(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, February 19, 2025

Meningkatkan Pencapain Murid Mealy

Meningkatkan Pencapaian Murid Melayu

M. Bakri Musa

 

Dalam ucapannya kepada kakitangan Kementerian Kewangan pada Rabu lepas 12 Feb 2025, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan semula keperluan untuk “memperkukuh penguasaan Bahasa Melayu (BM) . . . dan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) yang mantap sebagai bahasa ke dua dalam kalangan pelajar.” 

 

            Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan dan kajian yang tanpa berhabisan di Kementerian Pendidikan. Anwar sedar atas kepentingan pendidikan dalam pembangunan negara. Bagi Malaysia khususnya, kemajuan masyarakat Melayu. Yang tidak dinyatakan tetapi difahami dengan baik oleh pendengarnya dari khalayak kakitangan penjawat awam yang hampir semuanya Melayu, Anwar merujuk kepada murid Melayu.

 

            Malaysia menghantar guru ke Finland untuk mencontohi sekolah di sana yang di taraf terbaik dalam dunia. Yang lebih baik serta sesuai ialah Kanada, dan bukan hanya cara meningkatkan taraf sekolah tetapi juga mengendalikan dwibahasa secara khususnya dan hubungan antara kaum secara amnya. Masyarakat Finland satu rupa; Malaysia lebih serupa Kanada dari segi bahasa dan bangsa rakyatnya.

 

            Rakyat Kanada sekarang faham bahawa kemahiran dwibahasa (Perancis dan Inggeris) adalah satu keistimewaan dan kebolehan yang pasti, dan bukan seperti pandangan terdahulu, yakni "menyerah kepada mereka." Sekarang dwibahasa bukan lagi satu masalah memecah belah masyarakat. Sukar untuk kini membayangkan bahawa Kanada mengalami “Krisis Oktober 1970” di mana pihak mereka berbahasa Perancis merusuh kepada mereka berbahasa Inggeris. Sementara itu di Malaysia kenangan zaman gelap Mei 13, 1969 itu sering ditimbulkan dengan semangat berapi-api.

 

            Pendidikan di Kanada adalah tanggungjawab negeri, bukan persekutuan. Maknanya model sekolah yang sesuai adalah di Alberta dan British Columbia. Kedua-duanya mempunyai majoriti berbahasa Inggeris tetapi minoriti Francophone pun besar. Alberta mempunyai sistem sekolah awam yang cemerlang, baik aliran sekular mahupun "terpisah" (maknanya, Katolik). Sekolah swasta tidak langsung dapat pasaran di sana!

 

            Pendidikan dwibahasa di kedua-dua wilayah itu amat disukai oleh rakyat kerana mereka sedar bahawa kefasihan dwibahasa memberi kelebihan yang besar dalam sektor awam dan juga swasta. Pakar neurolinguistik menganggap bahawa kefasihan lebih daripada satu bahasa membawa banyak kelebihan kognitif (berfikir) dan faedah lain, termasuk ketegasan angka otak serta keupayaan untuk mengenali corak dan penyimpangan. Lebih kecil lagi seorang itu mendapat kemahiran itu, lebih baik. Tidak hairanlah senarai ibubapa yang ingin anak mereka memasuki aliran Bahasa Perancis (BP) amat ramai.

 

            Alberta mempunyai tiga aliran pendidikan dwibahasa, dan menyerahkan pilihan itu kepada ibu bapa. Pertama ialah sekolah menggunakan BP sebagai penghantar dengan BI diajar sebagai satu mata pelajaran. Ini seumpama di Malaysia, dengan BM menggantikan BP. Kedua, BP ialah bahasa pengantar (kecuali semasa kelas BI) tetapi hanya untuk bilangan tahun yang terhad, seperti tiga atau empat tahun permulaan. Selepas itu BI digunakan kecuali untuk kelas BP. Ketiga, di mana BP diajar hanya sebagai satu mata pelajaran, biasanya untuk satu tempoh sehari, seperti pengajaran BI di Sekolah Kebangsaan hari ini.

 

            Ketiga aliran itu boleh diubahsuai untuk Malaysia. Pertama, sekolah penuh BI dengan BM hanya satu mata pelajaran. Ini berbeza dengan sekolah kolonial dulu di mana BM tidak langsung diajar dan kurikulumnya penuh dengan hal di England.

