(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=void 0!=f?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(void 0==f)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=0=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; 0=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&0=b&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, February 22, 2024

Dlema Melayu Hari Ini

 Dilema Melayu Hari Ini

M. Bakri Musa

 

Bahagian Pertama:  Kekosongan UMNO Serta Pemimpinnya

(Bahagian pertama dari tiga)

 

Keputusan UMNO untuk menangguhkan Kolokium Pra-Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan pada 3 Februari 2024 yang lalu dan menggantikannya dengan perbincangan keputusan Lembaga Pengampunan Diraja terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak berkaitan dengan rasuah syarikat 1MDB mencerminkan kekosongan parti serta pemimpinnya.

 

            Pemimpin UMNO memilih untuk memberi tumpuan kepada sesuatu yang mereka akui tidak boleh berbuat apa-apa (“Kami menghormati keputusan Lembaga Diraja Pengampunan . . .”) sambil mengabaikan agenda utama di mana mereka mungkin boleh memainkan peranan yang penting. Yakni, meringankan penderitaan masyarakat Melayu yang lama sudah jauh kebelakangan serta menyedihkan.

 

            Keputusan UMNO untuk bertindak sedemikian mencerminkan isu yang lebih besar untuk masyarakat kita, ya itu kecenderungan budaya kita ke arah peraga sahaja. Bermakna, melakukan sesuatu hanya untuk dilihat sebagai berupaya tetapi hakikatnya kosong. Atau dalam istilah kejuruteraan, nisbah isyarat-ke-bunyi (signal-to-noise ratio) yang rendah. Budaya peraga inilah, atau endah rupa tanpa rasa, yang lama merosakkan masyarakat kita. Itulah unsur utama yang mengakibatkan kaum kita kebelakangan. Mukadimah yang panjang berlarutan di perhimpunan Melayu, sema ada di persembahan resmi dan akademik, mencerminkan budaya peraga ini.

 

            Renungkan sambutan keterlaluan yang masih berterusan terhadap pengampunan bekas Perdana Mentei Najib. Hakikatnya tidak berubah. Si lelaki yang berusia 70 tahun itu masih mempunyai hukuman penjara yang panjang, denda yang tinggi, serta hutang cukai yang besar, selain daripada perbicaraan semasa yang sedang berjalan dan tidak akan terjejas oleh pengampunan diraja itu. Maknanya, pemimpin UMNO serta pengulas am heboh dengan sesuatu yang tidak bermakna atau memberi kesan. Sekali lagi, untuk peraga sahaja!

 

            UMNO sekarang jauh bezanya dari parti gemilang yang ditubuhkan pada tahun 1946. Pemimpin awalnya bijak dan berpandangan jauh. Mereka berani merapati pemimpin kaum lain untuk matlamat yang sama. Yakni, menghapuskan penjajahan British. Kebijaksanaan mereka mengakibatkan negara mencapai kemerdekaannya secara aman, tanpa perang atau pengganasan, satu pencapaian yang jarang berlaku pada masa itu.

 

            Malangnya Semangat 46 ini telah hapus dan digantikan dengan unsur rasuah yang mendalam ke akar umbi. UMNO sekarang jauh sekali daripada berteraskan “Agama, Bangsa, dan Negara” tetapi sebaliknya, “Kami, Keturunan, dan Kembung Perut!”

 

            Pemuda UMNO yang pernah dianggap sebagai sayap halia kerana keberanian mereka untuk menyindir serta mengutuk pemimpin tertinggi, kini dihuni oleh ahli politik muda yang bersemangat “kami menurut arahan” sahaja. Mereka bersemangat Hang Tuah sahaja, tidak hebat atau berani seperti Hang Jebat. Pemuda UMNO tidak berjantan.

 

            Mahathir Mohamad, Presiden UMNO yang paling lama, menanggung bala petaka kemerosotan parti. Sungguh pun dia pada akhirnya mengecut keahliannya, satu perbuatan khianat tanpa bandingan, itu tidak mengubah apa-apa, sama ada dirinya mahupun UMNO. Bahkan semua pemimpin UMNO meninggalkan parti dengan syarat yang jauh daripada manis. Pengecualian ialah Tun Razak yang meninggal dunia dalam jawatan, dan Abdullah Badawi.

 

            Mahathirlah yang juga memperkenalkan budaya “tampa bertanding" dalam pilihan pemimpin atasan. Dengan terus terang dia tidak ingin dan menghalang pencabar. Itu satu tanda pemimpin pengecut dan tiada keyakinan diri sendiri. Dia berbuat sedemikian selepas dicabar oleh Tengku Razaleigh pada 1987 di mana Mahathir menang dengan undi yang tepis. Arahan “tanpa dicabar” ini kemudiannya dipeluk penuh oleh pemimpin yang berikutan. Itulah yang mempercepatkan kelemahan dan kemerosotan UMNO.

 

            Pemimpin Melayu dalam dan luar UMNO gagal memahami realiti yang terang serta menyedihkan. Yakni, Malaysia yang maju tidak semestinya menghasilkan status yang sama untuk orang Melayu. Kampung Baru, jerawat yang mengotorkan wajah berseri Kuala Lumpur, melambangkan kebenaran ini dan juga merupakan peringatan hodoh yang berterusan. Tetapi sebaliknya, jika masyarakat Melayu maju, itu bukan sahaja bermakna Malaysia yang makmur tetapi juga sebuah negara yang stabil. Oleh sebab itu, cabaran yang penting dan utama untuk membangunkan negara Malaysia ialah memperbaiki nasib orang Melayu. Bahkan jika masyarakat Melayu mundur di dalam negara yang berkembang maju, itu adalah malapetaka yang menanti. Untuk bandingan, peristiwa ngeri Mei 1969 itu hanyalah pratonton dan kejadian yang ringan.

 

            Banyak terdapat contoh di mana kaum majoriti yang dahulunya kebelakangan berjaya mengatasi kemunduran mereka. Contoh utama ialah kaum Katolik di Ireland pada 1950-an dan Perancis-Kanada di Quebec pada 1960-an. Sebaliknya terdapat juga di mana keadaan kaum majoriti merosot walaupun mereka sekarang memegang kuasa. Kaum Hitam di Afrika Selatan contoh yang sedih. Keadaan mereka hari ini lebih teruk lagi bila dibandingkan semasa zaman Aparteid dahulu.

 

            Banyak ajaran serta penunjuk yang boleh kita di teladani daripada masyarakat Ireland dan Perancis-Kanadi dulu; tiada rahsia atau sihir. Seperti yang dinyatakan oleh novelis doktor Stanford Thomas Verghese dalam buku terlarisnya The Covenant of Water, "Rahsia bisa tersembunyi di tempat yang paling jelas." Itu termasuk benda serta ilmu dan ilham.

 

            Dalam karangan kedua daripada tiga saya akan meneroka apa yang boleh kita pelajari daripada Ireland dan Quebec tentang rahsia yang tidak begitu tersembunyi ini untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada penderitaan yang sekarang dialami oleh orang kulit hitam di Afrika Selatan.

 

Seterusnya (Kedua Daripada Tiga Bahagian):  Contoh Dari Ireland Dan Quebec

0 Comments:

Post a Comment

<< Home