Harapan dan Cabaran Teknoloji Digital Dalam Pembelajaran Talian
Harapan Dan Cabaran Teknoloji Digital Dalam Pembelajaran Talian
M. Bakri Musa
Persembahan saya di webinar anjuran Islamic Renaissance Front, Sabtu Januari 31, 2021 bersama dengan ahli panelis Dato Dr. Madeline Berma dan moderator Shamshir Alam)
Masaalah Kandongan
Bahagain dua Dalam Empat
Masaalah kedua ialah kandongan, atau software dan isi. Ini senang sekali dibatasi sebab sudah banyak kandongan yang sedia ada. Tidak berguna kita membuang masa mengreka roda baru, hanya untuk mensuaii isi yang sedia sekarang ada untuk kehendak keadaan tempatan. Lihat lah sekarang sudah ramai guru tempatan yang sudah mengreka isi untuk di gunakkan oleh murid mereka.
Layari lah web Cikgu Norhailmi Abu Mutalib dan Samuel Isaiah di semenanjung. Mereka kedua adalah finalist hadiah Global Teacher Prize. Di pendalaman Sarawak pula, Cikgu Nazmi bin Rosli, pemenang Golden Hearts Award. Ramai lagi guru guru yang mengambil kesempatan membuat kandongan yang menarik untuk murid mereka. Kita mesti hormati bekat tempatan saperti mereka dengan membiayi project mereka supaya keluaran mereka lebih meningkat lagi. Tak payah menunggu mereka menerima pengiftaran dari luar negeri. Beri mereka grant duit; itu lebih lagi bermakna.
Satu lagi kelebihan masyarakat kita ialah penulisan rumi, iaitu sama yang digunakan dalam Internet. Kita tidak ada masaalah seperti apa yang di alami oleh orang China, Thai, dan Tamil. Kita tidak sedar kelebihan atau keistemewaan kita ini.
Ada hanya satu masaalah sahaja yang kita hadapi dengan kandongan atau content. Iaitu 85 peratus isi Internet menggunakan BI. Itu menjadi satu batasan besar sebab murid kita kurang fasih dalam BI. Kita tidak memberatkan matapelajaran itu secara policy. Kita bersalah faham dengan mensifatkan kemahiran dalam BI atau apa Bahasa pun bermakna kita tidak mentarbatkan Bahasa sendiri. Itu lah salah faham yang menjehanamkan sistem pendidikan negara dan juga bangsa kita.
Untuk menguasi Internet, murid kita mestilah fasih dalam BI. Ini ialah satu masaalah yang besar untuk murid Melayu di luar bandar. Keadaan itu tidak mungkin semestinya. Dalam kajian nya dengan murid luar bandar di India, Sugara Mitra mendapati bahawa dalam tempuh tak sampai dua bulan pun, murid murid itu boleh berbahath dan berbincang dalam BI melalui program nya saperti “Grannny in the Cloud” dan “Schools in the Cloud.”
Setahun dua dahulu ada cerita seorang budak berumur 7 tahun, Aisyah London, geleran nya, di mana dia fasih bercakap dalam BI, bukan BI rojak cara Malaysia, tetapi BBC English. Dia belum masuk sekolah pun!! Macam mana ia mendapat kebolihan itu? Emak bapak nya membiarkan Aisyah mendengar siaran BBC dirumah nya serta membenarkan dia menenggok Youtube. Begitu juga murid luar bandar di India dengan computer membelajari BI.
Lebih baik kita membina 5G tower dan bilek computer di sekolah kampung daripada menghantar guru BI yang dilatih dengan cara culup dari kolej Latihan guru tempatan.
Dalam kajian nya dengan eksperimen “Hole in the Wall” di India, Sugara Mitra meletakkan sebuah computer di lubang dalam dinding. Lepas itu dia taruk videocamera di belakang untuk merakamkan perangai murid murid itu. Tak sampai dua minggupun seluruh murid itu dapat melayar Internet tanpa penerangan atau ajaran dari guru mereka. Bahkan guru mereka tidak tahu apa benda pun perihal computer. Experiment ini telah di buat di tempat lan. Pergilah kekampung. Berapa ramia yang sudah pandai mengunnakakn smart phone tanpa di ajar secara formal.
