(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, March 26, 2025

Biasakan Yang Bank; Jauhi Yang Jahat

Biasakan Yang Baik; Jauhi Yang Jahat

M. Bakri Musa

March 26, 2024

 

Umat Islam mengalami peningkatan kerohanian semasa Ramadan, lebih lagi pada sepuluh hari terakhir. Kita percaya bahawa ayat Al-Quran pertama diturunkan pada bulan ini, kemungkinan besar pada salah satu malam ganjil, malam ke-27 (Lailatul qadar) adalah kemungkinan besar.

 

            Budaya mempunyai banyak kaitan dengan perasaan kerohanian dan taqwa yang meningkat pada bulan suci ini. Biologi juga memainkan peranan penting. Akibat berpuasabadan kita mengalami pertukaran metabolisme dan dengan itu keadaan ketosis yang menyebabkan fikiran kita terlebih ke arahan rohaniah.

 

            Perintah asas Al-Quran ialah "Biasakan yang baik; jauhi yang jahat.Antarlima rukun Islam, hanya yang keempat, memberi zakat, berurusan secara langsung dengan berbuat baik, atau “biasakan yang baik.” Zakat jelas "berbuat baik" kepada si penerimanyaKurang dikesani dan mungkin berlawanan dengan pandangan pertama, zakat juga memberi kebaikan kepada si penderma dan juga masyarakat umum. Wang yang didermakan itu sudah tentulah digunakan untuk perbelanjaan hidup seperti makanan dan pakaian.Maknanya, wang itu sudah pasti akan di edar dan terus bertukar tangan beberapa kali.

 

            Al-Quran, menetapkan tiga bentuk sedekah. Pertama ialah zakat mal, cukai tahunan 2.5 peratus dikenakan atas kekayaan yang melebihi ambang tertentu. Perusahaan juga dkenakan zakat mal. Dengan kadar yang rendah dan asas yang luas, zakat mal adalah sistem percukaian terbaik dari segi ekonomi. Kadar yang rendah ini juga tidak menggalakkan perakaunan yang kreatif atau berkalut balut!

 

            Kedua adalah zakat fitrah semasa Ramadhan. Ini diwajibkan ke atas semua kecuali si OKU (Orang Kurang Upaya) dan fakir miskin. Zakat fitrah di Malaysia pada tahun 2025 adalah antara RM7 hingga RM22 seorang. Di California, AS$10. Tidak tinggi tetapi kerana asasnya yang luas, jumlahnya mungkin besar.

 

            Ketiga adalah sedekah, pemberian langsung wang, barang, makanan atau jasa dan tenaga sendiri kepada si fakir miskin. Kaedah ingin bersedekah semakin meningkat semasa Ramadan. Lihatlah majlis berbuka puasa beramai. Dalam masyarakat Islam di Morgan Hill, California, kami mengadakan Gerakan Menderma Bahan Makanan dalam tin dan kotak semasa Ramadan. Lebih besar dari segi nilai adalah sedekah jariyah untuk membiayai sekolah, rumah sakit, atau telaga air kampung.

 

            Satu lagi saluran pemberian dan sedekah yang tidak dinyatakan dalam Quran ialah waqaf, samada khas untuk manfaatkan masyarakat am atau keluarga sendiri. Dalam Islam, sedekah dan berbaik hati bermula dengan keluarga, justeru waqaf keluarga. Khalifah Omar mengasaskan konsep ini selepas Perang Khaibar untuk menguruskan harta rampasan perang yang tidak dapat diangkut kembali ke Mekah. Konsep waqaf kemudiannya berkembang hebat sebagai satu cara bagi orang kaya untuk melindungi pusaka mereka daripada di rebut oleh kerabat diraja dan sultan yang rakus. Oleh sebab waqaf dianggap sebagai sedekah atau hadiah kepada Allah, sultan yang tamak tidak berani merampasnya!

 

            Di Amerika, satu negara yang sekular, zakat dan waqaf tertentu boleh ditolak daripada cukai pendapatan. Bermakna, kerajaan akan membayar sebahagian besar derma anda! Di Malaysia, zakat adalah kredit cukai pendapatan. Maknanya, sebagai pengganti cukai pendapatan. Saya hairan rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak membantah ketidakadilan yang sedia jadi dan terus terang.

 

            Amalan sedekah termasuklah menderma tenaga dan perkhidmatan anda. Di Amerika yang sekular, pekerjaan tertentu seperti peguam terpaksa memberi sumbangan sukarela melakukan kerja pro bono (tanpa bayar) untuk kepentingan masyarakat dan orang ramai. Pelek negeri Islam seperti Malaysia tidak rang undang seperti itu.

