(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Tuesday, October 25, 2022

Singkirkan Pemimpin Munafik Dan Tanpa Amanah

 Singkirkan Pemimpin Munafik Dan Tanpa Amanah

 

M. Bakri Musa

 

 

Dua gambar yang viral menyedehkan saya sebagai seorang Melayu. Gambar pertama menunjokkan Perdana Menteri Ismail Sabri di dalam kuil bersenggeh sengeh dan berguling mata sambil menyerahkan wang kertas kepada kaum India yang sedang menjalankan ibadat Deepavali mereka. Kedua, petikan video dimana seorang suruhan Barisan Nasional (BN) yang berupa Melayu (rambut hitam, kulit coklat, dan hidung lepet serta bersuara Melayu) memberi penunggang motosikal yang berhenti di simpang jalan RM100 untuk membenarkan menampal bampar “Undi BN” di keenderaan mereka.

 

            Renungkan gambar pertama. Ismail Sabri didalam kuil menyondulkan wang kertas serta meminta undi mereka. Terang terang rasuah. Bayangkan jika taukeh (tidak kira Islam atau bukan Islam) masuk ke masjid semasa sembahyang Raya menyampaikan wang kertas kepada ahli jemaah supaya mereka mengundi si taukeh. Itu bukan sedekah atau “duit raya” saperti yang kita beri kepada kanak kanak tetapi duit haram. Itu makan suap supaya kita mengundi parti dan calun mereka. Rasuah yang dijalankan tanpa segan di dalam rumah Allah!

 

            Itulah rendahnya akhlak Perdana Menteri Melayu kita ‘Mael. Inilah gambaran yang dilebarkan keseluruh dunia. Betapa merosotnya maruah dan nilai bangsa dan budaya kita!

 

            Perayaan Deepavalli meraiikan nur atau cahaya. Yang di maksudkan dengan istilah itu ialah kuasa, kemuliaan, dan ilmu. Apa nak dikuasakan dengan wang ringgit yang mutunya terus merosot? Apa yang hendak dimuliakan dengan perangai rasuah membeli undi? Muliakah budaya itu apabila pemimpin dengan rela mempecah amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka? Berapa rendah nya budaya kita apabila perangai yang dilakukan oleh Perdana Menteri ‘Mael itu di agungkan? Dari segi cahaya keilmuan pula, ‘Mael tidak merasaii segan atau malu langsung bila membuat peragai hina itu.

 

            Balik ke gambar kedua, saya tidak menyalahkan pekerja BN itu. Dia di upahkan membuat demikian dan dengan itu gaji nya halal, sama juga dengan wang yang diterima oleh penjual goreng pisang ditepi jalan. Yang haramnya ialah begini. Betul dia diberi upah, dan itu halal tetapi lebarkan sedikit renungan anda. Pekerja itu diberi 100 lamparan kertas “Undi BN,” dan dengan itu sepuloh ribu ringgit (RM100 untuk menampal se keeping).

 

            Berapa agaknya bamper “Undi BN” itu yang bakal di tampalkannya, dan berapa yang hanya di buangkan sahaja kedalam tong sampah? Siapa hendak menggira dan siapa yang mungkin tahu melainkan Tuhan. Duit yang diseludupkan dalam bajunya mestilah haram. Itu kita semua setuju. Bahkan pekerja itu akan balek kepejabat partinya dan dengan bangga mengistiharkan supaya dia tidak payahlah di bayar gaji sebab tugasnya ialah sukerela atas kecintaan nya kepada parti!

 

            Berbalik kepada Perdana Menteri Mael kita tadi. Dia menyuruh kutunya pergi kepejabat BN mengambil kotak penuh dengan wang kertas. Berapa yang lesap sambil kotak itu disampaikan kepada ‘Mael? Takkan dia akan mengira berapa keeping duit yang dia terima. Selanjutnya, mungkinkah semua wang itu akan di beri kepada pengundi? Orang rumah ‘Mael bila nak keluar memberi bala takkan engan mengabil sakotak dua!!

 

            Ingatkan semasa polis merampas isi kondo mewah Najib Razak selepas Pilihan Raya 14 dulu. Berapa banyak bungkusan wang kertas berbagai jenis mata wang asing serta bag tangan mahal yang di rampas. Tak sampai beberapa minggu sahaja pun selepas itu, ahli polis yang menyertai rampasan itu membeli dengan wang cash motosikal mewah!

 

            Perbezaan antara peragai ‘Mael dan pengkhianat negara si Najib itu hanya di sisi tahap dan bukan jenis. Najib mencuri berbillion, tetapi apa yang disebat oleh ‘Mael hanya duit belanja sahaja bila dibandingkan dengan si Najib. 

 

            Inilah merosotnya maruah Melayu. Inilah rupa nya maruah yang dibangakan beberapa tahun dahulu dengan majlis besar Kongres Maruah Melayu yang dibuka oleh Perdana Menteri semasa, Mahathir.

 

            Pengundi mesti sedar bahawa wang yang diberikan oleh pemimpin UMNO yang tanpa bermaruah dan berakhlak itu berasal daripada rakyat. Ambil sahaja lah apa yang di undurkan oleh mereka tetapi bila masa mengundi nanti, tempelingkan mereka dengan jari kita. Jangan undi mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home