Cabaran Bakal Khalifah
Dua Cabaran Untuk Bakal Khalifah (Serta Ummah).
M. Bakri Musa
Dalam khutbah Jumaat yang terakhir sebelum Ramadan, Imam Ilyas kami dengan lucunya mencabar bakal calon Khalifah untuk menyelesaikan dua masalah abadi yang dihadapi oleh umat Islam semasa. Pertama, teka-teki yang tidak berkesudahan samada melihat anak bulan atau menggunakan perkiraan saintifik untuk menentukan Ramadan dan Aidilfitri. Kedua, menyelesaikan masalah kasut yang bertabur di luar serambi masjid. Pada satu masa Perdana Menteri Anwar Ibrahim kelihatan hampir jatuh tergelincir bila dia keluar dari masjid. Renungkan berapa banyak pinggul yang patah akibat tersandung kasut!
Masjid di Malaysia ada masalah tambahan pula. Jika pakai kasut baru ke Masjid, terjaminlah itu akan disapu sebaik sahaja Imam menglafazkan "Amin!"
Kami disini mengatasi masalah kasut bertabur dan tidak kemas dengan mengadakan seorang di pintu masuk. Itu menyelesaikannya hanya sebahagian sahaja masaalah itu kerana apabila sembahyang bermula hamba Allah itu perlu bersama. Walaupun melihat kasut yang berbaris kemas, mereka yang lewat akan terus mengabaikannya dalam keadaan tergesa-gesa melemparkan kasut dan seliparnya bersebar.
Pada suatu ketika semasa dia memberi khutbah, Imam kita ternampak sebuah kereta mewah yang menghalang jalan masuk. Dia serta merta menghentikan khutbahnya dan meminta pemilik kereta itu keluar dengan segara untuk memindahkannya supaya tidak menyekat jalan masuk. Imam mengingatkan semua bahawa pahala dari menghapuskan bahaya yang dikenakan oleh kereta yang menghalang jalan masuk jauh melebihi dari borkat sembahyang.
Di Malaysia semasa solat Jumaat, jalan disekeliling penuh disekat oleh kereta yang diletakkan secara sembarangan. Bayangkan jika ambulans terpaksa lalu.
Masalah masjid di Malaysia tidak terhad kepada kereta dan kasut yang tidak beratur. Lihatkan sahaja kelakuan kanak kanak. Walaupun kita patut galakkan kanak-kanak ke masjid, tetapi faedah atau pahala serta kegembiraan itu akan cetus hilang dengan serta merta jika mereka berkelakuan tidak senonoh. Pada satu ketika apabila Imam kami memberi khutbah, kanak-kanak bertabur berlari mengganggu ahli jemaah. Dia menutup teks yang disediakan dan terus meminta ibu bapa menjaga anak-anak mereka yang berlarian tanpa disiplin. Perbuatan itu jauh lebih penting daripada menjalankan sembahyang dan berdoa.
Itu kebijaksanaan Imam kami. Khutbahnya tepat dan relevan. Serta masuk akal! Tidak perlu memetik hadis atau ayat al-Quran untuk menegaskannya. Anak anak tidak kira umurnya mesti di beritahu dengan jelas perangai serta tingkah laku yang patut di hormati di tempat sembahyang. Lagi muda kita mulakan mengajar adab lebih baik.
Sebagai pakar bedah di Kuala Lumpur pada tahun 1970-an, saya pada satu ketika menegur pegawai perubatan saya kerana dia pergi bersolat Jumaat meninggalkan si pesakit yang tenat di bilek kecemasan rumah sakit. Bagi doktor pelatih itu, borkat Allah lebih besar dari sembahyang daripada menolong si pesakit yang tenat.
Sepanjang bulan Ramadan ini saya melihat satu lagi trend yang menganggukan. Yakni orang merebut makanan bila berbuka puasa. Semangat kemurahan hati dan budi pekerti jelas tidak kelihatan.
