(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, October 24, 2024

Kaum Islamis Sonya Tanpa Mengulas Belanjawan Negara

  

Kaum Islamis Senyap Tanpa Mengulas Belanjawan Negara

M. Bakri Musa

 

Belanjawan Negara 2024-2025 yang di kemukakan pada minggu lepas (18 Oktober 2024) mendapat berbagai sambutan. Yang hairannya ialah kebisuan dari pihak Islamis. Mereka tidak berminat langsung untuk memberi pandangan dan nilaian mereka. 

 

Mungkin mereka senyap dan senang hati sebab peruntukkan yang amat besar di beri ke Jabatan Islam, meningkat daripada RM1.9 bilion untuk tahun yang sedia kepada RM2.2 bilion yang di cadangkan untuk tahun depan. Angka itu tidak mencerminkan tahap perbelanjaan yang sebenarnya kerana ia tidak mengira birokrasi agama di pelbagai kementerian. Maklumlah setiap kedutaan mempunyai Imam pemastautin sendiri. Kemudian pula perbelanjaan sekolah Agama yang di bawah Kementerian Pendidikan.

 

  Cendekiawan Islam sepatutnya menyuarakan pendirian serta pandangan mereka ke atas belanjawan negara. Itu adalah satu aspek tadbir urus negara yang paling utama.

 

Al-Quran mengenalkan zakat dengan kadar rata 2.5 peratus. Cukai pendapatan moden berdasarkan pendapatan dan kadarnya progresif, yakni meningkatkan dengan pendapatan. Zakat dikenakan hanya pada aset cair dan yang tidak boleh di alih anjak. Umpamanya, nilai rumah dikecualikan zakat. Itu tidak saksama; bandingkan antara istana mewah sultan dengan rumah sederhana seorang guru. Kadar rata zakat juga bermakna syeikh bilionair membayar kadar yang sama seperti guru sekolah. Itu tidak seimbang, jauh daripada saksama dan keadilan. Kedua nilai itu adalah teras asas Islam. Dari sudut itu, cukai pendapatan lebih dekat ke nilai Islam.

 

Zakat, atau cukai harta, bukan berasal dari Islam. Orang Yunani purba mempunyai “eisphora,” cukai harta yang dikenakan hanya kepada mereka yang paling kaya. Dua ribu tahun kemudian, ahli ekonomi Perancis Thomas Piketty mencadangkan cukai kekayaan global yang progresif sehingga kadar 2.5 peratus (kadar zakat) untuk mengatasi ketidaksamaan global dan perubahan iklim. Pada tahun 2020 “Millionaires For Humanity” (Jutawan Untuk Kemanusiaan) mencadangkan cukai kekayaan yang serupa untuk memerangi kemiskinan, Covid-19, perubahan iklim dan memenuhi Matlamat Lestari PBB.

 

Mengenakan cukai kekayaan ke atas semua harta – dalam dan luar negeri – akan menjana lebih banyak hasil daripada mengubah cara cukai semasa. Dengan kadarnya yang rendah (seperti zakat - 2.5 peratus), itu akan memudahkan mentadbirnya dan juga tidak menggalakkan kita menipu.

 

Al-Quran juga mentakrifkan bagaimana dana zakat harus dibelanjakan. Dengan tafsiran yang moden dan tidak terikat kepada zaman, semua aktiviti kerajaan moden termasuk perbelanjaan ketenteraan boleh diletakkan di bawah satu daripada lapan kategori dalam Al-Quran.

 

Perbelanjaan untuk kaum fakir dan miskin sudah tentu jelas. Begitu juga pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan pasar. Dengan adanya jalan raya, penduduk luar bandar yang miskin boleh membawa hasil mereka untuk dijual di bandar serta membawa keluarga mereka yang sakit ke hospital. 

 

Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. ketika menubuhkan komuniti Islam pertama di Madinah ialah membina pasar supaya orang ramai boleh berdagang antara satu sama lain. Sebelum menerima kenabiannya, Mohammad, s.a.w., adalah seorang peniaga. Oleh sebab itu dia faham bahawa berjual beli adalah cara untuk meningkatkan ikatan sosial. Seorang ahli perniagaan perlu melayan orang lain bukan sebagai "mereka" sebaliknya sebagai bakal pelanggan dan rakan kongsi perniagaan. Itu membawa perspektif baharu dan bermanfaat serta produktif pada hubungan antara manusia. 

