(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, November 06, 2024

Candu Dalam Belanjawan Negara 2024-25

  

 

 

 

Candu Dalam Belanjawan Negara 2024-25

M. Bakri Musa

 

Saya kagum atas kebolehan Britain, sebuah negara yang kecil, menguasai negeri China dalam masa sepanjangnya pada pertengahan abad ke-19. 

 

            Tujuan Britain di China dan juga di tempat lain ketika itu, seperti semua kuasa penjajah, ialah (sekurangnya pada pendahuluan) hanya untuk berdagang. Kemudiannya oleh sebab tidak upaya membayar dengan mas dan perak untuk mengisi selera Inggeris yang semakin meningkat untuk teh, sutera, dan porselin Cina, kaum British mencipta sistem pertukaran dengan menggunakan candu dari India. India semasa itu di jajah oleh mereka. Akibatnya amat nyata. Dalam masa satu dua keturunan sahaja, masyarakat Cina roboh.

 

            Saya akan mengetepikan bagaimana Britain dengan hanya mengadakan berapa ribu sahaja pentadbirnya boleh mengawal ratusan juta rakyat India yang berbagai suku dan agama, atau bagaimana pihak British berjaya menjauhkan candu daripada orang India.

 

            Renungan ini terlintas kepada saya semasa menyemak angka belanjawan negara tahun depan dengan peruntukan yang semakin meningkat untuk kegiatan Islam. Sebelum itu terdapat keputusan untuk menempatkan pegawai Islam di setiap jabatan kerajaan.

 

            Angka belanjawan itu tidak mengira pembiayaan di peringkat negeri dan juga kutipan zakat. Negeri Selangor sahaja mengutip lebih RM1.15 bilion bayaran zakat pada tahun lepas, manakala jumlah bagi 2022 pada semua ketiga belas negeri melebihi RM 2.2 bilion. Zakat di Malaysia adalah kredit cukai, bukan bayaran yang boleh ditolak ke atas penyata cukai pendapatan. Dalam lain kata, zakat menggantikan bayaran cukai pendapatan.

 

            Ahli falsafah Jerman Karl Marx (dia dikenali hari ini kurang sebagai itu) pernah menulis bahawa agama adalah "candu rakyat." Yakni, satu cara mereka yang berkuasa untuk "bukan sahaja menindas pekerja, tetapi menyebabkan mereka berasa lebih selesa apabila ditindas." Dan agama lebih murah daripada candu!

 

            Orang bukan Melayu merungut tentang pemberian yang berterusan mewah khas untuk kaum Melayu. Rakyat bukan Melayu patut melihat perkara ini dari sudut yang cerah dan mungkin mengguntung mereka. Dari pandangan sebaliknya, orang Melayu bernasib baik kerana orang bukan Melayu tidak seberapa cerdik seperti orang Inggeris dengan candu mereka di negeri China dahulu. 

 

            Maklumlah dengan lebih ramai orang Melayu mengejar jurusan Pengajian Islam, peluang untuk memasuki jurusan perubatan dan undang-undang akan menjadi lebih luas dan senang untuk penuntut bukan Melayu walaupun ada kuota. Dengan orang Melayu asyik di surau dan bersolat tahajud, orang bukan Melayu berpeluang berniaga tanpa tentangan untuk membaiki kereta dan alat rumah. Begitu juga peluang menjual nasi lemak selepas solat Jumaat. Adakan papan “halal” yang besar, sewa remaja wanita Melayu berpurdah untuk menjualnya, dan ambil seorang Melayu Ali Baba sebagai pemilik perusahaan atas nama sahaja, dengan syarat bayaran tertentu.

 

Perbezaan antara orang Melayu hari ini dan orang Cina semasa "Abad Penghinaan" mereka ialah ini. Candu Cina ketika itu adalah fizikal dan di jaja oleh syaitan kulit putih dengan niat yang paling jahat. Sebaliknya candu Melayu ini di jaja oleh pemimpin kita sendiri, dan dengan niat yang bernas, yakni dari sangkaan mereka dan pengikutnya. Kita puji pemimpin kita hingga ke awan tinggi dan mereka pula percaya bersungguh-sungguh bahawa apa yang mereka lakukan adalah kehendak Allah.

