(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, July 03, 2024

Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036

  

Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036

M. Bakri Musa

July 3, 2024

 

Saya mengalukan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapat pandangan ramai sebelum mengkaji semula dasar pendidikan negara yang baru untuk menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013-2025 yang hampir ke penghujungnya. Rancangan baru ini khas untuk pendidikan sekolah. Sistem Pengajian Tinggi berada di bawah kementerian berasingan.

 

            Usaha baru ini digelar "Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036." KPM mengeluarkan kenyataan awam pada 24 Jun 2024 mengenai perkara ini dan telah pun menyediakan laman maya khas untuk mengambil sumbangan daripada rakyat (https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public).

 

            Saya memuji KPM kerana merancang masa panjang (yakni sedekad) dan tidak terpaksa menghadkan ke dalam jangka masa lima tahun seperti Rancangan Malaysia. Dasar pendidikan mengambil masa untuk berkesan, dan hakikatnya ditanggung lebih lama selepas itu. Malaysia masih mengalami akibat yang kurang baik kerana terburu pada masa dulu untuk tidak memberatkan pengajaran Bahasa Inggeris serta menamatkan atau mengurangkan perangan Tingkatan Enam.

 

            Selaras dengan cita KPM untuk menggunakan “whole society approach” serta yang “comprehensive and holistic,” saya mempersembahkan tiga cadangan. Pertama, bereskan lapan maya yang ada sekarang; ke dua, dapatkan pandangan yang luas daripada mereka yang berkaitan dengan pendidikan; dan ketiga, keluarkan laporan pendahuluan selepas mendapat semua persembahan. Selepas itu ikuti dengan mengadakan mesyuarat terbuka dan menjemput mereka yang telah menyumbang idea penting. Hanya selepas itu baharulah keluarkan dasar muktamad. Kemudian sebagai usaha berterusan, adakan satu badan khas untuk memantau pelaksanaan serta mengkaji keberkesanannya.

 

            Yang paling mudah ialah membereskan laman maya yang sedia ada. Apa yang ada sekarang terlalu terhad dan susah memuatkan cadangan dan rencana melainkan yang ringkas dan pendek sahaja. Ruang untuk memasukkan pandangan dan rencana perlu diperluaskan untuk memuat sekurang-kurangnya 2,000 aksara (atau 250 perkataan) serta dengan pautan untuk memuatkan persembahan yang lebih panjang, serta mengambil langkah supaya fail yang bercacat virus dan berniat jahat tidak boleh dipautkan. Juga, bahagikan penyerahan ke bawah tajuk tertentu seperti kurikulum, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, STEM, latihan guru, dan perkara umum.

 

            Lebih terbaik jika diadakan laman maya khas berasingan dan tidak berkait dengan laman maya KPM untuk mengehadkan kerosakan sekiranya berlaku serangan virus digital. Siarkan semua penyerahan dan juga jemput dan kumpulkan makalah yang tersiar di laman maya lain.

 

            Jemput pandangan daripada kumpulan tertentu seperti Persatuan Guru dan Ibu Bapa, Majlis Profesor Negara, organisasi majikan, serta ketua universiti awam dan swasta. Mereka paling terkesan dengan keluaran sistem persekolahan. Mereka mempunyai banyak pemerhatian dan cadangan yang berguna. Persembahan mereka boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Inggeris, tetapi ringkasannya yang tidak melebihi 250 perkataan mestilah di dalam ke dua Bahasa.

 

            Kakitangan KPM patut mencari makalah serta rencana dan ulasan tentang pendidikan di Malaysia (yakni “Google”), baik di dalam penerbitan ilmiah atau umum. Masukkan makalah yang berkaitan (tertakluk kepada peraturan hak cipta) kepada laman maya khas KPM itu. Lebih baik lagi ringkaskan sahaja kandungannya. Jemput pengarangnya serta pakar tertentu yang lain untuk memberi persembahan selanjutnya. Saya telah pun membaca banyak rencana serta ulasan dalam tempoh masa yang singkat sejak siaran akhbar MOE.

