(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, May 06, 2026

Peluang Emas Terlepas: Renungkan Jika Sedozen MCKK Telah Di Bina

 Peluang Emas Terlepas: Renungkan Jika Sedozen MCKK Telah Di Bina

Oleh M. Bakri Musa 

6 Mei 2026

Bayangkan jika pada tahun 1905 kerajaan kolonial telah membina bukan hanya satu sahaja Malay College Kuala Kangsar (MCKK), tetapi sebuah di setiap negeri. Renungkan juga jika pada masa yang sama pihak mubaligh juga membina rangkaian Sekolah Anglo-Malay di seluruh semenanjung.

Nyata Malaysia hari ini tidak lagi mengeluh dan merayu kerana kebangsatan serta kemandulan bakat Melayu. Sebaliknya negara mungkin di banjiri dengan lambakan doktor, jurutera, dan inovator Melayu. Lebih penting lagi negara akan terlepas daripada igauan tidak berhabisan bahawa bangsa kita mungkin hilang keistemewaannya dan masaalah yang memecahbelahkan negara seperti kuota bangsa. Malaysia juga mungkin sudah lama melonjak ke dalam kelompok Negara Dunia Pertama.

Ironis Menyambut Ulang Tahun ke-80 UMNO

Bayangan tersebut terjelma semasa saya mendengar secara talian hubah dan pidato yang meleret panjang serta berulang kali tanpa habisan semasa Kongres Pendidikan Bumiputera (1 Mei 2026). Kongress terbesar itu ditaja bersama antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan UMNO yang memperingati ulang tahunnya ke-80. Ironisnya sangat ketara, jika tidak sedih dan pahit: Yakni UMNO, arkitek kemerosotan pendidikan Melayu dan negara kini ingin berlakon sebagai penyelamatnya.

Masaalah kelemahan daya saing Melayu kini bukanlah disebabkan oleh kelemahan baka kita seperti pernah yang diandaikan oleh doktor si Mahathir. Ia juga bukan akibat kelemahan atau kegagalan budaya kita. Yang benar dan masih belum lagi diakui ialah kegagalan pimpinan Melayu. Itulah kelemahan kita. Kecacatan budaya kita, jika ada, ialah sikap biasa bertolak ansur dan memanjakan serta membenarkan pemimpin yang tidak cekap serta tanpa beramanah berterusan. Pemimpin tersebut hanya syok mengutamakan naungan (patronage) daripada melebihi kemajuan. Mereka berotak mandul dan juga bangsat kebijaksanaan. 

Pendidikan adalah satu penunjuk utama dan muktamad. Letakkan saya di bilik darjah di mana negara dan saya boleh teka dengan tepat sama ada negara atau bangsa itu menuju ke arah kemakmuran atau kehancuran.

Sepuloh tahun dahulu kalua kita bandingkan sekolah awam di luar bandar Alabama dengan sekolah yang sama di Connecticut, kita boleh meramalkan dengan ketepatan yang menakutkan keputusan dan masa depan pelajar mereka. Di Malaysia kini pula, bandingkan ketegasan dan keputusan Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang dengan sekolah asrama penuh MARA yang kononnya berprestasi tinggi khas untuk Bumiputra yang cerdik sedikit.

Pengajaran Kritikal Dari Deng dan Lee

Pembangunan ekonomi Cina semasa yang di anggap hampir ajaib sering dikaitkan dengan pembebasan pasarannya. Pendapat saya berbeza. Ia lebih berpunca daripada pimpinan Deng Xiaoping yang pada awal lagi merayu kepada Presiden Carter untuk membuka universiti terkemuka Amerika kepada pelajar Cina yang cerdik. Nyata bahawa Deng mengutamakan kecemerlangan dan mutu tinggi.

Malaysia juga pada masa itu sudah pun menghantar beribu anak muda Melayu ke luar negri. Apa bezanya?

Deng menghantar hanya pelajar yang terbaik untuk memasuki universiti seperti Harvard dan Stanford serta mengambil kajian taraf pasca siswazah. Malaysia pula berpuas hati dengan peringkat kolej rendah atau GCE “A” level sahaja dan kemudian masuk universiti seperti East London dan Northern Oklahoma State. 

Betul pada masa itu pemimpin Melayu tidak sepintas dengan Deng tetapi mereka sedikit lebih bijak daripada pendahulu Deng, yakni Mao. Beliau menghantar anak muda China yang bijak ke kem “pendidikan semula.”

Sedekad sebelum Deng, seorang lagi pemimpin bangsa Cina di sebelah hujung skala dari segi penduduk dan keluasan tanah, Lee Kuan Yew di Singapura, berdepanan dengan masalah yang sama tegangnya berkaitan dengan pendidikan. Kaum chauvinis Cina di sana tidak berasa senang hati dengan tindakan Lee menggekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti. Lee bagaimanapun berjuang bermatian untuk menghasilkannya.

