(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Tuesday, November 12, 2024

Bahasa Inggeris Bukan Lagi Bahasa Penjajah

  

 

 

Bahasa Inggeris Bukan Lagi Bahasa Penjajah

M. Bakri Musa

 

Kejayaan kaum pendatang ditanah ayir kita bukan disebabkan oleh nilai-nilai budaya atau pusaka genetik mereka yang mulia seperti apa yang difahamkan oleh Mahathir, sebaliknya kerana mereka berkebolehan dwibahasa. Begitu juga dengan keturunan mereka sekarang. Ramai antara mereka memahami dan fasih dalam tiga bahasa–bahasa atau dialek ibunda, Bahasa Melayu (BM), dan Bahasa Inggeris (BI). Apek di kampung dulu tidak mungkin berjaya menjaja sayurnya jika ia hanya boleh bertutur dalam bahasa Hokkien.

 

Pendatang semasa seperti mereka dari Bangladesh faham tentang kebijaksanaan ini. Bahkan mereka melebihi diri mereka dengan terus mengahwini gadis tempatan. Mereka tidak mungkin boleh berbuat demikian tanpa mengetahui bahasa tempatan, yakni BM. 

 

Kemunduran masyarakat Melayu di tanah air sendiri bukanlah kerana kita malas, kurang motivasi, atau taksub dengan agama. Tetapi sebaliknya disebabkan oleh kebanyakan orang kita fasih hanya dalam bahasa BM. Malangnya pemimpin kita mahu keadaan itu berkekalan. Dalam fahaman sesat mereka, itu menunjukkan semangat kebangsaan yang memuliakan bahasa serta kebanggaan budaya. Tetapi itu hanyalah kepura-puraan sahaja kerana ramai pemimpin Melayu sendiri fasih dalam Bahasa Inggeris (BI) dan terdidik dalam jurusan itu, bahkan mungkin di Britain. 

 

Contoh yang paling jelas ialah Allahyarham Tun Razak. Sebagai Menteri Pendidikan pertama pada tahun lima puluhan, beliau menggesa ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah Melayu sementara dia dengan secara sembunyi menghantar kelima-lima anaknya ke sekolah Inggeris, dan di Britain pula! Bagaimana dia mampu membiayanya dengan gajinya yang berdasarkan mata wang ringgit tidak di persoalkan. Mungkin perangai anaknya Najib Razak dengan dana 1MDB ialah satu penunjuk. Pura pura pemimpin kita yang jelas terang ini terlepas dari pandangan masyarakat Melayu, dulu adan sekarang. 

 

 

Ilmuan BM Nik Safiah Ismail menegaskan bahawa murid Melayu tidak perlu belajar BI. Hanya lima peratus sahaja orang Melayu yang patut fasih berbahasa Inggeris. Yang lainnya boleh bergantung pada terjemahan. Maklumlah ini Tanah Melayu, dia mengingatkan kita. Yang tidak disebutnya ialah diantara mereka yang lima peratus bertuah itu mestilah meliputi anak saudara Nik Safiah. 

 

Ramai yang bersama fikiran dengan Nik Safiah, termasuklah pemimpin Melayu dan mereka di bandar yang sepatutnya lebih mengetahui. Tetapi walaupun pun para pemimpin kita menolak kepentingan BI, mereka dan anak-anak mereka terus belajar di institusi bahasa Inggeris. Terus terang kemunafikan mereka. Bukan itu sahaja, dengan cara demikian mereka menunjukkan fikiran kuno atau feudal mereka. Kami adalah pemimpin; kami perlu fasih berbahasa Inggeris. Kamu kaum marhaen dan petani, tak payahlah! Apa kau nak berhajat tinggi?

 

            Begitu juga pandangan masyarakat kita. Mereka yang cerah sedikit dan faham tentang mustahaknya BI di anggap sebagai petualang bangsa atau lebih teruk lagi, pengkhianat negara. Kemudian pemimpin kita hairan dan mustahil mengapa masyarakat Melayu masih mundur. 

 

Persefahaman ilmiah kita sekarang telah jauh majunya daripada ungkapan hipotesis Sapir-Whorf yang lama. Yakni, bahasa ibunda adalah seperti cermin atau kaca mata bagaimana kita akan melihat dan berfikir tentang dunia luas. Dari segi neurosains moden, banyak kelebihan kognitif dan lain-lain yang ketara bila seseorang itu fasih dalam berbilang bahasa. Antaranya ialah kelebihan daya saing yang jelas dalam pasaran. Dan lebih awal kita memperoleh keupayaan ini lebih baik.

 

Belajar BI bukanlah ungkapan rindu zaman penjajah dahulu atau ke negeri England. Sebaliknya, ia adalah realiti zaman moden yang perlu serta pragmatik. Pemimpin yang tidak mengendahkan itu dengan tidak sedar mencacatkan dan melemahkan rakyat khasnya pengikut mereka.

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home