(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, March 28, 2024

Tumpukan Usaha Kepada Rakyat, Bukan Pemimpin

 Tumpukan Usaha Kepada Rakyat, Bukan Pemimpin

M. Bakri Musa

March 29, 2024

 

Banyak kritikan terhadap pemimpin Melayu atas kegagalan mereka membela nasib masyarakat kita. Peel mereka pun selalu menjolok mata. Sekerang mereka heboh dengan stukin yang dicap dengan nama Allah. Takde keje lain ke? Renungkan pula Simposium Kongres Ekonomi Bumiputra yang berlalu pada 29, Feruari 2024. Seperti yang dulu sejak tahun 1965, penyerta heboh dengan ratapan masalah tetapi hampa tidak seorang pun memberi cadangan untuk membatasinya. Mereka sibuk menghuraikan kekurangan kaum kita serta memohon sekali lagi untuk kerajaan memberi peruntukkan yang lumayan.

 

            Tidak perlu untuk diingatkan aras kebangsatan dan keburukkan kaum kita. Itu sudah ternyata serta memalukan. Di Kuala Lumpur dan bandar lain, berapa banyak perusahaan Melayu? Tak malu ke pemimpin kita? Lawati universiti terkemuka seberang laut. Berapa ramai penuntut Melayu ada disana? Maksud saya, tidak payahlah berpanjangan dengan huraian masaalah kita. Yang dikehendaki ialah cara untuk menyelesaikannya. Pengalaman menunjukkan bahawa peruntukkan dana yang mewah tidak sama dengan atau akan mengakibatkan penyelesaian. Kecergasan otak melebehi lautan dana.

 

            Mengikut pakar monyet (primatologis) Belanda Frans de Waal, tiada pemimpin jika tidak ada pengikutnya. Itu memang sedia dimaklumkan. Dalam kata lain, lebih berfaedah jika kita kaji atau perhatikan pengikut mereka. Bila pembaca meter boleh menjadi menteri, masalahnya bukan dengan dia, tetapi lebih lagi pada si pemilih atau mereka yang mengundi. Hadi Awang sukar di pilih atau dilantik sebagai penangkap anjing di Amerika, bahkan di Johor pun.

 

            Sementara itu di luar ruang politik pula, saya hairan bahawa ulama yang tak faham Bahasa Arab pun yakin mentafsirkan kitab suci kita, dan dengan itu mempengaruhi rakyat. Tetapi renungkan sedikit. Itu hanya boleh berlaku di Terengganu dan Pattani. Tetapi jika di Johor dia tidak mungkin memenuhi ruang rumah kilat. Seperti juga seorang mufti yang ucapannya penuh dengan bahasa Arab yang berpanjangan dan sukar difahami oleh pendengarnya. Tetapi siapa berani menegur Dr MAZA atas tidak mentarbatkan bahasa kebangsaan kita? Seperti intelek gergasi kita Pendita Zaaba, Dr. MAZA mengejek Zaaba dengan dikenali hanya dengan akronimnya.

 

            Beberapa tahun dahulu sebelum masjid kecil kami di California mempunyai Imam sepenuh masa, saya bertanggungjawab mencari khatib untuk mengimamkan solat Jumaat. Suatu ketika, dalam keadaan terdesak, saya mendapati seorang ulama yang kononnya hebat. Pendakwah yang berapi dan berkobar tanpa berhad. Seperti di anggapi, khutbahnya tidak berhabisan mengutuk dan mencerca orang kafir.

 

            Selesai sembahyang dan dia menamatkan doanya, saya hairan tidak seorang pun bersalam tangan dengan dia seperti yang selalu berlaku. Jika saya mempunyai sebarang keraguan tentang penerimaan si khatib di kalangan ahli Jemaah kami, itu hapus bila seorang hamba Allah menegur saya. “Bakri, aku nak tengok macam mana kau akan sesuaikan khutbah ini untuk di terbitkan dalam surat berita (newsletter) kita!”

 

            Sekiranya saya masih lagi keraguan atas pendapatan umum jemaah, sangkaan itu hapus apabila seorang lagi menegur saya dengan tegas, “Jangan kau jemput lagi pendakwah ini.”

