(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Sunday, April 08, 2018

Merindui Cak Nur Kita

Merindui Cak Nur Kita
M. Bakri Musa
www.bakrimusa.com


Pada bulan Mei 1998, didalam suasana rusuhan menentang dia merebak, President Suharto masih lagi sibuk dengan cerot belotnya untuk terus berkuasa. Terdesak, dia cuba memikat dan menggabungkan pemimpin pembankang.  Ramai yang terpikat dengan rasuah yang mewah, pangkat tertinggi, serta pujian tak terhingga. Ramai, tetapi bukan semuanya. Antara pengecualian yang ketara, seroang berjiwa jujur serta berani ialah ulama kelulusan Universiti Chicago, Nurcholish Madjid. 

                       Cak Nur, nama panggilan nya yang lebih terkenal, menegur Suharto dengan terus terang tanpa putar belit atau kiasan lembut bahawa rakyat sudah jemu dan mahukan Suharto mengundur. Keesokan harinya ia meletakan jawatan setelah memerintah Indonesia dengan kejam selama 32 tahun. Dengan itu, Indonesia dilindungi kegelisahan dan huru hara.

                       Hari ini Malaysia yang memerlukan Cak Nur nya sendiri. Yakni seorang yang disegani untuk memberi amaran didepan muka Njib Razak bahawa rakyat sudah bosan serta benci dengan rasuahnya yang terlaluan, peragai pemimpinnya yang kurang sopan, dan penyelewangan amanah yang tidak pernah di alami dinegara kita. Sudah sampai masanya untuk Najib berundur. Rakyat sudah tidak tahan lagi menanggung kelakuannya yang mengaget bangsa dan memecah belah rakyat. Peragia beliau membahagikan dan melagakan masyarakat Melayu tidak boleh di tahan dan di ampuni lagi. Samping itu dia telah membebani rakyat dengan hutang berat yang mesti ditanggungi sebeberapa keturunan.

                       Najib mesti mengundur walaupun jika ia menang di pilihan raya yang akan datang ini. Pilihanraya serta alat alat demokrasi yang lain hanya sah dan bermakna jika tidak dicemari. Dengan campuran rasuah dan “poltik wang” demokrasi bermakna peraturan rusuhan. Peraturan tetapi tetap rusuhan. Malah di demokrasi yang matang seperti Amerika pilihanraya boleh di tipu melalui “gerrymandering” dan gangguan dari luar negri. Apalagi Malayasia, di mana politik wang dianggap biasa dan duit disebarkan kepada pengundi dengan secara langsung dan terbuka; di mana  pengundi hantu serta penipuan undi pos antara ahli-ahli polis dan angkatan tentera dilakukan dengan terus terang.
 
                       Di negri China mereka sedar dan berterus terang dari asal bahawa Pengerusi Xi akan mendapat undi sebulat suara untuk menjadi pemimpin seumur hidup. Mereka tidak berpura-pura atau mengakui diri mereka bebas atau demokratik. Begitu juga dengan Iraq semasa Saddam Hussein. Di Malaysia, pilihan raya hanyalah satu tipu daya kejam yang dilakukan terhadap rakyat, memghampakan mereka dengan harapan kosong serta palsu. 
 
                       Penerbitan The Ekonomist meramalkan Najib akan mencuri pilihan raya akan datang. Kenyataan itu tidak benar sebab itu memaklumkan bahawa Najib boleh mempisahkan benar dari yang salah, halal dari haram. Najib tanpa maruah. Jabatan Keadilan AS serta penguatkuasa undang-undang dari lima negara mendakwa dia mencuri beribu juta wang dari syarikat kerajaan 1MDB. Tetapi pada Najib dan kucunya dalam UMNO, dia tidak mencuri dana 1MDB hanya menerima derma dari tanah suci. Kemenangannya dalam pilihan raya adalah borkat dari Illahi!
 
                       Pakar saikoloji mempunyai istilah tertentu bagi mereka yang berpandangan songsang atau jauh berbeza daripada yang lain.
 
                       Pandangan Najib yang songsang dan kelakuan nya yang selekeh itu dilindungi oleh budaya Melayu. Dalam masyarakat kita yang masih feudal, semua yang dilakukan oleh pemimpin adalah betul dan halal, tak mungkin salah atau haram. Kalau dia telanjang, kepada si Nazri, Zahid, dan Ku Nan serta kucu kucu UMNO, Najib dihiasi songket sutera yang telus dan di buat dari benang serangga yang jarang ditemui! Kepada mereka, Najib dia tak "mencuri" pilihan raya atau dana 1MDB. Yang pertama ialahkehendak Allah, menurut ulama-ulama yang di tanggung oleh pemerintah, sementara yang kedua, "sumbangan" atau rezki dari tanah Nabi!
 
 
Tiada Cak Nur Malaysia

                       Pertemuan Suharto dan Cak Nur yang dirujukan itu bersejarah serta unik. Bersejarah kerana ia mengubah masa depan Indonesia jauh dari pemerintah diktator; unik kerana pertemuan saperti begitu jarang berlaku dalam budaya Asia. Masyarakat Asia enggan berdepanan dengan pemimpin mereka dan memberikan kata dua dengan terus terang, tanpa sindiran dan tidak kira sama ada sopan atau sebaliknya. Namun Cak Nur dengan suara nya yang lembut tapi tegas berani memberi amaran kepada Suharto yang sentiasa tersenyum itu bahawa rakyat mahukan dia undur. Hanya untok menghormati kesopanan dan budi budaya, Cak Nur tidak mejolongkan telunjuknya kepada Suharto!
 
