(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, March 19, 2025

Enggan Berfikir Dengan Teliti Mungkin Membawa Maut

Enggan Berfikir Dengan Teliti Mungkin Membawa Maut

M. Bakri Musa

 

(Petikan dari terjemahan buku saya “Qur’an, Hadith, Dan Hikayat:  Latihan Berfikir Dengan Teliti”)

“Jika anda buta, menggambarkan wajah gajah senang sahaja. Seperti cerita dongeng enam orang buta, anda boleh menyifatkannya seperti batang pokok besar; kipas gergasi; atau tali kecil panjang, dan seterusnya. Tetapi kalau anda boleh melihat, yakni tidak buta, kerja anda akan menjadi lebih rumit.”

Dari Chinua Achebe "The Sweet Aroma of Zik's Kitchen, from “The Sweet Aroma of Zik’s Kitchen” in The Education of a British-Protected Child (“Harum Manis Dari Dapor Zik" dalam “Pendidikan Kanak-Kanak Yang Dilindungi British.”)

 

Kita kerap kali berbuat keputusan tanpa berfikir dan merenungkan akibatnya. Dalam keadaan biasa, ini mungkin tidak mengapa. Jika keputusan kita tersilap atau salah, akibatnya terhad dan tidak akan memberi bencana atau keburukan yang besar. Contohnya ialah memilih gerai makan untuk berbuka puasa. Begitu juga jika kita terpesona kepada penjual di kedai kaki lima. Kalau tertipu kita kehilangan hanya beberapa ringgit sahaja, melainkan jika makanan di jual itu tidak bersih atau bercampur dengan bahan bisa atau ramuan berbahaya.

 

            Tetapi semasa wabak Covid-19 atau rusuhan kaum, keputusan yang biasanya mudah dan senang di buat mungkin membawa maut jika tersilap. Wabak Covid-19 di Malaysia tercetus akibat perhimpunan besar Tablighi Jamaat di sebuah masjid Kuala Lumpur pada akhir Februari 2020.

 

            Semasa rusuhan perkauman Mei 1969, seorang gadis sekolah dan rakannya ingin menuntun wayang di pusat bandar. Biasanya keputusan sedemikian di buat tanpa berfikir panjang. Tetapi dalam suasa yang amat bertukar, keputusan gadis itu mengakibatkan sahabatnya terkorban dan ianya di kejam igau tengah malam yang tidak berhenti, seperti yang di ceritakan oleh Hanna Alkaf dalam novel autobiografinya yang memukau, The Weight of Our Sky. (“Beban Langit Kita.”)

 

            Kita mesti berhati-hati bila berbuat sesuatu keputusan sungguh pun itu mungkin di lihat sebagai tidak penting kerana anda telah melakukannya kerap kali. Tetapi keadaan semasa mungkin berubah tanpa anda sedari, seperti semasa rusuhan kaum 1969 atau bencana lain seperti wabak Covid 19. Kita perlu sentiasa berwaspada jika ingin mengelak bahaya dan tidak terkorban.

 

            Namun semasa kemuncak wabak Covid-19, ada yang mendakwa bahawa kita harus patut takut kepada Tuhan lebih daripada virus yang tidak nampak. Pada kaum Kristian pula, Nabi Isa akan melindungi mereka dengan lebih berkesan daripada memakai topeng muka atau di suntik. Beribu mungkin berjuta yang terpesona dengan kata menenangkan hati itu, termasuk orang Islam di Malaysia mendengar imam mereka ke kaum Kristian kulit putih di Amerika dengan paderi mereka. Akibat mendengar pemimpin agama tanpa berfikir dengan teliti membawa maut dan kesedihan kepada keluarga mereka yang berpanjangan.

 

            Keengganan atau malas untuk berfikir dengan teliti sebelum berbuat sesuatu keputusan yang besar atau kecil bukanlah kelemahan atau tabiat mereka yang miskin, kurang pengetahuan, tidak berpendidikan, atau rakyat Dunia Ketiga sahaja. Kebijakan dan kelulusan tinggi bukanlah jaminan bahawa anda tidak akan tertipu. Anda mungkin pintas dan bijak dalam satu bahagian tetapi itu tidak semestinya terpindah atau ada kena mengena di kawasan lain. Mungkin anda berada di dalam persekitaran yang baru di mana andaian sebelum tidak boleh digunakan atau tidak lagi sesuai. Pelancong mudah tertipu kerana mereka kurang sedar tentang persekitaran baru dan mengandaikan bahawa keadaan lama mereka masih berada.