Keputusan pertama Mitra ialah, murid murid sama ada di India, Sweden atau UK, boleh mengatur diri mereka dengan spontan untuk belajar dan mengajar antara mereka sendiri tanpa adanya arahan atau penolongan dari guru mereka. Akibat pemerhatian ini Mitra membuat program “Self Organizing Learning Environment” (SOLE) dan “Hello Hubs.”
Kesimpulan saya ialah pertama, harga mahal hardware ialah masalah yang boleh dibatasi. Saya sambung lagi, iaitu lebih mahal lagi harga nya jika kita melalaikan cita cita murid kampung jika kita tidak memberi mereka kesenangan TD. Kedua, masaalah kandongan tidak ada. Bahkan kita bernasib baik sebab Bahasa kita mengunakan tulisan rumi, sama juga dengan yang di gunakan dalam Internet.
Tetapi ada satu lagi unsur yang lebih penting yang kita ingkari. Istilah yang saya beri kepada unsur ketiga ini ialah budaya’an, atau culture-ware. Perkataan ini belum ada lagi dalam kamus Bahasa Melayu. Budaya’an ialah unsur unsur dalam budaya dan nilai masyarakat yang boleh mendorong kita menyambut fikiran dan teknoloji baru, atau sebalik nya, menolak apa apa sahaja yang baru, kecuali kerata dan isteri.
Balek keatas, betul anak orang Asli boleh berbual dengan anak hartawan di New York melalaui Skype dan Zoom, tetapi mungkinkah ibubapa atau dan lebih luas lagi budaya dan masyarakat mereka membenarkan atau mengalakkan hubungan itu? Mungkin mereka akan menghalangkan.
Inilah maknanya masaalah budayaan yang sukar di batasi. Mungkinkah masyarakat kita menerima apabila anak anak Melayu berfasih dengan BI sebab mereka ingin berlayar di Internet?
Begitu juga, mungkin kah pegawai JAKIM bersenang hati bila murid murid kita mendengar kuliah dan wacana diberi oleh Imam Syamsul Ali di New York atau Ilil Abdullah di Indonesia? Judy Garland pernah menyanyi lagu “How are you going to keep them on the farm once they have been to Gay Paree?” Terjemahan rengkas: Bagaimana nak balik ke kampung selepas melihat Bandar mewah Paris?
Sekarang dengan Internet, Bandar Paris datang ke kampung! Inilah soalan besar yang terkandung dalam istilah saya budayaan. Banyak kajian telah di buat apibila murid dapat melayari Internet dengan senang. Pertama kefasihan mereka dalam BI cepat meningkat. Yang lebih endah lagi, BI yang di hafizkan mereka ialah BI BBC, bukan BI rojak atau pidgin English saperti murid kita yang sekarang diajar oleh guru BI tempatan.
Dimana penuntut menerima broadband dan memeluk TD, mereka akan cepat bertaraf dengan penuntut negeri yang maju. Begitu juga taraf ekonomi masyarakat serta kecergasan kaum petani mereak akan juga melambong.
Disebaliknya, banyak juga unsur kejahatan dan buruk berkait dengan TD. Antaranya, berjudi online, isi lucah atau pornography, dan berbagai jenayah on-line. Teknoloji saperti “face recognition” (mengkenal muka) boleh digunakan untuk mencari kanak kanak yang hilang. Sebaliknya teknoloji itu juga membolehkan pemerentah yang kejam dan tidak adil memerhatihan rakyat mereka dan memberkas kebebasan mereka saperti berlaku di negri China sekarang.
Ini ialah satu kebiasa’an sains. Semua rekaan maknusia mempunyai dua sifat – yang baik dan yang jahat. Tenaga nuclear mengrenggankan beban maknusia dan membolehkan negara maju akan tetapi ia juga boleh menjehanamkan dunia. Begitu juga TD. Itu satu cabaran yang kita mesti hadapkan.
Saperti disebut dahulu, TD menyentuhi semua bidang masyarakat, dari ekonomi, pertanian, dan perdagangan hingga ke pendidikan serta meninggikan dan membebaskan fikiran rakyat. Kita tidak boleh mengabaikan TD. Sebaliknya kita mesti memberi keutamaan kepada TD. Ia satu teknoloji sekarang dan pada masa hadapan yang membolehkan masyarakat kita melompat kehadapan untuk bersamping dengan negara yang maju.
Sambungan: Bahagian Ketiga Dalam Empat: D Dalam Pendidikan Luar Bandar. Pengalaman Malaysia dan Negara Luar
0 Comments:
Post a Comment
<< Home