 

            Amalan sedekah yang paling mulia ialah memberi seseorang pekerjaan. Si majikan bukan sahaja memberi seseorang itu pendapatan tetapi yang lebih berharga, maruah dan nilai diri. Justeru Islam memandang tinggi ahli usahawan.

 

            Menimba dengan lebih dalam lagi amalan bersedekah dan berbuat baik, rukun ketiga, yakni berpuasa, dan kelima, menaik haji (kepada mereka yang berkemampuan), juga boleh dikaitkan. Jika melalui puasa anda akan peka terhadap penderitaan orang miskin dan tergerak untuk membantu mereka, maka amalan puasa adalah satu perbuatan berbuat baik. Itu selain daripada "berbuat baik" dengan memberi zakat fitrah.

 

            "Kebaikan" atas melaksanakan haji dan umrah, selain daripada memenuhkan rukun Islam ke lima dan meninggikan takwa peribadi, ialah sumbangan anda kepada industri pelancongan dan perhotelan. Renungkan beberapa banyak pekerjaan yang dicipta, dari ulama dan juruterbang serta kakitangan hotel dan tukang masak. Dari segi pendapatan negara, pendapatan Arab Saudi dari Hajj dan umrah adalah yang ke dua selepas minyak dan gas.

 

            Balik ke rukun pertama (syahadah) dan ke dua (menunaikan solat lima waktu), kamu hanya melakukan kebaikan untuk diri sendiri sahaja dengan meningkatkan takwa anda. Sekiranya itu akan mendorong anda untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka perintah al-Quran telah akan ditunaikan walaupun secara tidak langsung. Tanpa itu, anda hanya memikirkan nasib anda sendiri di kemudian hari. Pengecualian yang mungkin timbul ialah apabila anda berdoa baik untuk orang lain dan doa anda dimakbulkan.

 

            Dalam perjalanan malam Al Isra’ wal Mi’raj Nabi (s.a.w.), Allah memerintahkan umat Islam untuk melaksanakan solat fardu lima puluh kali sehari. Nabi berjaya berunding untuk menurunkan bilangan itu ke lima kali sehari. Itu mencerminkan kebijaksanaannya serta perspektif yang betul tentang solat. Mengikut tradisi, Nabi, s.a.w., berasa segan dan malu untuk mencuba menurunkan lagi bilangan solat fardu!

 

            Tetapi jika anda ghairah untuk bersembahyang dan berdoa panjang dan dengan itu anda mengabaikan tugas duniawi atau melupakan persekitaran anda dan tidak perhati kepada hak dan hati orang lain, seperti sembahyang di tepi jalan sibuk, maka pahala yang anda mungkin perolehi mungkin tidak setimbang dengan bahaya yang anda timbulkan.

 

            Semasa saya berkhidmat sebagai pakar bedah di Malaysia, saya pernah menegur seorang doktor muda kerana dia meninggalkan pesakit di Bilik Kecemasan supaya si doktor itu bersolat Jumaat. Dia mungkin berbuat baik untuk dirinya tetapi pasti dia tidak berbuat sedemikian terhadap pesakit.

 

            Kekayaan, seperti juga air, akan tercemar jika bertakung. Zakat dan sedekah, serta amalan kebajikan yang lain, mengakibatkan pengedaran dan dengan itu menyucikan harta. Lagi beres dan laju peredaran ini, lebih banyak kekayaan bertambah. Inilah konsep ekonomi moden, yakni halaju wang (“velocity of money”). Ekonomi yang mundur biasanya dikaitkan dengan peredaran wang yang lembap dan dengan itu kemunduran kaum. Penimbunan atau menyorok wang dan benda adalah satu keadaan yang melampau. Bank dan institusi memenuhkan dan melaksanakan satu perbuatan yang penting mengedar wang dan kekayaan.

 

            Tidak hairanlah bahawa Allah telah memilih seorang pedagang untuk menjadi Rasul-Nya Terakhir. Seorang peniaga adalah seorang usahawan, orang yang melihat keperluan masyarakat yang belum dipenuhi atau dipenuhi dengan tidak mencukupi, dan kemudian berjaya membetulkannya, dan dengan itu ia memperoleh keuntungan. Masyarakat juga mendapat manfaat.

 

            Sebagai umat Islam kita patut mencontohi Nabi Kekasih, s.a.w. Menjadi seorang usahawan (peniaga) adalah satu yang semua patut cita-citakan. Untuk menghuraikan satu hadis, lebih baik menjadi pemberi daripada penerima gaji.

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Statcounter