 

            Mengembalikan semula sekolah kolonial lama tanpa ubahsuai, seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pihak, sudah tentunya tidak boleh diterima dalam suasana politik semasa. Tambahan pula itu langkah kebelakangan. Mengubahsuaikan, seperti meletakkan sekolah BI hanya di kampung dan kawasan luar bandar di mana kefasihan BI di keliling rendah. Juga hadkan kepada kanak-kanak dari keluarga yang lazimnya bertutur dalam BM di rumah.

 

            Saya bersekolah BI di zaman penjajah. Saya tidak diajar BM sehingga beberapa tahun kebelakangan apabila negara merdeka. Yang peliknya, saya tidak dikehendaki mengambil BM dalam dua tahun terakhir (Tingkatan Enam). Namun oleh sebab BM ialah bahasa ibunda, saya kemudiannya boleh belajar menulis dalam BM moden tanpa kesukaran.

 

            Kita juga akan meningkatkan kemahiran BI jika mengajar Pengajian Islam dalam BI atau mengadakan Sekolah Agama saluran BI seperti di Amerika Syarikat. Pasti itu akan laku di masyarakat kita. Maklumlah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia adalah aliran BI.

 

            Walaupun terdapat pembaharuan tidak berhabisan dan pelan tindakan yang tidak berkesudahan dalam sistem pendidikan negara, cabaran penting masih kekal dan belum lagi diselesaikan. Beban dan akibat sekolah daif memberi kesan yang lebih teruk kepada masyarakat Melayu. Itu menyumbang kepada kedudukan kita yang agak ketinggalan di negara ini, kecuali dalam perkhidmatan awam. Dan itu dicapai hanya melalui perintah.

 

            Sekolah kebangsaan juga gagal menyediakan pengalaman yang dikongsi bersama antara murid berbagai kaumKini murid sekolah kebangsaan hampir semuanya Melayu. Itu tidak sihat untuk masyarakat majmuk. Hanya Sekolah Kebangsaan Jenis Cina sahaja yang meningkat jumlah pelajar bukan Cina (khususnya Melayu). Sekolah agama dengan muridnya yang semua Melayu menambahkan masalah ini.

 

            Sekolah Kebangsaan juga gagal dalam meningkatkan kefasihan BI, kecekapan STEM (Sains, Teknologi, Engineering [Kejuruteraan], dan Matematik), dan kemahiran berfikir kritis antara murid mereka. Sementara itu aliran agama langsung mengabaikan masalah ini. Kegilaan mereka hanya indoktrinasi dan ritual keagamaan. Yang menjadi mangsa kedua-dua aliran pendidikan ini ialah orang Melayu. 

 

            Begitu juga dengan saluran 60:40 peratus STEM dan bukan STEM yang tidak habis di hebohkan. Yang lebih penting ialah berusaha untuk memastikan supaya semua pelajar meningkatkan pemahaman mereka tentang dunia di dalam dan di sekeliling kita (teras pengajian sains) dan beberapa kemahiran kuantitatif (berfikir dengan angka) tanpa mengira pilihan kerjaya pilihan penuntut pada masa depan.

 

            Sebarang pembaharuan sistem persekolahan bermula dengan menerima tiga realiti terasPertama, ibu bapa dan bukan ahli politik atau kakitangan Kementerian Pendidikan yang faham apa pilihan terbaik untuk anak mereka. Ke dua, tiada satu sistem yang sesuai untuk semua. Maknanya, kita perlu membentuk model yang berbeza serta senang di ubahsuaikan supaya ibu bapa boleh memilih. Ketiga, tanpa berpendidikan yang bermutu susah masyarakat membangun.

 

            Dalam syarahan beliau, Anwar juga menyenaraikan cabaran lain yang dihadapi oleh sektor awam, memetik fikiran teragung Ibn Khaldun dan Malek Bennnabi, antara lain. Walau bagaimanapun, masalah pendidikan negara jelas, malah orang kampung sudah sedia mengetahuinya serta mengalaminya. Apa yang dikehendaki ialah kemahuan dan kecekapan untuk membatasinya. Doa dan rayuan sahaja tidak mencukupi.

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home