Akibatnya perbuatan Lee nyata pada hari. National University Singapore dan Nanyang Technological University sekarang terang terkemuka di dunia manakala Raffles Institution (maknanya MCKK mereka) pula sudah biasa menghantar beberapa pelajar ke Ivy League Amerika. Sementara itu sekolah aliran Cina terakhir di sana tutup tanpa sebarang kesah pada tahun 1994. Jika pihak British dulu melakukan perkara tersebut, pastilah mereka akan mencetuskan satu rusuhan terbesar.

Deng dan Lee mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk melakukan apa yang sepatutnya; pemimpin Melayu sebaliknya memilih jalan senang dan leka dengan tepukkan dan sorakkan.

Model Alabama

Pertimbangkan kejayaan inisiatif "Strong Start, Strong Finish" (Kuat Bermula; Kuat Di Akhir) Alabama yang bermula sedekad lalu. Dengan menumpukan usaha bermutu kepada pra-sekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan kepada murid miskin, mereka menghapuskan masalah ponteng serta dapat melonjakkan sekolah mereka ketaras tinggi dalam ranking sains komputer kebangsaan. Peralihan itu sungguh mengagumkan bagi golongan mereka yang miskin dan di luar bandar serta mereka yang berkulit hitam. Jika Alabama boleh melakukannya, mengapa tidak Malaysia?

Malaysia kini mempunyai seorang pemimpin yang berkelayakan dan berprestasi tinggi untuk mengatasi dua unsur utama petualang kemajuan Bangsa Melayu, yakni kaum nasionalis bahasa dan pelampau Islam. Tetapi Perdana Menteri Anwar sebaliknya sibuk memujuk dan mengikut suruhan mereka. Dengan itu dia mengsiakan satu peluang terbesar dan mungkin tidak akan didapati lagi. Itulah tragedi negara dan Bangsa Melayu semasa.

Percayalah Malaysia tidak akan runtuh; kecergasan mereka yang bukan Melayu akan pasti melindungi negara daripada kebodohan dasar pendidikan. Keganjilan dan realiti semasa yang menyedihkan ialah pemimpin Melayu kini berusaha untuk mengheret orang lain (yakni bukan Melayu) ke arah keruntuhan.

Penjaga Pintu Sejarah

Pada permula tadi saya mengritik pihak British kerana tidak memperkembangkan dan membina lebih banyak lagi MCKK. Kebenarannya jauh lebih berbedza dan mungkin tidak selesa di bangkitkan. Yang terang ialah sultan kitalah yang menentang perbuatan itu. Mereka tidak ingin bahkan menentang pendidikan massa untuk orang Melayu. Apabila Za’aba yang berwawasan – Melayu pertama lulus Sijil Sekolah Senior Cambridge pada tahun 1915 – mengajar di MCKK, kerabat diraja Melayu mendesak agar beliau disingkirkan. Bagi mereka, tidak sempurna putera di raja Melayu di tutur oleh orang berasal dari kampung. Pada pihak kolonial pula, sedar atas sentimen antikolonial Za’aba, mereka dengan sukacitanya menuruti perentah diraja itu.

Sultan Melayu lebih takut kepada pencerahan rakyatnya daripada pemerintahan kolonial. Mengenai kebimbangan bahawa sekolah Inggeris mubaligh akan menjadikan orang Melayu Kristian, isteri kepada Perdana Menteri kedua dan ketiga (mereka adalah adik-beradik) bersekolah di satu Convent.

Berbalik kepada tema utama, cabaran semasa yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dalam pendidikan bukanlah perkara baharu, luar biasa, atau sukar diselesaikan, cuma tidak diakui dan dengan itu tidak dihadapi atau diperbaiki. Contohi Alabama dan bentuk program pra-sekolah yang hebat. Ambil iktibar daripada Singapura; tekankan Bahasa Inggeris dan STEM di sekolah dan universiti. Oleh sebab waktu di sekolah terhad, itu bermakna mengurangkan pengajian agama dan moral. Akhirnya, ikut cara Deng. Hantar hanya penuntut Melayu yang terbaik dan paling bijak ke luar negara, dan hanya ke institusi yang bermutu tinggi dan bukan ke negara seperti Jordan dan Mesir.

Itu sahaja! Cadangan saya timbul tanpa kongres yang tidak berhabisan serta bercorak politik. Sudah meluat and benci mendengar pemimpin mandul yang heboh meleret serta menelan belanja yang mahal dalam Kongress tersebut.

Seorang pemerhati tempatan, Pengarah MINDA-UKM, Dr. Anuar Ahmad, amat tepat dengan ulasannya: 

“Mereka tidak bersedia membuat ketetapan yang jelas atau memberi pandangan yang padu . . . .”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home