Keputusan Mahkamah Najib: Hanya Untuk Menakutkan Monyet Tertentu
Keputusan Mahkamah Najib: Hanya Untuk Menakutkan Monyet Tertentu
M. Bakri Musa 28 Disember 2025
Dalam peribahasa Cina “Sembelih ayam untuk menakutkan monyet,” sasarannya bukanlah ayam jantan yang malang itu tetapi monyet yang lain dan jauh lebih nakal. Maksudnya, monyet tersebut mestilah bermula menjaga tingkah laku mereka jika tidak ingin menerima nasib yang sama.
Hukuman berat yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini (26 Disember 2025) atas penglibatannya dalam jenayah berkenaan dana Syarikat 1MDB membawa erti dan makna serta amaran kepada pemimpin yang lain terutamanya mereka sekarang di dalam Pemerintahan Madani. Hukuman berat itu bukan sekadar menghukum “ayam,” tetapi bertujuan memberi amaran kepada monyet yang masih liar supaya mereka lebih patuh. Jika tidak, rasakanlah belasan kemudian nanti!
Dalam lambakan ulasan mengenai keputusan mahkamah Najib ini, pemerhatian Latheefa Koya adalah yang paling tepat dan bermakna. Beliau ialah bekas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa pentadbiran pertama Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum 2018. Sebaliknya ulasan yang paling dangkat dan merepet adalah dari Apandi Ali yang mengatakan, “Kadangkala anda terpaksa membayar atas kelemahan berfikir.”
Bandingkan dengan ulasan Latheefa. “Keadilan jenayah mesti dilaksanakan secara saksama dan undang-undang mesti dikuatkuasakan tanpa pilih kasih. Rakyat tahu sekarang ini itu tidak berlaku.”
Beliau merujuk kepada pemimpin Sabah yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah perlombongan tetapi masih tidak didakwa. Dan juga kes DNAA (Dilepaskan Tanpa Dibebaskan) Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang menjengkelkan pada tahun 2023 melibatkan salahguna dana Yayasan Akalbudi.
Apa bezanya? Sabah penting bagi Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum yang akan datang, manakala Zahid pula adalah sekutu utama Anwar buat masa ini. Atau secara lucah tetapi lebih tepat, Zahid mengcekam ketat buah zakar politik Anwar.
Teringat sewaktu zaman muda dulu di belukar tanah air. Yakni apabila seekor lintah hinggap di celah kangkang kamu, jangan berasa takut, terperanjat, atau tergempar. Sebaliknya nyalakan puntung rokok dan sumbatkan pada ulat itu.
Beralih kepada si Apandi pula, Najib melantik loya buruk ini sebagai Peguam Negara pada Januari 2016 selepas memecat Gani Patail yang ketika itu bersedia untuk menangkap Najib. Dengan cepatnya Apandi menegaskan, selepas “meneliti kes 1MDB dengan mendalam,” bahawa Najib tidak bersalah sebarang laku. Tidak lama kemudian si kelakar separuh jadi ini di anugerahkan dengan gelaran “Tan Sri.” Itu juga menggambarkan kecemaran sistem penganugerahan darjah diraja bangsa kita. Tetapi itu bab lain dan juga sama panjangnya.
Mengekalkan pengampu Najib seperti Ahmad Zahid dan Menteri Undang-Undang Azalina Othman dalam kabinet semasa menunjukkan kelemahan dan kejahilan Anwar, dan bukannya kekuatan atau kebijaksanaan. Pentadbiran Madani tidak akan tumbang jika Anwar memecat kedua monyet itu. Sebaliknya, Anwar akan dilihat kuat, tegas, dan membuktikan komitmennya terhadap keadilan serta kebenciannya terhadap rasuah. Tindakan sedemikian lebih bermakna daripada prosa endah dalam bukunya terbaru, Rethinking Ourselves (Kita Berfikir Semula).
Singkirkan Zahid dan Azalina. Gantikan mereka dengan bakat muda dalam UMNO, bukan jenis “Doktor” separuh masak lepasan Rusia seperti Akmal Salleh, tetapi mereka yang berkebolehan seperti Isham Jalil, seorang lulusan Ivy League. Perbuatan demikian akan membawa kebaikan kepada Anwar, UMNO, masyarakat Melayu, dan juga negara.
Anwar di puji luas apabila melantik Hannah Yeoh ke dalam kabinetnya. Teruskan berbuat demikian. Bawa balik Latheefa Koya sebagai Ketua SPRM. Beliau telah menunjukkan keberanian yang luar biasa serta ketegasan yang syabas dalam mendedahkan rakaman perbualan telefon antara pendakwa kanan di pejabat Peguam Negara semasa dengan Perdana Menteri Najib. Najib kemudiannya “membalas budi” Dzulkifli Ahmad dengan melantik dia sebagai Ketua SPRM dan menganugerahkannya gelaran Tan Sri, seperti si Apandi dahulunya.
Renungkan seterusnya. Si Dzulkifli ini kononya melambangkan dirinya wira bangsa dan juga agama, sekurangnya Islam jenama Malaysia. Sebagai Ketua SPRM, beliau pernah menyampaikan khutbah Jumaat mengenai—tepat sekali—dosa dan beban besar rasuah! Beberapa bulan kemudiannya beliau kantoi bercuti di Bali dengan wanita yang bukan isterinya. Mengejutkan! Sebenarnynya dia tidak perlu berbuat demikian. Maklumlah agama kita membenarkan poligami. Jika beliau lebih alim lagi dan memahami tradisi agama kita, dia tentu pasti bahawa agama kita membenarkan perkahwinan sementara (mutaah), seperti selama beberapa jam atau sekadar hujung minggu sahaja! Lihatlah, pehak JAKIM pun membisu atas perkara itu. JAKIM juga merupakan satu lagi jabatan yang perlu dirombak oleh Anwar!
Dzulkifli kini ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Itu mencerminkan segala-galanya tentang beliau, parti itu, serta ahlinya!
Anwar patut berani melangkah lebih tegas lagi dengan melantik pendakwa bebas untuk menyemak semula kes DNAA Zahid serta kes di Sabah itu. Lantik pendakwa bebas dari luar perkhidmatan awam dan buka semula fail si kerdil Dzulkifli ini. Tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Pentadbiran Madani teguh setia dalam memerangi rasuah dan ketidakcekapan. Jika tidak, Anwar hanya akan mempersendakan cita-cita murni Pentadbiran Madaninya sendiri.



0 Comments:
Post a Comment
<< Home