Hari Kiamat Sebagai Knospe
Hari Kiamat Sebagai Konsep
Petikan #30 daripada buku saya: Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking. 9 Nov 2025
Umat Islam hari ini mendambakan reformis kita sendiri dan mengidami seorang seperti John Calvin dan Martin Luther kepada kaum Kristian kuno. Itu tidak akan berlaku sehingga kita mula berfikir secara kritikal. Permulaan yang utama ialah menghapuskan berbedzaan yang tidak perlu di antara duniawi dan Akhirat. Lebih bermafaat jika kita fahami Akhirat dan Hari Kiamat sebagai konsep atau metafora. Yakni, jika kita hidup secara ‘berdosa,’ yakinlah bahawa Hari Kiamat serta neraka kita akan tiba dengan cepat masa, seperti dipenjarakan.
Lihatlah nasib si Najib Razak sekarang. Dia bukan sahaja mengalami nerakanya sendiri bahkan beban itu juga ditanggung oleh keluarganya. Sebaliknya jika kita rajin dan belajar bersungguhan, Syurga kita mungkin datang lebih awal lagi, seperti pada hujong tahun apabila dengan keputusan peperiksaan anda yang cemerlang anda dihadiahkan dengan biasiswa ke luar negeri.
Jika perniagaan anda memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan, Hari Kiamat anda akan tiba dalam tempuh yang tidak lama, seperti keuntungan yang lumayan dan perusahan anda berkembang maju. Jika anda tidak rajin dan suka menipu pelanggan, Hari Kiamat dan Neraka anda juga akan tiba lebih cepat lagi, seperti disaman kerana kecuaian dan kerugian dalam perusahan anda.
Sama ada tafsiran saya tentang Islam a la John Calvin benar atau tidak, Allah hu Allam. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan manfaat yang diperolehi oleh orang Kristian zaman pertengahan dengan mereka menerima ajaran Calvin. Mengikut Max Weber, Calvin melahirkan etika kerja Protestan yang terkenal itu, dan dengannya kebangkitan sistem kapitalisme. Dengan itu majulah masyarakat Kristian.
Dunia Islam juga tidak ketandusan para reformisnya a la John Calvin, malah mereka timbul jauh lebih awal lagi. Ibn ‘Ata Allah Al-Iskandari dalam Kitab al-Hikam Ibnu Athaillah menulis: “Jika anda ingin mengetahui kedudukan anda di sisi-Nya, lihatlah keadaan yang Dia letakkan anda sekarang.” (Hikam No: 73.) Itulah hikmah yang Calvin fahami dengan mendalam. Hikmah Ibn ‘Ata Allah satu lagi, “Harapan seiring dengan amalan; jika tidak, ia hanyalah angan-angan.” (No: 78). Maksudnya, du’a (doa) sahaja hanyalah angan-angan.
Ibn ‘Ata Allah Al-Iskandari dilahirkan lebih 250 tahun sebelum Calvin. Namun apabila kita mengkaji kitab Islam purba, kita berpuas hati dengan hanya mengulang perkataan hikmah mereka tetapi kurang merenung dan jauh lebih penerapannya kepada cabaran semasa. Itu memerlukan otak yang boleh dan ingin berfikir dengan mendalam. Pengulangan merepat tanpa berhabisan atau pun menghafizkan sahaja tidak akan mencukupi.
Renungkan tiada satu pun universiti tempatan mempunyai Jabatan Falsafah. Kita sendiri pun tidak mengenali tokoh yang lampau. Ahmad Tajuddin Rasdi, seorang Profesor Senibina di sebuah universiti swasta negara, terkilan atas keadaan yang menyedihkan ini. Graduan Malaysia semuanya menuju ke arah apa yang beliau sifatkan sebagai “kejahilan terdidik.”
