(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, April 23, 2025

Penghormatan Yang Tidak Bermakna

Penghormatan Yang Tidak Bermakna

M. Bakri Musa

23 April 2025

 

Banyak penghormatan telah diluahkan kepada Allahyarham Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri kelima Malaysia yang meninggal dunia pada 14 April 2025 lalu. Antara yang menarik perhatian saya ialah ini:  Dia memberi peluang berkerja kepada ribuan guru agama.

 

            Bayangkan akibat sebaliknya kepada Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya jika ia mengambil seribu guru Bahasa Inggeris dan STEM serta membiayai seratus profesor dalam bidang STEM untuk universiti tempatan.

 

            Pemerhatian saya juga ialah satu ulasan tentang pemimpin Melayu semasa. Mereka mudah syok dengan masalah remeh dan lebih bersemangat dan beria untuk menyelesaikannya. Pengikut mereka juga pula mudah berpuas hati dengan perbuatan sedemikian. Memandangkan bahawa pemimpin kita dipilih dengan secara bebas oleh rakyat, itu pula mencerminkan budaya kita.

 

            Sebenarnya Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan guru agama, dulu dan sekarang. Maknanya, Perdana Menteri Abdullah bukan menyelesaikan satu masalah yang mendesak. Sebaliknya dia heboh berbesaran untuk memberi kerja untuk mereka berkelulusan Pengajian Islam yang menganggur. Tidak payahlah disebutkan, mereka semuanya Melayu.

 

            Masyarakat Melayu semasa mengingatkan saya kepada negeri Cina pada zaman Mao, kecuali satu perbezaan yang ketara. Tidak seperti pemimpin Melayu sekarang, Mao dan kumpulannya tidak pernah dipilih oleh rakyat. Pemuda Cina juga senang terpesona dengan Buku Merah Mao dan tidak segan berdemo di jalan raya sambil melaungkan fikiran Mao.

 

            Orang Melayu kini (dan bukan sahaja remaja kita) terpesona pula dengan zikir dan Hadis Empat Puluh Imam Nawawi.

 

            Pada zaman Mao, pemuda China yang bijak dan cemerlang dihantar ke kem pendidikan semula di luar bandar. Anak muda Melayu yang cerdik sedikit sebelum dihantar ke luar negara terpaksa menghadiri kursus Biro Tito Negara (BTN). Dari segi kebersihan serta keselesaan, kampus BTN jauh lebih unggul daripada kem pendidikan semula luar bandar Mao, tetapi kerosakan minda dan intelek yang terakibat adalah sama.

 

            Terlalu awal untuk meramalkan hasil atau akibat pertempuran semasa antara Trump dan Xi, tetapi ini sudah pasti. Amerika atau sesiapa pun tidak lagi boleh mengaibkan Negeri China, seperti yang dilakukan oleh orang Eropah seabad dahulu.

 

            Pemimpin China hari ini lebih bijak dan negaranya kini merupakan kuasa besar jika tidak yang paling kuat. Mereka juga bijak dan tidak menganggap Barat sebagai satu blok. Sebaliknya, negeri Cina sekarang merapatkan pakatan dengan Australia, Kanada, dan Kesatuan Eropah untuk menentang Amerika. Contohnya, Negeri Cina sekarang membeli daging lembu dari Australia dan tenaga elektrik dan minyak dari Kanada.

 

            Cabaran negara lain semasa ialah kurang memilih pihak dalam pertengkaran antara China dan Amerika tetapi untuk belajar daripada ke dua pihak.

 

            Berjuta karangan telah ditulis mengenai kenaikan China semasa. Yang penting dan awal sekali ialah Deng Xiaoping meminta bantuan daripada Presiden Carter untuk menempatkan lebih kurang 300 pelajar Cina di universiti elit di Amerika. Sedekad kemudian, negeri China telah menggantikan India sebagai negara yang mempunyai bilangan pelajar terbanyak di Amerika. Sebaliknya pada hari ini Amerika menganggap pelajar Cina sebagai satu ancaman keselamatan!

 

            Pada masa Deng menghantar beberapa ratus sahaja pelajar Cina ke Amerika, Malaysia juga telah menghantar ribuan pemuda Melayu ke Amerika dan negara lain. Perbezaannya yang ketara ialah Deng menghantar pelajar Cina ke universiti bermutu tinggi di Amerika seperti Harvard dan Berkeley, sementara Mahathir berpuas hati dengan menghantar anak Melayu ke Universiti Utara Oklahoma dan seumpamanya.Negeri China pula menghantar pelajar cemerlang mereka untuk pengajian pos siswazah, manakala Malaysiapula berpuas hati dengan ijazah pertama.

 

            Fikirkan sedikit. Dengan perbelanjaan AS$100K setahun kita boleh memperolehi seorang profesorterkemuka dalam bidang sains dan teknologi (STEMdari Amerika. Itu sama harganya dengan menghantar seorang pelajar Melayu ke luar negara untuk mengambil ijazah pertama. Profesor itu pula akan membelanjakan sebahagian besar daripada gajinya di tempatan untuk sara hidup seperti sewa rumah dan makanan sehari. Perbelanjaan itu memberi manfaat kepada ekonomi tempatan. Habis banyak dia akan dapat hanya AS$10K pada akhir tahun untuk dibawa balik ke Amerika.

 

            Sementara itu si pelajar Melayakan menghabiskan keseluruhan US$100K di luar negara. Itu samalah nilainya dengan negara mengeksport sepuluh Proton atau seratus lori penuh dengan kelapa sawit.

 

            Maknanya, dari segi keluaran mata wang negaraharga menghantar seorang pelajar ke Amerika adalah sama dengan mengambil sepuluh profesor dari Amerika untuk mengajar di Malaysia.

 

            Saya doakan supaya Perdana Menteri Anwar berpanjang umur, selalu sihat. dan banyak membawa kebaikan kepada negara. Bayangkan Malaysia satu keturunan masa depan, masyarakat Melayu khususnya, jika Anwar dikenang sebagai seorang pemimpin yang membawa seribu guru Bahasa Inggeris dan STEM ke negara serta ratusan profesor STEM dari negara maju!

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home