                       Cak Nur mencerminkan sifat tulen kaum ulama. Sepanjang sejarah Islam ulama berkhidmat sebagai benteng menentang kelebihan dan kezaliman pemerintah. Renungkan hadis ini: Syurga dipenuhi dengan raja yang merapati ulama; Neraka dibanjiri oleh ulama yang selalu ke istana (terjemahan lebih kurang). Ulama tulen sedar bahawa deritaan yang mereka alami di tangan sultan yang derhaka tidak seberat nya bila di bandingkan dengan hukuman di akhirat nanti.

                       Ulama Melayu terpesona dengan geleran diraja mereka, termasuk pakaian resmi yang hebat dan dihiasi penuh dengan penutup botol. Kepada para ulama, Najib tidak mencuri wang dari 1MDB tetapi menerima rezeki, hadiah dari Illahi!
 
                       Masyarakat Melayu sudah tentu nya diborkati dengan ramai Cak Nur kita.  Allah yang Pemurah serta Adil tidak akn mengabaikan bangsa kita. Tetapi kita tidak menghargai borkat Nya. Sebaliknya budaya kita memperlekehkan hadiah dari Tuhan. Di budaya lain, si Rafizi Ramli mereka dihargai. Pelbagai pihak akan merebut dan memujuk ia untuk memimpin mereka. Makhlok saperti Rafizi di anggap sebagai bintang terang di langkasi yang gelap. Di Malaysia sebaliknya, Rafizi di penjarakan . . .  kerana mendedahkan rasuah! Almarhum Kassim Ahmad begitu juga. Kerana keberaniannya dia diburu oleh mahkamah syriah hingga hujong umor nya. Lihat lah Azmi Sharum, seorang pakar undang undang di Universiti Malaya. Jangan harapkan dia dianugerahkan menjadi ahli Majlis Profesor Negara.
 
                       Saya terharu dengan seniman kita yang berani menentang ketidakadilan. Di antara mereka ialah penyanyi “blues” Mohammad Ito dan kartunis Zunar. Sementara itu, Lat, yang dulu saya minati, kini dia berdiam diam sahaja, dibungkam dengan gelaran Datuk yang murah, manakala Zunar menerima kehormatan dan pujian antarabangsa kerana berani mengejek Najib dan isterinya. Zunar membuktikan bahawa pena itu adalah senjata yang lebih kuat. Malah Sheila Majid dan Siti Nurhaliza pun sudah bosan dengan Najib. Kuasa bintang mereka melebihi daya tarikan Najib dan RTM pemerintahnya. 
 
                       Bekas Perdana Menteri Mahathir pun sudah tidak tahan lagi dengan peragai Najib. Saya berdoa supaya Mahathir berjaya menghapuskan Najib. Semua rakyat Malaysia patut menyokong dia. Benar, Mahathir bertangung jawab atas kenaikkan Najib. Mahathir terhutang budi kepada ayah Najib. Oleh sebab itu Mahathir buta kepada sisi gelap Razak yang diwariskan keanak sulongnya.
 
                       Saya kecewa dengan peragai ulama dan sultan Melayu. Mereka berlumba lumba mengejar dedak dari Najib. Mufti Persekutuan tidak sabar menegur penyanyi Neelofa kerana melancarkan tudung bergaya barunya di kelab malam. Tetapi Tuan Mufti tidak bersangka pun untok menegur Najib bila ia mencuri wang 1MDB. Mufti Bakri bukan bahan Cak Nur; jauh sekali! 
 
                       Sementara itu Raja Melayu senang juga disenyapkan dengan kontrak mahal dan istana mahligai baru. Dedak lebih berkesan daripada pindaan perlembagaan tahun 1980-an untuk mengalih gelagak sultan. Namun orang Melayu masih percaya dengan khayalan bahawa sultan adalah "pelindung" kita. Ia, “perlindungan” kondom Cina yang murah; kecuali sultan kita mahal.
 
Tanda Qiamat
 
Orang Islam percaya antara tanda qiamat ialah apabila masyarakat tidak lagi mengutamakan kebenaran, sebaliknya si penipu dan pendusta di muliakan; apabila pemimpin pecah amanah dan menjadi pengkhianat dan penyamun; dan apabila mereka berlumba mendirikan pencakar langit.
 
                       Saya tidak percaya bahawa bangsa Melayu berhampiran dengan qiamat kita. Mungkin Najib dan UMNO mendekati qiamat mereka. Sejarah mengingatkan bahawa pemimpin yang korup akan mengalami hujung nyawa yang tidak senang dan mungkin mengerikan. Saksikan Gaddafi dan Ceausescu. Apabila qiamat Najib dan UMNO sampai, kita akan terperanjat serta tidak percaya bagaimana dan betapa mudahnya negara kita telah ditipu dengan terus terang oleh pemimpin yang begitu remeh dan tidak berkobolehan. 
 
                       Kejayaan Najib dengan kesimpulannya "wang itu raja" seumpama kejayaan kupu kupu lepas hujan. Cepat terbang tinggi dan lagi cebat kebumi. Punca ringgit bukan tak terbatas. Kedua, ringgit kita sudah menghampiri matawang Zambia dalam harga. Apabila qiamat menimpa Najib dan UMNO, mereka dan juga kita akan cepat mengetahui mengapa perkataan "amok" itu berasal bahasa Melayu. 
 
                       Pada saya, Malaysia tidak memerlukan Cak Nurnya. Najib tidak layak dihormati a la Suharto.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home