Kita patut berasa malu dengan keadaan itu. Khazanah karya intelektual Islam kaya dan boleh menyemarakkan api rasa ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam kalangan orang yang beriman, dan mengekalkannya menyala untuk masa yang lama. Kajian ringkas sejarah Islam mendedahkan bahawa pada beberapa abad pertamanya, tempoh yang dirujuk sebagai Zaman Keemasan Islam, agama kita dicirikan oleh satu tema yang berulang, yakni menyoal dan menyopal semula mereka yang berkuasa dan berilmu.
Malah Nabi Muhammad, s.a.w., sendiri juga tidak dikecualikan. Beliau ditanya sering kali untuk membuktikan kenabiannya dan menegaskan bahawa wahyu yang diterimanya bukanlah sekadar puisi atau cakap endah. Baginda tidak mencuba melebehi Nabi Musa, s.a.w., dengan menyertai peraduan “tongkat menjadi ular,” atau Nabi Isa, s.a.w., dalam keupayaan berjalan di atas air.
Banyak kesan yang kurang baik akibat perdebatan hebat yang berlaku pada awal kurun Islam. Ramai yang membawa maut. Satu lagi kejadian yang mencerminkan kejadian yang amat disedehi. Yakni hanya seorang sahaja Rashiddun, Abu Bakar, yang meninggal dunia dalam secara aman. Yang ketiga lain semuanya dalam keadaan yang mencurigakan jika tidak dibunuh dengan secara terang.
Para penganut Islam awal berusaha untuk menjadikan ajaran Nabi bimbingan untuk cara hidup mereka seharian. Apabila Islam berkembang merentasi benua, bahasa, dan budaya serta sistem politik, orang yang beriman terpaksa bergelut bukan sahaja dengan apa yang telah dikhutbahkan oleh Nabi tetapi juga memisahkan keuniversalan iman yang agung ini daripada kekhususan budaya Badawi padang pasirnya.
Oleh itu penekanan patut beralih kepada tajdid–usaha yang berterusan untuk pembaharuan iman, atau lebih tepat lagi, untuk mencari pemahaman segar untuk membimbing umat Islam dengan lebih baik dan sempurna dalam kehidupan seharian mereka, sama ada si pengembara di padang pasir Arab yang gersang atau penduduk tetap di pulau tropika yang bercuaca lembap di Asia Tenggara.
Hadis mengatakan bahawa pada setiap abad Allah akan menghantar pemimpin baru untuk membersihkan dan menyucikan iman kita daripada semua penambahan yang telah terkumpul.
Umat Islam awal amat segar dan subur dalam ulasan mereka dan perkembangan fikiran intelektual mereka. Al Kindi dari Abad ke-9, dianggap sebagai ahli falsafah Muslim yang pertama dan ulong, banyak menulis risalah. Beliau dan yang lain bermula dengan menterjemahkan karya ahli falsafah Yunani dan kemudian membuat sumbangan ulong mereka sendiri.
Cerdik pandai kemudian seperti Ibn Rashid dan Ibn Sini membuat sumbangan penting mereka bukan sahaja dalam pengetahuan teologi Islam tetapi lebih lagi dalam bidang sains, sama ada fizikal mahupun biologi. Ulama purba tidak membezakan antara pengetahuan agama dan secular, atau akhirat dan duniawan. Bagi mereka, semua pengetahuan akhirnya datang daripada Allah melalui usaha manusia. Samada Dia memilih untuk menyampaikan konsep sifar kepada seorang Hindu, fahaman tentang graviti kepada seorang Kristian, atau rahsia virus polio kepada seorang Yahudi bukanlah untuk kita mempersoalkan tetapi untuk menerima dan mendapat manfaat daripada penemuan tersebut.
Renungkan bahawa umat Islam kuno tidak teragak untuk belajar daripada orang Yunani, yakni mereka yang ateis (yakni tidak percaya langsung kepada Tuhan) dan mereka yang mempercayai berbagai tuhan (politeistik). Sebaliknya kita umat Islam hari ini menolak pencapaian dari Barat mensifatkan itu sebagai bayangan sehaja yang berhasil daripada minda yang tidak mengakui ketuhanan.
Seterusnya: Pembaziran Usaha Mengislamkan Ilmu



0 Comments:
Post a Comment
<< Home