(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, December 24, 2025

Ranjau Pendidikan Agama

 Ranjau Pendidikan Agama 

M. Bakri Musa

Petikan kemas kini #31 daripada buku saya: Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking. 

Disember 24, 2025

Umat Islam terutamanya dalam Dunia Ketiga sering melihat pemikiran kritis sebagai usaha Barat, yakni rekaan minda dan masyarakat sekular mereka yang kononnya tidak sesuai untuk Dunia Timur khasnya Islam. Inilah sisa kegilaan giat “MengIslamkan Ilmu" (Islamization of Knowledge). Sebelum boleh di terima oleh umat Islam, pemikiran kritis mestilah “di-Islamkan” terlebih dahulu, tidak kira makna istilah itu. Tetapi pada hari ini malah golongan Islamis yang berfikiran kuno sekalipun sudah berputus asa dengan daya mengIslamkan Ilmu. Namun itu bukanlah satu kemajuan kerana mereka kini pula taksub dengan satu lagi kegilaan yang sama sia-sianya, yakni “Mengintegrasikan Ilmu.”

Punca masalah terletak kepada cara agama diajarkan dalam masyarakat kita. Ia berlebih kepada indoktrinasi dan bukan pendidikan. Pendidikan cara Islam bukan untuk membuka minda, tetapi sebaliknya untuk memaksa pelajar menerima dogma yang direstui secara rasmi tanpa soalan atau dikaji. Pendidikan Islam di semua peringkat kini hanya berkisar tentang ritual dan jauh daripada menghormati nilai kemanusiaan dalam iman; lebih banyak bicara tentang nasib kita di Akhirat berbanding masalah mendesak kita di dunia fana ini. Ini tidak berbedza dengan agama Kristian atau Yahudi ortodoks zaman dahulu.

Renungkan “perbincangan” yang biasanya berlaku dalam bilik darjah di sekolah Melayu.  

Guru: Apakah bukti adanya Tuhan?  Murid (dengan nada yang telah dihafal): Ada bumi, api, angin, dan air!

Habis perbincangan! Kedua guru dan murid berpuas hati dengan jawapan yang dimuntahkan. Itu akan di ulang semula semasa peperiksaan hujong tahun. 

Jika ditanya mengapa unsur itu menjadi bukti adanya Tuhan, mereka akan terpinga. Jika ditanya lebih lanjut lagi sama ada ketiadaan unsur tersebut di muka bulan bermakna Tuhan tidak ada di sana, itu akan dianggap bidaah! Jika didesak sama ada Tuhan boleh “dibuktikan” mengikut kaedah saintifik, guru dan murid keduanya akan terus terbelengung dan hilang berfikir.

Munshi Abdullah mengibaratkan pendidikkan sebagai mengasah parang dan bukan mengisi tong sampah dengan dogma, sama seperti model perbankan Paulo Freire. Dengan model tong sampah, anda hanya boleh terdapat semula apa yang telah anda campakkan ke dalamnya, tolak apa yang melekat di bawah. Dengan model perbankan Freire pula, penyusutan dana simpanan berlaku melalui yuran bank dan kehilangan nilai wang akibat inflasi.

Tetapi dengan parang yang tajam, anda boleh merintis jalan keluar dari hutan. Bagi seorang pakar bedah pua, pisau (sejenis parang kecil) adalah alat untuk menyembuhkan barah; bagi seorang pengukir, mencipta karya seni yang indah. Bagi seorang samseng, pisau adalah alat membunuh. Itulah pentingnya etika dan moral dalam pendidikan.

Socrates mengibaratkan pendidikan seperti menyalakan api, bukannya mengisi sebuah bekas. Nyalaan api di dapur nenek boleh memasak kari kegemaran anda. Tetapi semasa musim panas dan kemarau di California, itu mungkin mencetuskan kebakaran besar. Itu perlunya moral. Itulah yang sepatutnya menjadi peranan pendidikan agama, bukannya penghafalan tanpa terhenti.

Pemikiran kritis adalah sesuatu yang amat dikeji dan perkecilkan oleh ahli pendidik Islam. Malaysia mungkin negara yang moden dan maju tetapi masyarakat Melayu masih bersifat feudal. Golongan raja dan bangsawan berada di luar batas kritikan, dan kita menerima keadaan itu dengan secara membuta tuli. Lihatlah nasib dan desakan orang ramai untuk menghukum satiris Fahmi Reza kerana berani mengkritik seorang putera Johor yang suka masuk campur dalam urusan tertentu.

Seperti yang dicatatkan oleh Perdana Menteri Anwar dalam bukunya terbaru Rethinking Ourselves (Kita Berfikir Semula), perhambaan adalah sebahagian besar daripada budaya Melayu. Jika bukan kerana kedatangan British, mungkin datuk dan nenek saya kekal sebagai orang hamba di istana Sri Menanti. Buku Anwar dibincangkan secara meluas semasa Festival of Ideas anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi baru-baru ini, serta di Universiti Islam Antarabangsa. Namun tidak ada seorang pun mengulas atau menyedari pemerhatian tajam Anwar. Kebanyakan pengulas tempatan buku itu, seperti yang ditunjukkan oleh beberapa orang menterinya, hanya sibuk membodek. Anwar sepatutnya menghapuskan sifat budaya yang menjijikkan ini; ia hanyalah satu lagi jenis perhambaan.

Kekurangan berfikir secara kritis dalam budaya Melayu juga dibebani dengan peminggiran mata pelajaran matematik dan sains. Matematik adalah pemikiran kuantitatif yang tepat. Sains pula menuntut fikiran yang bebas dan rasional, serta dengan logik yang ketat.

Pengaruh yang mendalaman dari golongan Islamis dalam kurikulum kebangsaan (dan di tempat lain) menyekat inkuiri bebas dan membiakkan sikap anti-intelektual. Inilah penghalang terbesar kepada pemikiran kritis yang tidak diakui oleh pemimpin dan masyarakat kita. Ia adalah bencana kepada sistem pendidikan negara. Oleh sebab ianya tidak diakui, maka ia tidak disedari. Jika tidak disedari, kita tidak boleh mula memperbaikinya.

Seterusnya: Penggantungan Pemikiran Kritis (Atau Sebarang Pemikiran) Dalam Pendidikan Islam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home