(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, March 07, 2024

Takdir Anwar Ibrahim Untuk Membawa Kita Mengarah Qiblat yang Tulen

 Dilema Melayu Masa Kini

M. Bakri Musa

 

Terakhir dari Tiga Bahagian: Takdir Perdana Menteri Anwar Ibrahim Untuk Membawa Kita Mengarah Qiblat Yang Tulen

 

[Dalam bahagian pertama saya menarik perhatian atas kebodohan dan kemusnahan budaya kita yang asyik berperaga. Perangai demikian mengakibatkan masyarakat kita mundur dan tidak setanding dengan bangsa lain walaupun negara maju. Dalam Bahagian Kedua saya mengesa agar orang Melayu mencontohi penganut Katolik Ireland pada tahun 1950-an untuk mengatasi dilema semasa. Dalam bahagian ketiga dan penutup ini, saya percaya bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang boleh melaksanakannya matlamat ini. Takdir dia untuk mengarah kita ke Qiblat yang tulen.

 

 

Ranjau terbesar yang menghala kemajuan negara ialah rasuah. Walaupun akibat burutnya menghampa semua kaum, tetapi bebannya tidak sama dan lebih berat lagi di tangung oleh masyarakat Melayu. Itu adalah akibat kaum kita lebih bergantung kepada kerajaan. Walau pun Perdana Menteri Anwar teguh memerangi rasuah tetapi itu masih belum berkesan.

 

            Sebaliknya petualang besar yang membantutkan kemajuan kaum Melayu ialah golongan Islamis yang berfikiran kuno dan nasionalis bahasa yang terlaluan. Orang bukan Melayu sudah tentunya tidak dapat mereka pengaruhi. Golongan Islamis dan nasionalis ini mempunyai pengaruh yang tidak wajar terhadap kerajaan dan orang Melayu. Apa yang dikatakan sebagai dilema Melayu bukanlah, seperti yang disangkai ramai, musuh hantu seperti Barat dan kaum pendatang. Menyalahi mereka mungkin boleh memenangi undi Melayu dan melonjakkan kerjaya politik seseorang, malangnya itu tidak akan membaiki nasib orang Melayu. Pendatang atau tidak dan Islam atau tidak, kita semua mahklok Allah.

 

            Para Islamis yang berfikiran kuno ini tidah kesah atas kemunduran kaum kita. Sebaliknya mereka memperlekehkan dan dengan terus terang menolak pencapaian duniawi. Dengan itu mereka, sengaja atau tidak, mengiatkan orang Melayu supaya tikak berusaha untuk maju. Renungkan. Tidak mungkin ada zaman kegemilangan Islam dan agama kita yang murni ini tidak tersebar luas seandainya umat Islam zaman kuno dulu hanya taksub kepada akhirat.

 

            Kemiskinan mendekati kekufuran. Kita tidak patut bermegah dengan kemunduran serta kebangsatan kaum kita atas alasan syurga akan menunggu kita. Nyawa kita serta dunia ini adalah anugerah Allah teragung. Kita patut bersyukur dan menujukkan kesyukuran kita dengan berusaha untuk membaiki ke dua dua. 

 

            Pada abad ke-8, Si Rabi’a Al Adawiyya pada satu ketika terlihat berlari di bandar Basra membawa baldi air di tangan kanan dan obor di tangan kiri. Bila ditanya, dia menjawab bahawa dia ingin memadamkan api Neraka dan membakar pintu syurga supaya manusia akan mengabdi kepada Tuhan hanya kerana Dia dan bukan kerana ingin masuk syurga atau takut Neraka. Berbuat baik kepada satu dan lain serta manusia amnya ialah cara kita menyembah Allah. Itulah pengajaran utama. Ketaksuban kepada Akhirat itu hanyalah gangguan.

 

            Penganut Islam hari ini meremehkan kitab suci kita dengan menyifatkannya sebagai azimat ajaib. Baca sahajalah ayat tertentu dan dengan ajaib hajat anda dimakbulkan atau penyakit tersembuh. Begitu juga jika hendak cemerlang di sekolah. Tidak payahlah belajar bersungguh atau mendengar guru tetapi hanya beratib dan bersolat Tahajut yang tidak bersudahan. Tambahan pula, hanya Allah yang boleh menguji kita, bukan hambanya seperti guru. Kononnya!

 

            Ranjau terbesar kaum Melayu ialah apabila kerajaan dan pemerentah merestui dan memberi kuasa kepada kaum Islamis. Bahkan mereka sekarang berani mencaci sultan dengan lela serta mengkafirkan mereka yang berpandagan berlainan. Akibatnya buruk bagi orang yang beriman serta akidah dan masyarakat kita. Presiden Turki Erdogan enggan menamai parti atau kerajaannya sebagai Islamik. Dia takut jika kelalaian serta kegagalannya akan di anggap sebagai kekurangan agama Islam. Malangnya, dan ini amat menyedihkan, hikmah dan kewajaran ini tidak terfikir pun oleh pemimpin Melayu.

 

            Sementara itu kaum nasionalis bahasa itu telah menanamkan sentimen yang menjehanamkan masyarakat serta anak kita. Kepada mereka, mempelajari Bahasa Inggeris ialah satu pengkhianatan kepada atau tidak menghormati Bahasa Melayu. Lebih aneh lagi, Bahasa Inggeris disifatkan sebagai satu alat untuk "penjajahan fikiran."