 

Walaupun rakyat Cina biasa dulu berpuas hati dengan candu mereka, tetapi para pemimpin dan intelektual mereka menyedari masalah dan petualang sosial yang terbesar ini. Tetapi mereka tidak berdaya menentangnya oleh sebab kuasa British yang jauh lebih unggul. Pemimpin dan cendekiawan Melayu sebaliknya masih tidak sedar atas bahaya candu metafora yang di jaja oleh pemimpin kita sendiri.

 

Jangan dikhuatirkan, candu Melayu ini tidak kurang bahayanya. Tak hairanlah bahawa negeri yang paling mundur di Malaysia adalah di mana golongan Islamis yang berkuasa dan berkawalan penuh. Begitu juga dengan pelbagai petunjuk kemerosotan nilai masyarakat seperti perceraian, anak yatim, penyakit HIV, dan buang bayi adalah tertinggi di sana. Walaupun ini nyata, pemimpin Melayu di tempat lain dan di dalam parti lain berlumba-lumba untuk mengayakan diri mereka “Lebih Islam” daripada pemimpin Parti Islam PAS. 

 

Peruntukan yang semakin mewah atas nama “perjuangan Islam” dalam belanjawan negara mencerminkan usaha hodoh ini.

 

Tidak kurang pula ialah isyarat simbolik yang lain. Terbaru ialah upacara gemilang yang di sertai oleh Yang Di Pertuan Agung untuk menganugerahkan kehormatan Professor Diraja kepada Dr. Syed Naquib Al-Attas. Syed adalah juara “Mengislamkan Ilmu” (Islamization of Knowledge-IOK) yang kini sudah basi dan diketepikan oleh sarjana semasa terutamanya di Barat. Malah ilmuwan tempatan juga sudah mengalihkan tumpuan mereka secara halus kepada "Integrasi Ilmu" (IOK – Integration of Knowledge). Singkatan (IOK) yang sama, dan usaha yang sama sia-sianya. Ilmu adalah ilmu; semuanya berasal dari Allah dan tidak ada corak keislaman atau kesetanan. Samada ilmu itu digunakan untuk membaiki keadaan manusia atau sebaliknya tergantung bukan pada Tuhan tetapi kepada umat Nya.  

 

Pemimpin Islam taksub untuk mencontohi Nabi Muhammad, s.a.w., sebagaimana diperintahkan oleh Qur’an kepada semua umat Islam. Walau bagaimanapun, mereka melupakan satu fakta unik. Yakni, Muhammad, s.a.w., dikurniakan oleh Allah secara unggul sebagai pemimpin rohaniah serta duniawi.  Allah tidak lagi memberi keistimewaan itu kepada sesiapa. 

 

Setiap pemimpin Islam termasuk empat khalifah, rah, menganggap diri mereka menerima petunjuk yang sama dan mencuba menjadi kedua-dua, yakni pemimpin duniawi serta untuk akhirat. Akibatnya? Banyak kerosakan kepada akidah dan ummah. Renungkan bahawa tiga daripada empat khalifah, r.a.h., telah dibunuh. 

 

Pemimpin Melayu taksub bahawa mereka dan pengikut mereka masuk ke Syurga. Mulianya niat ini! Tetapi mereka lupa bahawa itu tergantung hanya kepada Allah, dan hanya Dia yang boleh menentukannya. Pemimpin Melayu sebaliknya harus berusaha dan berpuas hati bahawa pengikut mereka tidak menanggung neraka mereka di bumi Allah ini. Renungkan kebijaksanaan Ibn ‘Ata Allah Al Iskandari: “Jika kamu ingin mengetahui kedudukanmu di sisi-Nya, lihatlah keadaan yang telah Dia letakkan kepadamu sekarang.”

 

Dari segi itu, Almarhum Tengku Abdul Rahman adalah pemimpin Islam yang paling hebat dan faham maknanya nilai murni agama kita. Dia membawa berkat terbesar–kebebasan (Merdeka)–kepada rakyat dan kemudiannya "membina sekolah dan bukan berek."

 

Beri rakyat keamanan serta pendidikan yang murni, kurangkan kemiskinan serta jaga kesihatan mereka. Itu adalah tanggungjawab dan beban seorang pemimpin, termasuklah pemimpin Islam. Oleh itu, belanjawan negara harus mengutamakan perkara tersebut. Jangan beri rakyat kamu candu. 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home