Berfikir Dengan Teliti Di Bank Sekolah
Berfikir Dengan Teliti Di Bangku Sekolah
M. Bakri Musa
Petikan #7 dari buku saya “Al-Quran, Hadis, Dan Hikayat: Latihan Berfikir Dengan Teliti.”
Saya sedar pentingnya untuk berfikir dengan teliti sejak dari awal lagi semasa dibangku sekolah rendah. Saya terkilan sebab kesedaran itu hapus atau di hapuskan semasa di sekolah menengah. Nasib baiklah saya kemudiannya mendapat manfaat pendidikan liberal moden di Kanada. Itu membangkitkan semula semangat ingin berfikir dengan teliti yang kita semua berada semula jadi sejak dari kecil lagi. Kemahiran saya itu diperkukuhkan selanjutnya semasa belajar untuk menjadi seorang doktor perubatan dan seterusnya berlatih menjadi pakar bedah.
Guru saya selalu melibatkan kemahiran berfikir dengan teliti semasa sekolah rendah. Oleh itu saya suka dan rajin belajar lebih lagi semasa masa ujian dan peperiksaan. Ke dua itu biasanya dianggap sebagai satu tekanan. Oleh kerana itu banyak sistem pendidikan telah menghapuskan peperiksaan atas alasan untuk meningkatkan taraf pembelajaran. Itu hanya andaian sahaja. Pakar neuropsikologi menegaskan bahawa tekanan dari peperiksaan ke atas murid mengikuti lengkungan Bell. Yakni sedikit tekanan akan menambahkan gia kita untuk belajar manakala tekanan yang terlalu akan menghalangkan. Cabarannya ialah untuk mencari tahap yang tepat serta sederhana.
Semasa sekolah rendah saya mengalami banyak peperiksaan. Oleh demikian saya tidak merasa tekanan langsung, maklumlah biasa menghilangkan bisa. Bukan itu sahaja, yang kini saya sedari.
Dalam ujian biasa kami akan diberikan satu siri corak dan kemudian ditanya soalan aneka pilihan. Hanya kemudian apabila saya mengambil kelas dalam psikologi di universiti, soalan itu merupakan cara untuk mengiktiraf Kecerdasan Kecerdikan, atau Intelligence Quotient (IQ) test, jenis yang tidak tergantung kepada bahasa.
Guru besar saya yang pertama, G E D Lewis, baru sahaja kembali selepas perang dunia dengan PhD nya dari Universiti London. Merangka satu ujian IQ tersebut tanpa bergantung atas bahasa adalah kandungan tesisnya. Dia ingin untuk menggunakan alat baharu itu ke atas murid selain daripada kanak British. Kami adalah pilihannya yang sedia ada. Lewis diikuti oleh F J D Rawcliffe, juga seorang PhD dari Universiti London. Minat dia ialah untuk menimbulkan satu ujian IQ tanpa bahasa dan boleh digunakan antara murid berbagai bangsa dan budaya.
Renungkan sedikit dengan mendalam. Sebuah sekolah yang kecil jauh di ulu tanah air (Kuala Pilah, Negri Sembilan) tetapi guru besarnya mempunyai ijazah kedoktoran dari Universiti British yang terkemuka! Bukan itu sahaja. Guru Bahasa Inggeris saya di Tahun Lima dan juga kemudiannya guru besar saya berikutan semasa sekolah menengah adalah berkelulusan dari Oxford Universiti! Mana dapat sekolah seperti itu sekarang!
Kembali ke masa saya di sekolah rendah, oleh sebab terpaksa selalu mengambil ujian khas itu, kami dikecualikan untuk mengambil peperiksaan sekolah biasa yang berasaskan mata pelajaran. Itu juga menunjukkan kebebasan yang luar biasa yang diberi kepada oleh guru besar tempatan ketika itu! Oleh sebab sudah biasa dengan ujian, saya tidak merasa tekanan apa apa terhadap ujian dan peperiksaan. Saya juga menganggap bahawa tidak perlu belajar atau menghafal kerja dan buku darjah untuk ujian tersebut.
Salah sangka ini memberi akibat yang buruk semasa saya di tahun awal sekolah menengah. Semasa penggal pertama di Tingkatan Satu, saya mendapat tanda merah di seluruh ujian dan tugasan kelas saya, kecuali sains dan matematik. Tetapi tidak mencukupi untuk ibu bapa saya.
Pada suatu hari saya diserahkan oleh guru untuk mengedarkan kertas ujian terdahulu dalam mata pelajaran Sejarah. Saya melihat satu kertas murid yang mendapat markah A+. Oleh sebab pemiliknya duduk jauh di sudut bilik, dalam perjalanan yang panjang itu saya dapat sedikit membaca jawapannya. Saya terkejut sebab apa yang dia buat hanyalah mengeluarkan apa yang sudah tertulis dalam buku teks.
Maknanya murid yang dapat A+ itu tidak langsung berfikir dengan sendiri, hanyalah pandai menghafal dan meniru apa telah tertulis dalam buku teks. Saya ingatkan apabila ditanya mengapa Empayar Rom runtuh, saya terpaksa memberikan alasan sendiri berasaskan apa yang telah saya baca. Tetapi itu bukan apa yang di ingini oleh cikgu saya. Sebaliknya dia ingin membaca sekali lagi apa yang tertulis di dalam buku teks.
Sejak itu saya memutuskan untuk meringkaskan dan menghafal teks sejarah dan geografi saya. Dengan cara itu saya dengan mudah sahaja berjaya meningkatkan markah peperiksaan saya. Patutnya saya bergembira kerana sudah tahu rahsia untuk berjaya. Jauh sebaliknya! Saya merasakan bahawa saya terpaksa mengikut jangkaan guru yang terus terang tidak bermakna.
Akibat markah yang meningkat, saya disalurkan ke aliran sains. Dengan itu terlepas daripada mengambil mata pelajaran sejarah dan geografi. Saya tidak payah lagi untuk menghafalkan buku teks untuk menghadapi peperiksaan dan ujian.
Bila sampai ke Tingkatan Lima, tabiat saya berubah pula sekali lagi, yakni ke arah meneka soalan dan tajuk yang mungkin dimasukkan ke dalam ujian peperiksaan. Panduannya ialah soalan yang ditanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak mungkin diulangi pada tahun ke hadapan. Dan dengan itu tenaga otak saya beralih daripada hafalan tulen kepada ramalan atau meneka soalan yang mungkin ditanya. Maknanya, adalah sedikit menggunakan otak untuk berfikir.
Petikan Seterusnya # 8: Pertukaran Yang Berkesan Di Universiti

0 Comments:
Post a Comment
<< Home