan kawasan pendalam. Itu bukan soalan engineering tetapi pentakbiran, khasnya undang undang negri. Soalan harga pun tidak timbul sebab satelite itu semua nya sudah di bayar lansai.
Kita boleh menurunkan lagi harga dengan membuat tender terbuka. Syarikat Cina Huawei telah membina satelite untuk negara miskin di Afrika. Begitu juga untuk memberi computer kepada keluarga miskin. Bila kita bina sekolah kita tidak menyuroh ibubapa membeli kerusi dan meja untuk anak mereka. Begitu juga untuk laptop.
Tetapi waspada. Bila kita membeli satellite buatan orang lain, itu seumpama memberi kuci rumah kepada meraka. Mereka bila masa sahaja boleh masuk dan melihat isi rumah kita.
Memendekkan cerita, masalah harga hardware boleh dan mesti di batasi. Jualkan Syarikat penerbangan MAS kalau tidak cukup dana.
Satu lagi sudut harga yang pasti di telitikan. Yaitu berapa tinggi lagi harga nya jika kita melalaikan atau menyangkar sebilangan besar masyarakat kita yang kebanyakkan nya terdiri dari kaum Bumiputra dari kemudahan TD? Sudah tentu harga itu lebih tinggi lagi dan tidak boleh di beri angka. Selanjutnya, akibat kebelakangan itu akan berturun ke anak dan cucu mereka hingga tidak langsung boleh di bela.
Bersambung: Bahagian Dua Dalam Empat: Masaalah Kandungan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home