 

            KPM harus mengkaji keputusan murid tempatan di peperiksaan Program for Internasional Student Assessment (PISA) serta Sijil Persekolahan Malaysia (SPM). Kaji perbezaan antara negeri, kawasan (bandar dan luar bandar), sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan, dan malah juga antara Bumiputra dan bukan Bumiputra.

 

            Beberapa tahun yang lalu apabila keputusan PISA pelajar Amerika merosot, itu mengejutkan negara. Akibatnya berpuluh profesor dan pemikir mengkaji kelemahan itu dan menyelidik cara untuk membatasinya.

 

            Di Malaysia tidak ada minat atau tekanan untuk melaksanakan dengan berkesan sesuatu dasar dan keputusan. Kelalaian itu terdapat bukan hanya dalam pendidikan. Oleh sebab itu rancangan yang terbaik terus menjadi sia-sia dan terbengkalai kerana tidak dilaksanakan dan dipantau dengan cekap.

 

            Mengikut cadangan di atas, saya memuatkan sumbangan saya ke laman maya KPM seperti berikut:

 

“1.  Hentikan SPM serta kelas Assasi dan Matrikulasi. Lanjutkan tahun persekolahan ke Tingkatan VI, menghadkannya ke satu tahun. Salurkan dua tahun terakhir persekolahan kepada jurusan akademik, am, dan vokasional seperti di Republik Jerman. Tingkatan VI lebih murah lagi daripada Assasi dan Matrikulasi. Mengadakan Tingkatan VI akan meningkatkan taraf akademik sesebuah sekolah. Membatalkan matrikulasi juga akan menamatkan perdebatan perpecahan yang berulang berlaku mengenai kemasukan. Tambahan pula, banyak masa terbuang selepas peperiksaan SPM, dan dengan itu banyak kehilangan ilmu dan tabiat belajar semasa cuti panjang yang berikutan. Orang kaya sudah tentu mendaftar anak mereka dalam kelas persendirian. Akhir sekali, hentikan menghantar pelajar ke luar negara selepas SPM. SPM hanya bertaraf sekolah menengah rendah di negeri maju.

 

            2. Hadkan 70 peratus tempat di sekolah berasrama penuh kepada mereka dari keluarga B40. Kepada yang lain, kenakan bayar kos penuh berdasarkan skala gelongsor mengikut pendapatan keluarga. Tubuhkan sekolah harian bestari tanpa hostel di bandar, juga istimewa untuk murid dari keluarga B40. Tiada hostel maknanya lebih murah.

 

            3. Adakan kelas menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya (full immersion classes) untuk tiga tahun pertama di sekolah terpilih di kawasan luar bandar. Disana tahap Bahasa Inggeris dalam masyarakat sekeliling amat rendah dan tiada peluang untuk murid menggunakannya. Alberta, Kanada, berbuat demikian untuk menggalakkan dwibahasa (Perancis dan Inggeris) dalam kalangan penduduknya.

 

            4. Tubuhkan Maktab Perguruan yang menggunakan Bahasa Inggeris seratus peratus untuk melatih guru-guru Bahasa Inggeris.

 

            5. Beri elaun khas untuk guru Bahasa Inggeris dan STEM, serta mereka yang berkhidmat di luar bandar. Umpamanya, seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Kenawit boleh menggandakan gajinya. 

 

            Butiran selanjutnya terdapat dalam buku saya “An Education System Worthy of Malaysia” (2003) dan “The Rot in Malaysian Education” (2023). Saya sudi memberi percuma sebagai fail pdf. Hubungi bakrimusa@gmail.com.”

 

            Begitulah persembahan saya, tidak lebih daripada 280 perkataan dan 2000 aksara, termasuk ruang kosong!

 

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home