(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, November 30, 2023

Peluang Perdana Menteri Anwar Menyemak Semula Syariah

 Peluang Perdana Menteri Anwar Ibrahim Menyemak Semula Syariah

M. Bakri Musa

 

Kepada dunia luar, Malaysia ialah Menara Berkembar Petronas yang berkilauan. Itulah gambar yang sering di lampirkan dalam majalah dan iklan pelancongan. Pada saya, gambaran Malaysia, khasnya rakyat Melayu, yang lebih tepat ialah Kampung Baru, Kuala Lumpur yang bangsat dengan latar belakang Menara yang mengagumkan itu.

 

            Gambar yang lebih tepat ini patut memalukan kita, terutamanya pemimpin Melayu dari sultan dan menteri hingga ke imam dan penghulu. Adegan yang menggelegar itu merangkum dan menggambarkan keadaan masyarakat kita. Itu patut menyedihkan kita memandangkan kuasa negara di terajui oleh Melayu tampa dicabar sejak merdeka.

 

            Kampung Baru melambangkan masaalah masyarakat kita yang jauh lebih besar. Yakni, bangsatnya keupayaan serta tanpa kecerdikan masyarakat kita untuk mengkaji dan menghasilkan penyelesaian yang berkesan. Kemunduran Kampung Baru, seperti juga tanah rizab Melayu diseluruh negara serta peruntukkan khas untuk Melayu di bawah MARA dan Tabung Haji mithalnya, bukanlah kekurangan modal kewangan seperti yang dikatakan oleh cerdik pandai kita. Sebaliknya ia disebabkan oleh pengetahuan dan akar fikiran mereka yang lemah dan mandul. Petualang utama dan paling besar ialah kerumitan undang-undang pusaka Islam yang merangkap serta menjerat berpanjangan harta kaum Islam yang langsung tidak memberi hasil apa pun. Bahkan harta itu akan terus merosot nilainya. Renungkan sekarang harta yang sedemikian terperangkap bernilai berlebihan RM 105 bilion!

 

            Walaupun sekarang sudah ramai pakar ekonomi Melayu dan kegilaan mereka untuk "mengIslamkan" mata pelajaran itu, tetapi malangnya tidak ramai yang berani atau berminat untuk menyelesaikan masalah pokok ini yang mencolok. Sebaliknya mereka heboh berbangga dengan kemajuan negara tanpa memikirkan atau sengaja melupakan sumbangan penting dari kaum bukan Islam. Teliti sahajalah pengambilan cukai kerajaan.

 

            Sementara itu ulama kita heboh dengan ketaksuban mereka kepada Akhirat dan sibuk mempertahankan Syariah kononnya daripada musuh-musuh tertentu. Saksikan perhimpunan terbesar baru-baru ini semasa perbicaraan Mahkamah Persekutuan mengenai kononya cabaran terhadap enakmen Syariah Kelantan. Jika mereka tidak sibuk menunjuk perasaan tetapi tekun membersihkan tandas masjid dan sekolah di kampung mereka, itu lebih bermakna dan mungkin memberi lebih faedah. Mereka sibuk dengan perkarayang mereka yang mereka fikirkan akan membawa mereka ke Syurga. Sama ada itu benar atau sebaliknya, Allah hu Allam!

 

            Keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini (21 November 2023) menubuhkan jawatankuasa khas untuk "memperkasakan dan meningkatkan status mahkamah Syariah," walaupun berniat baik tetapi akan hanya meningkatkan sahaja nada mereka yang sekarang menganggap mahkamah syariah sudah pun terancam. Yang lebih penting ialah untuk memastikan supaya kes tidak berakhir di mahkamah (syariah atau sivil). Mahkamah ialah untuk menyelesaikan pertikaian. Lebih bermafaat jika kita tumpuhkan upaya supaya masaalah diselesaikan tanpa ka mahkamah.

 

            Ini boleh di capai dengan membuat undang Syariah lebih terang serta jelas, dan menyesuaikannya dengan keadaan semasa dan tempatan. Malangnya Syariah sekarang gagal dalam hal ini. Ini tidak mengejutkan sebab hukum syariah yang kita warisi sekarang berdasarkan atas norma dan budaya masyarakat Arab zaman kuno. Sebaliknya keutamaan mestilah untuk menterjemahkan atau mengubahsuai undang-undang dan adat resam pusaka Islam (dan undang-undang Islam lain) kepada keadaan semasa. Yakni, kita mesti merangka syariah baru yang lebih sesuai pada masa dan keadaan sekarang. Kita mesti mengagungkan dengan terus terang kehendak atau pilihan peribadi seseorang tanpa halangan. Perintah Al-Quran tentang harta pesaka yang kompleks itu hanya berlaku apabila seseorang meninggal dunia dalam keadaan tanpa berwasiat.