 

            Sebaliknya mereka yang cerdik dan pandai pun mungkin menjadi mangsa. Sangkaan bahawa mereka mahir, bijak dan bermaruah tinggi dan beramanah hanya atas nama dan pangkat serta kononnya kelulusan dan kepakaran, sering tersasar dan mungkin membawa ke jalan jahanam.

 

            Pada tahun 2008 Bernie Madoff, seorang pengurus wang terkenal di Wall Street New York dengan beribu-ribu pelanggannya, ditangkap kerana menjalankan apa yang kemudiannya terbukti sebagai satu skim wang Ponzi yang rumit. Yakni, dia menggunakan dana daripada pelanggan baru untuk membayar "keuntungan" lumayan yang dijanjikan kepada pelanggan terdahulu.

 

            Pelanggan Madoff semuanya bijak, berjaya, dan berkelulusan tinggi. Madoff tahu bahawa mereka akan semestinya bertanya dengan teliti beberapa soalan penting. Untuk memastikan bahawa itu tidak berlaku, Madoff memperolehi keyakinan mereka dengan cara lama. Yakni dia "menjamin" pelabur awalnya aliran keuntungan yang mantap. Kecuali itu bukan keuntungan yang tulen, sebaliknya wang daripada pelabur baru yang terpikat dengan janji keuntungan yang terjamin yang di alami oleh pelanggan asli. Pada dasarnya, dia menumpulkan akal dan fikiran kritikal mereka dengan wang. Itu cara lama, satu sifat rasuah walaupun mereka tidak menyedarinya sebagai begitu.

 

            Kita biasa dengan permainan silap mata. Ahli silap mata itu akan mengalihkan perhatian anda, dan dalam sekelip mata burung merpati muncul dari lengan panjangnya. Penuntun kagum!

 

            Istilah “silap mata” mencerminkan apa yang berlaku dari segi anatomi. Silap mata mencerminkan dengan lebih benar dari segi anatomi apa yang berlaku dengan lebih tepat lagi daripada frasa Bahasa Inggeris "sleight of hand" (keliruan tanggan). Tipu helahnya ialah melalui mata, bukan tangan.

 

            Bila kita menerima sesuatu keputusan, maklumat atau penegasan daripada seseorang tanpa menggunakan keupayaan otak kita untuk berfikir dan menilainya, kita membenarkan diri kita di mainkan atau menjadi alat silap minda mereka. Kita mungkin menjadi mangsa mereka dan dipermainkan seperti dalam silap mata. Menggunakan otak dengan teliti dan berfikir cara kritis akan menjauhkan diri kita untuk dipermainkan atau terus terang tertipu.

 

            Dalam silap mata, mata kita terpikat kepada benda yang lain. Dalam silap minda kita terganggu oleh apa yang dipanggil oleh ahli psikologi sebagai pencemaran maklumat dan kebanjiran data yang mengelirukan otak supaya kita sangkakan berbuat keputusan yang betul dan tulus berdasarkan "fakta."

 

            Berfikir dengan teliti akan membimbing kita dari mengikuti orang secara membuta tuli, seperti pelanggan Madoff. 

 

            Pelanggan Madoff mengingatkan saya dengan cerita dongeng dua ekor keldai. Satunya telah dibebankan dengan bungkusan garam; keldai yang ke dua, kapas. Semasa mereka menyeberangi aliran air, keldai pembawa garam itu tergelincir dan jatuh. Apabila ia bangun, bebannya terasa ringan sedikit sebab sebahagian daripada garam itu telah terlarut. Itu mendorong si keldai itu untuk terus sengaja tergelincir beberapa kali untuk meringankan bebannya. Melihatkan sedemikian, keldai yang membawa kapas itu terus mengikut bersama. Tetapi malangnya, tiap kali dia rebah, bebannya bertambah berat sebab kapas itu bertambah basah!

 

            Iktibar cerita dongeng itu jelas dan mudah difahami. Kita mesti awas sebelum meniru kelakuan atau perbuatan orang lain. Sekali pintas keadaan mungkin kelihatan serupa untuk mengelirukan anda, tetapi sebaliknya bertentangan dengan apa yang anda sangkakan serta inginkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Statcounter