(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, January 22, 2025

Menilai Kecekapan Pemimpin Dunia Ketiga

  

 

Menilai Kecekapan Pemimpin Negara Dunia Ketiga

M. Bakri Musa

 

 

Kecekapan seorang pemimpin negara Dunia Ketiga berkait songsang dengan sanjungannya di Barat. Yakni, semakin tinggi pemimpin itu diminati di Barat, semakin kecil kemungkinan pimpinan mereka berkesan di tanah airnya.

 

Mendiang Presiden Corazon Aquino dari Filipina di puji tinggi oleh Barat. Dia diberi keistimewaan berucap kepada sesi bersama Kongres Amerika Syarikat. Sementara itu balik di tanah air, negaranya merosot. 

 

Sebaliknya, tiada siapa pun di Barat (atau Dunia Ketiga) teringat siapa pemimpin Taiwan. Tetapi negara itu sudah beberapa dekad telah mengalahkan China dan juga kebanyakan negari lain dari segi ekonomi dan pembangunan. Sungguh pun pemimpin Taiwan mengunjung tinggi "nilai-nilai Asia" tetapi pada satu masa lebih separuh daripada menteri negara itu mempunyai ijazah kedoktoran daripada universiti terkemuka di Amerika. Pakar kesihatan awam mereka mendapat pujian dunia atas keberesannya menghadapi wabak Covid-19. Walaupun Mandarin, bahasa rasmi Taiwan, dituturkan oleh lebih ramai di seluruh dunia, tetapi rakyat Taiwan tidak menganggap mereka tidak martabatkan bahasa ibunda dengan membelajar Bahasa Inggeris. Beribu penuntut mereka belajar di Barat. Itu tidak bermakna mereka tidak mengindahkan budaya dan institusi mereka.

 

Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dianggap oleh dunia sebagai pemimpin yang berkesan. Namun, pengiktirafan itu timbul lewat. Pada awalnya dia disangkakan hanya sebagai seorang datuk bandar biasa. Pada satu masa dia berkempen, dia ditolak ke dalam longkang. Itu bukan satu masalah untuknya dia. Malah Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (Central Intelligence Agency) pada mulanya menganggap dia sebagai seorang pemimpin biasa Dunia Ketiga yang korup. Mereka cuba merasuahinya, dan apabila itu gagal, memeras ugut dia.

 

Semua ini mukadimah panjang memandangkan kesibukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang bergelumang dengan pemimpin dunia dan penampilan di pentas global yang berkilauan. Sementara itu, cabaran penting berterusan dan terus melumpuhkan negara. Yakni, akar rasuah yang cepat mendalam, institusi yang lemah (khususnya sistem pendidikan), dan pelacuran agama yang kian bergiat tanpa berhad. 

 

Tidak mungkin Perdana Menteri Anwar boleh mempelajari memerangi rasuah dengan melawat London atau Washington, DC. Mereka mempunyai bencana pecah amanah mereka sendiri. Begitu juga dengan membaiki sistem pendidikan. Sekolah di Amerika kebanyakannya hanyalah dewan besar untuk menampung kanak kanak. Tidak guna kita contohi.

 

 

 

Sebaliknya, kita lebih baik meneladani bagaimana untuk menentangi rasuah dan membaiki persekolahan negara dengan mencontohi dan belajar dari pemimpin di selatan Tambak Johor. Belanja lawatan tersebut amat murah dan perjalanannya pun mudah, tanpa “jet lag” yang melumpuhkan.

 

Seorang pemimpin yang tanpa segan silu mencontohi Lee ialah Paul Kagame dari Rwanda, Africa. Di Kigali, ibu kota negara itu, rakyat boleh makan di tepi longkang kerana ia bersih dan dijaga dengan baik. Jika Kagame boleh melakukan demikian di Rwanda, mustahil jika Anwar tidak boleh berbuat yang sama di Malaysia.

 

Mungkin dalam menghadapi ancaman puak pelampau agama Perdana Menteri Anwar boleh belajar lebih banyak lagi dari Barat yang sekular, khususnya Amerika. Perancis juga negara Barat tetapi sekularismenya jauh berbeza. Di Amerika, sekularisme bermakna tidak menyebelahi sesuatu agama dan soal kepercayaan sendiri. Sekularisme Perancis mempunyai sentimen anti-agama yang kejam. Itu adalah satu tindak balas yang sedia difahami memandangkan kekejaman kaum paderi Katolik di negeri itu pada satu masa yang lepas. 

 

Dunia serta pemimpin Islam semasa tidak boleh kita contohi untuk mengatasi ranjau pelampau agama yang kini menyerang Malaysia dan melumpuhkan masyarakat Melayu. Sebaliknya, contohi Amerika, khususnya institusi yang berkaitan dengan gereja seperti Universiti Georgetown dan Notre Dame, serta sekolah persediaan (Prep School) dan berasrama miliki gereja seperti Groton di Massachusetts dan St. Paul di New Hampshire.

 

 

Georgetown dan Notre Dame, walaupun universiti yang bergabung dengan gereja, mempunyai program Pengajian Islam yang di sanjung tinggi. Bandingkan dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di mana kitab Syiah di kunci! Groton dan St. Paul boleh di contohi oleh sekolah berasrama penuh dan sekolah Tahfiz kita. Hanya sebahagian kecil sahaja graduan Groton yang menjadi ahli paderi. Sekolah tersebut menyumbang lebih daripada bahagian mereka menjadi doktor, jurutera, dan usahawan Amerika.

 

Selama ia dalam belantara politik, Anwar mendapat keistimewaan untuk menjelajahi universiti terkemuka di Barat seperti Oxford, Georgetown, dan Johns Hopkins. Baharui hubungan itu. Jemput bekas rakan sekerjanya di sana untuk memberikan seminar peribadi kepada kabinetnya. Contohi Presiden Ronald Reagan. Dia pernah menjemput tokoh intelektual seperti George Will, James Q Wilson, dan William F Buckley, Jr., ke White House untuk makan malam merangkap sesi "tunjuk ajar". 

 

Jika ungkapan yang berkobar tanpa had mencukupi, Indonesia di bawah Sukarno tidak menjadi negara yang bangsat dan rakyatnya menderita. Betul, Churchill dengan pidatonya yang hebat boleh merangsang rakyatnya semasa perang dunia ke dua dulu. Walau bagaimanapun, apa yang mengalahkan pemerintah Nazi ialah perancangan yang tepat dan pelaksanaan D-Day yang teliti.

 

Lebih bermanfaat jika Anwar biasakan mendengar dan kurang berceramah. Seumpama orang tuan rumah, biasakan ke dapur dan jangan hanya menunggu hidangan yang endah di serambi. 

  

0 Comments:

Post a Comment

<< Home