 

            Timur Kuran dalam bukunya, “The Long Divergence: How Islamic Law Held Back the Middle East,” menonjolkan undang-undang pusaka Islam sebagai punca menghalang perusahaan Islam daripada terus berlangsung selepas kematian pengasasnya.

 

            Islam pada masa dulu lagi sudah penuh dengan cara yang di kemukakan oleh ahli ulama serta cerdik pandai untuk membezakan antara riba dengan alat yang perlu untuk mereka berniaga. Antaranya ialah sistem kredit atau pinjam meminjam. Itu perlu bahkan ia asas utama cara perusahaan dan perdagangan. Kredit (atau hutang menghutang) bukan hanya untuk mereka yang berniaga sahaja. Bahkan rakyat biasa pun perlu dan berhak diberi alat kredit. Mengikut Muhammad Yunus, pakar ekonomi Bangladesh yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan, kemudahan kredit adalah satu hak asasi manusia.

 

            Kitab sulam Arab penuh dengan cara dan inisiatif ekonomi yang produktif untuk mengatasi (atau sebenarnya untuk membatasi ikatan ketat riba). Cara itu masih berkekalan sekarang walau pun alat dan cara itu yang tidak pernah disebutkan dalam Al-Quran. Itu juga membuktikan kecemerlangan pemikir orang Islam awal. 

 

            Pertimbangkan konsep peredaran berbanding dengan bertakung (seperti air). Bila mengambil air sembahyang (berwuduk) kita mencari air yang mengalir. Air yang bertakung di sifatkan najis. Begitu juga dengan kekayaan; ia mesti terus beredar. Harta yang bertakung atau terperangkap adalah satu pembaziran, dan Allah tidak menyukai itu. Perdagangan, profesion yang dihormati dalam agama kita, pada dasarnya adalah pengedaran kekayaan; begitu juga dengan zakat dan sedekah. Perbelanjaan untuk orang miskin, selain daripada membantu mereka, melaksanakan peranan penting ini untuk mengedarkan dan dengan itu membersihkan kekayaan.

 

            Konsep "halaju wang" atau “velocity of money” dari segi ekonomi moden ialah satu ukuran kerancakan atau keteguhan ekonomi. Peranan penting bank ialah sebagai satu alat untuk mengedarkan wang dan kekayaan serta mencantumkan mereka yang mempunyai wang dengan mereka yang boleh menggunakannya untuk menjalankan perusahaan mereka. Ini adalah satu pengantara kewangan yang penting dalam pembangunan ekonomi, yakni, kekayaan yang beredar. Tunjukkan kepada saya satu masyarakat yang bangsat dan saya akan tunjukkan kepada anda satu masyarakat yang tiada mempunyai sistem perbankan yang berkesan. 

 

            Umat Islam hari ini taksub dengan riba tetapi gagal membezakannya daripada konsep seperti nilai masa wang (satu ringgit hari ini tidak sama nilainya dengan yang setahun lalu), pulangan pelaburan, dan peranan bank dalam mengedarkan kekayaan.

 

            Cerdik pandai Arab pada masa dulu telah merakam berbagai alat untuk mengatasi masalah riba dengan menggunakan konsep dan idea yang tidak disebut pun dalam Al-Quran. Antaranya ialah waqaf. Ia mendahului perbadanan moden seperti konsep syarikat sendirian berhad (atau limited liability corporation dalam zaman moden) supaya membenarkan sesuatu keluarga dapat mengekalkan kekayaan mereka melalui keturunan, selain daripada melindungi harta pesaka mereka daripada di rampas oleh pemimpin dan sultan. Ini dinyatakan oleh Benedict Koehler dalam bukunya, “Early Islam And The Birth Of Capitalism” (Islam dan Timbulnya Kapitalisma).

 

            Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin yang berkaliber dan berkebolehan untuk membawa golongan Islamis yang berfikiran kuno tentang riba dan ekonomi kepada fikiran yang sesuai pada Abad ke-21 sekarang. Saya harap dia akan memanfaatkan kedudukan uniknya untuk berbuat demikian, dan bukan untuk melawakan mereka. Mari kita bersama mendoakan semoga Perdana Menteri Anwar berjaya.

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home