 

            Ada petunjuk bahawa sinar terang mungkin memuncul. Pengaruh nasionalis bahasa sudah bermula tipis dan mungkin terus hapus. Menghormati bahasa ibunda atau tidak, bilangan murid Melayu di sekolah Cina semakin meningkat. Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini bahawa sekolah vernakular dilindungi oleh perlembagaan adalah satu kemenangan bukan sahaja bagi orang bukan Melayu bahkan juga untuk kaum Melayu. Sementara itu orang Cina sudah lama memilih aluran “sekolah antarabangsa.” “Antarabangsa” itu hanyalah tirai melindungi keadaan sebenar, yakni sekolah Bahasa Inggeris.

 

            Walau bagaimana pun sinar harapan ini (bilangan anak Melayu meningkat di sekolah Cina) mungkin dikaburkan oleh perkembangan yang jauh lebih aneh. Yakni bilangan penuntut Melayu yang memilih aliran agama, dari peringkat prasekolah hingga pasca siswazah. Sistem itu mengindoktrinasi dan jauh sekali daripada mendidik. Renungkan, guru Inggeris tidak fasih berbahasa Inggeris dan ulama buta huruf Bahasa Arab. Itu hanyalah petanda keburukan yang ternampak. Inti yang busuk dan robok maseh tersuruk.

 

            Perdana Menteri Anwar sedar akan kelemahan ini. Pada satu masa dahulu dia juara nasionalis bahasa dan Islamis politik. Kini dia sudah jauh lebih bijak, telah diuji dan dipukul tetapi masih tidak patah. Sebaliknya, dan agak ironis serta sentuhan karma, si penyeksanya terdahulu yang kini terseksa.

 

            Anwar peminat Nelson Mandela. Contoh yang lebih bermakna untuk Anwar ialah penulis Pramoedya Ananta Toe. Dia juga lama di penjara dan di seksa tetapi itu tidak mematahkan jiwanya. Sebaliknya dia menjadi penulis yang lebih hebat. Begitu juga, ketidakadilan teruk yang dihimpakan ke atas Anwar hanya menjadikan ia pemimpin yang lebih baik, bijak, dan tegas. Nyata sudah menjadi takdir untuk Anwar sebagai pemimpin negara, khususnya orang Melayu, untuk mengarah kita menghadapi ke arah kiblat yang tulen. Hanya dengan cara demikian kita boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara.

 

            Nyata Anwar tidak boleh menyekat aliran agama atau peranan Bahasa Melayu. Tetapi dia boleh mengubah supaya sekolah agama lebih bertanggungjawab keatas keperluan negara dan masyarakat kita. Contohilah sekolah agama Kristian di Amerika. Ia menghasilkan lebih ramai cerdik pandai serta tokoh saintis, usahawan dan profesional. Hanya sebahagian kecil daripada graduan mereka yang menjadi paderi. Oleh sebab itu, sekolah tersebut menarik ramai murid yang bukan Kristian termasuk anak Islam. Harvard bermula sebagai tajaan gereja tetapi hari ini bahagian agamanya amat kecil. Yang lebih penting, ramai ulama Islam yang telah dididik oleh Harvard.

 

            Universiti Amerika di Beirut, yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian, kekal sebagai permata mahkota intelektual dunia Arab walaupun dia menggunakan Bahasa Inggeris dan kedaan kacau di sekelilingnya. Begitu juga Universiti Amerika di Kaherah. Ditubuhkan hanya pada tahun 1919 tetapi ia telah lama mengatasi Al Azhar yang berusia ribuan tahun.

 

            Jika sultan Melayu menggesa penjajah dahulu menubuhkan rangkaian Sekolah Melayu Anglo, seperti yang mereka lakukan dengan Kolej Melayu, bayangkan betapa tingginya pencapaian kaum kita! Begitu juga jika sultan menentang pandangan jahil ulama bahawa menghadiri sekolah Inggeris adalah sama dengan menjadi seorang Kristian! Bahkan ramai anak raja belajar di sekolah tersebut. Isteri Perdana Menteri kedua dan ketiga menghadiri Sekolah Convent! Kesalan terbesar dan tanpa habis Pendita Za'aba ialah apabila bapanya memancung putusan keluarga bila dia masuk sekolah Inggeris. Kemunafikan dan muka dua yang terus terang pemimpin Melayu pada masa dahulu dan juga sekarang inilah yang meruntuhkan masyarakat kita.

 

            Ranjau pendidikan anak Melayu ialah sikap negatif terhadap belajar Bahasa Inggeris. Itu diselubungi di bawah tuduhan tidak memartabatkan dan menghormati bahasa kebangsaan. Sebaliknya kita patut berusaha supaya murid kita fasih dalam dua–Melayu dan Inggeris, serta menambah masa untuk pengajian sains. Bagi sekolah agama pula, lebihkan masa untuk mata pelajaran sekular supaya mereka boleh menghasilkan bakal doktor, jurutera, ahli sains, dan para usahawan.

 

            Semua ini langkah mudah, berkesan, dan amat diperlukan. Ia tidak memerlukan dana dan jawatankuasa besar untuk melaksanakannya, hanya kemahuan untuk memulakannya. Anwar Ibrahim sahajalah yang mempunyai kebijaksanaan pimpinan serta kemahuan dan kemampuan untuk melaksanakannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home