 

            Kita boleh menganggap taraf sesuatu masyarakat dengan memerhatikan pemimpim dan siapa yang di hormati. Di Amerika, antara penerima Pingat Kehormatan Presiden (Presidential Medal of Honor), anugerah awam tertinggi negara itu, ialah Denzel Washington dan mendiang Steve Jobs. Saya tidak perlu menyenaraikan pencapaian mereka. Sebaliknya perhatikan kehebohan semasa di Malaysia, yakni bekas Menteri Kewangan Tun Daim yang sekarang didakwa makan rasuah. Beliau bukanlah Tun yang pertama didakwa sedemikian. Terdapat ramai lagi "Tun tercemar." Seorang bekas Ketua Hakim Negara, juga bergelar Tun, cuba menyembunyikan perkahwinannya di Selatan Thailand. Mengapa dia merasa perlu berbuat demikian kurang saya fahami. Maklumlah agama kita membenarkan berkahwin berapa kali asalkan tidak melebihi empat isteri pada satu masa!

 

            Mukadimah saya agak berpanjangan. Maksud saya ialah jika kita ingin mengubah keadaan masyarakat, kita mesti menumpukan kegiatan bukan kepada pemimpin tetapi sebaliknya ke atas pengikut mereka. Kalau dahulu perhimpunan besar-besaran orang Melayu adalah di ceramah politik, hari ini di masjid dan acara keagamaan. Melalui medan sosial dan alat rakaman video yang tidak mahal yang di reka oleh si kafir, para ulama kita boleh mempunyai ramai pendengar tetapi belum lagi setaraf dengan padri di Amerika. 

 

            Jika kita ingin mengubah nasib orang Melayu, tumpukanlah tenaga ke atas pengikut dan bukan pemimpin. Sekali lagi memetik de Waal, “Musuh sains bukanlah agama . . . . Musuh sebenar adalah menghambakan fikiran, otak, dan rasa ingin tahu kebawah dogma.” Begitu jugalah dengan Islam semasa. Bentuk agama kita kini heboh dengan akhirat dan memberatkan bentuk dan acara (ritual) tetapi isinya kosong dan hanya menjadi ranjau dijalan kearah kemajuan.

 

            Ini bukanlah Islam yang dulunya membawa penganutnya ke Zaman Keemasan Islam. Sejak dari awal lagi, agama kita telah dijadikan suber penelitian dan kritisan. Soalan asas pernah dilembangkan oleh para ulama dahulu dan pengikut mereka. Salah satu soalan terawal dan asas ialah sama ada Al-Quran dicipta atau sedia kekal. Soalan itu menggoncang dan hampir merobek agama kita tetapi mereka teguh mencari jawapannya. Dan dengan sentiasa menyoal, agama kita tetap berkembang maju. Perhatikan kutukan perit dan pedas Al Ghazzali terhadap Ibn Sina dan Ibn Rasyid sehingga menuduh mereka sebagai kafir.

 

            Sekarang kita sanjung tinggi semua ulama kuno itu. Orang Islam purba juga tidak enggan belajar dan meniru orang dan budaya lain mungkin pun mereka yang tidak percaya kepada Tuhan dan menyembah patung seperti kaum Yunani kunu.

 

            Seperti yang diterangkan oleh Mu’nim Sirry, bekas pelajar pesantren Indonesia dan PhD Universiti Chicago dan sekarang dosen di Universiti Notre Dame, AS, mempertikai fahaman dan fikiran tentang agama serta tafsiran yang berlainan, serta fikiran terhadap akidah antara kaum agamaan dan ulama kuno, ialah perkara biasa dan bukan dianggap sebagai satu perbuatan angkuh seperti apa yang disifatkan oleh para agama sekarang. Tradisi yang mulia inilah yang patut kita hidupkan semula, bukan ketaatan buta kepada satu versi kebenaran 'rasmi' yang di akui dan disiarkan oleh pemerentah.

 

            Beberapa tahun lalu saya pernah mengikut perbincangan antara Dr MAZA dan Mu’nim Sirry di mana bekas mufti itu berperangai angkuh dan kasar. Dia keluar kerana tidak setuju dengan pendapatan Dr. Sirry. Sepatutnya Maza dengan cara ilmiah melawan dan mencabar pandangan Sirry. Saya tidak peduli dengan tindakan kasar serta biadap si Dr Maza. Itu hanya mendedahkan intisari dirinya. Sebaliknya saya memuji penganjur panel itu, Islamic Renaissance Front, kerana sudi mengadakan acara itu. Panel seumpama itulah yang masyarakat Melayu perlukan sekarang untuk mendedahkan pandangan kita kepada pelbagai fikiran dan pandangan walau pun agak pedih pada pandang pertama. Itulah caranya jika kita ingin "menggantikan dogma dengan pemikiran, renungan, dan rasa ingin tahu." Hanya dengan cara inilah yang kita akan benar-benar dapat menikmati dan mendapat manfaat daripada agama kita yang agung serta suci. Hanya dengan cara kita yang akan membolehkan bersama dengan mereka yang maju dan cerah.

 

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home