Kembali kepada melihat anak bulan, masyarakat kami disini telah lama menyelesaikan masalah itu. Pada permulaannya kami pernah menyewa dewan untuk solat Raya dua hari berturutan sekiranya bulan tidak kelihatan pada kali pertama. Itu nyata membazir duit. Allah tidak suka kita membazirkan apa apa tambahan pula wang yang boleh digunakan untuk membantu si miskin.
Kami masih menghormati sunnah melihat anak bulan. Tetapi kami mengubah pengalaman itu supaya menjadi satu peluang untuk mengajar pergerakan badan angkasa dan pelbagai faktor yang menentukan kebolehan seseorang melihat anak bulan, seperti keadaan cuaca serta ketajaman mata seseorang.
Orang Islam purba tidak membezakan antara pemerhatian saintifik dengan pengetahuan yang di terima melalui wahyu. Kebijaksanaan inilah yang membawa mereka ke Zaman Gemilang Islam. Sifat tambahan mereka yang hebat dan patut kita contohi adalah minda yang terbuka terhadap pergerakan dan pendapat baru. Mereka tidak segan dan teragak-agak belajar dengan orang lain, bahkan mereka yang tidak percaya kepada Tuhan, seperti orang Yunani kuno.
Kembali kepada melihat anak bulan, renungkan peningnya serta pembaziran sumber dan wang jika seseorang itu bertanggungjawab menyelerakan jadual penerbangan atau penghantaran surat!
Seorang profesor wanita Melayu pernah mencadangkan supaya kita berhenti kononnya meniru Barat. Sebaliknya dia mencadangkan kita mulakan hari baru kita pada waktu matahari terbenam. Itu satu budaya si Arab, bukan Islam, tergantung atas iklim mereka. Hari mereka bermula hanya selepas matahari suntuk dan kepanasan udara berkurangan dan boleh ditanggung.
Pada orang Barat, pilihan tengah malam itu sesuai dan juga masuk akal kerana kebanyakan kita tidur pada masa itu. Oleh itu, pertukaran masa matahari suntuk yang berbeza beberapa jam di antara musim panas dan musim sejuk tidak penting dan mengelirukan. Renungkan pada pertengahan musim salji di Tundra. "Hari" baharu mereka mungkin berlama beberapa hari disebabkan matahari tidak muncul. Kalau kita ikut cadangan profesor pandai tiga suku itu, kita akan menambah satu lagi unsur kerumitan. Bangkok yang pada sekarang sama masanya dengan Kuala Lumpur akan berbeza waktunya kerana ia lebih jauh ke utara. Matahari di sana sentuk lebih awal di Disember dan lewat di Julai.
Apa yang dia anggap sebagai meniru Barat lebih mencerminkan kejahilannya serta keangkuhan–satu pasangan yang sangat merosakkan serta berbahaya–seseorang itu. Kaum Cina juga mengikut ke edaran bulan tetapi mereka tidak ragu untuk mengamalkan sistem "Barat." Budaya Barat juga tidak teragak-agak dalam membuang huruf Latin mereka yang rumit dan menggantikannya dengan angka Arab yang lebih unggul. Keangkuhan pemikiran "Cara kami sahaja yang terbaik" inilah yang merosakkan serta membantutkan kemajuan kita. Ini di tambah pula dengan keengganan untuk belajar daripada mereka yang berlainan dari kita. Inilah kecacatan budaya kita. Inilah yang melemahkan kita.
Berbalik kepada cabaran bakal Khalifah, saya lebih kagum jika dia memberi tumpuan kepada isu penting seperti bagaimana kita boleh berdamai satu dengan lain, terutamanya mereka yang tidak seagama dan tidak sama kepercayaan mereka dengan kita, serta bagaimana kita boleh bersama menjadikan dunia ini lebih aman dan baik. Samada kita orang yang beriman atau tidak, kita semua hamba Allah dan harus berkongsi untuk berdamai dan maju sesama.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home