 

Satu lagi peruntukan zakat ialah membebaskan mereka yang berada dalam keadaan perhambaan. Itu mungkin dilihat sebagai aneh atau tidak relevan dalam dunia hari ini tanpa perhambaan. Namun, meregangkan konsep itu, perhambaan terbesar yang dihadapi oleh ramai umat hari ini ialah kejahilan dan kemiskinan. Itu tidak kurang ikatannya untuk melumpuhkan jiwa seseorang. Kurangkan kemiskinan dan kejahilan, dan rakyat akan bebas serta menikmati kemerdekaan diri yang tulen. 

 

Zakat juga mewajibkan tidak lebih daripada 1/8 (12.5 peratus) daripada kutipan dibelanjakan untuk pentadbiran. Menterjemahkan itu kepada kerajaan moden, itu bermakna perbelanjaan perkhidmatan awam patut juga tidak melebihi 12.5 peratus. Dalam Bajet 2024-25, emolumen (atau gaji perkhidmatan awam) ialah 24.3 peratus daripada jumlah keseluruhan, dua kali ganda yang di hadkan pada zakat. Berita baiknya ialah penurunan yang ketara daripada 31.5 peratus tahun lepas. 

 

Kegagalan mengawal emolumen akan mengakibatkan apa yang disebutkan dalam pepatah Minangkabau “Habih dek orang pangkar!” Maknanya, pelayan tuan rumah memakan semua hidangan dan meninggalkan sedikit sahaja untuk tetamu.

 

 

“Perbelanjaan untuk jalan Allah” meliputi apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada ummah, daripada membina sekolah hingga membersihkan jalan serta membuka longkang dan mengorek sungai untuk mengelakkan banjir. 

 

Orang Islam purba mengakui bahawa kekayaan, seperti air, patut beredar. Jika bertakung, banyak bahayanya. Zakat mengatasi masalah ini. Konsep ekonomi moden "halaju peralihan wang," (velocity of money) sebagai petunjuk kehebatan sesuatu ekonomi mencerminkan kebijaksanaan ini. 

 

Islam menganggap bunga, dan dengan itu hutang, haram. Walau bagaimanapun, hutang adalah satu mekanisme tuas atau jongket (leverage) yang memberi banyak manfaat. Hutang membolehkan saya membeli rumah pada awal kerjaya semasa anak saya kecil; untuk orang lain, untuk mendapatkan pendidikan tinggi mereka. Kedua-dua akibat itu adalah baik dan manfaat. Oleh sebab itu mestilah halal. Dari segi tingginya hutang negara, Jepun mempunyai nisbah hutang kepada KDNK tertinggi dalam dunia, namun rakyatnya makmur. Masalah hanya timbul jika hutang dengan mata wang asing dan dana hutang digunakan untuk membina projek megah seperti istana dan bukannya infrastruktur yang produktif seperti sekolah dan hospital. 

 

Kaum Islamis harus mendesak kerajaan supaya mengenakan cukai atas semua harta dan pendapatan dan tidak mengecualikan yang berasal dari luar negeri seperti amalan semasa. Itu hanya akan menggalakkan rakyat Malaysia meletakkan (bermaksud, menyembunyikan) kekayaan mereka di luar negara. Itu bukan sahaja tidak menguntungkan negara, malah menggalakkan rasuah. Seperti yang didedahkan oleh Pandora Papers, Menteri Kewangan pun mempunyai aset mewah di luar negara dan tidak dikenakan cukai. Munafik betul! 

 

Di Malaysia bayaran zakat dianggap sebagai kredit untuk cukai pendapatan dan bukan hanya sebagai satu perbelanjaan yang boleh ditolak dari jumlah yang dikenakan cukai seperti di Amerika. Sebaliknya, zakat hanya memberi manfaat kepada orang Islam sahaja manakala orang bukan Islam membayar sebahagian besar cukai pendapatan negara yang memberi manfaat kepada semua rakyat, Islam dan bukan Islam. Adakah itu adil? Selanjutnya, mengikut Dasar Ekonomi Baru, kebanyakan program kerajaan memberi manfaat kepada orang Melayu sahaja. 

 

Masalah kesaksamaan dan keadilan ini harus dipertimbangkan dengan teliti oleh semua rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi orang Islam. Kesaksamaan dan keadilan adalah teras agama kita.

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home