(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, April 02, 2025

Penipuan Besar Hak Istimewa Melayu

 Penipuan Besar Hak Istimewa Melayu

M. Bakri Musa

 

Petikan Ke Enam Dari Buku Saya: Qur’an Hadith And Hikayat:  Exercises In Critical Thinking (Qur’an, Hadith, Dan Hikayat:  Latihan Untuk Berfikir Dengan Teliti)

 

Jika kita membaca dengan teliti, yakni menggunakan otak, kita bukan sahaja boleh belajar dengan lebih berkesan tetapi juga menghargai apa yang kita baca. Inilah tujuan sastera tulisan, untuk memberi perangsang kepada pembacanya. Begitu juga apabila membaca al-Quran, hadis, dan hikayat kuno. Tanpa berfikir dengan teliti bila membaca Al-Quran atau hadis, itu hanyalah untuk bergema sahaja, tidak jauh berbeza dengan laskar Merah Mao dahulu yang melaungkan petikan dari Buku Merahnya tanpa berfikir atau renungan.

 

            Lebih penting dan amat berkesan ialah keupayaan untuk berfikir dengan teliti akan melindungi kita daripada pengaruh apa yang disifatkan sebagai "Penipuan Besar." Orang Jerman di bawah Nazi pada tahun 1930-an, walaupun kecanggihan dan pendidikan unggul mereka, tidak terlepas daripada penyakit berbahaya ini. Akibatnya bencana terbesar, dan bukan hanya untuk mereka.

 

            Hampir satu abad kemudian, rakyat Amerika juga nyaris tertelan dengan "Penipuan Besar" mereka sendiri. Yakni, Presiden Trump dan pengikutnya percaya bahawa beliau telah ditipu daripada kemenangan "tanah runtuh" dalam pilihan raya 2020. Amerika bernasib baik bahawa rusuhan yang berlaku hanya terhad kepada Trump dan pengikutnya yang tidak menggunakan otak mereka. Nasib baik akibat buruk itu terhad kepada seperti anggota polis yang terbunuh semasa serangan ke atas Capitol pada 6 Januari 2021.

 

            "Penipuan Besar" masyarakat kita semasa ialah “Hak Keistimewaan Melayu.” Kita percaya bahawa itu akan menyelamat kita. Keadaan sebenar ialah kita sudah dan terus merosot di depan mata kita. Apa yang jelas ialah “Hak Keistimewaan Melayu” telah di seludupkan untuk menjadi alat yang luas dan tanpa amanah untuk memperkayakan sekumpulan pemimpin kita. Sementara itu dan menggunakan bahasa ringkas, hak keistimewaan sudah menjadi candu masyarakat kita. Atau dalam istilah semasa, syok sendiri sahaja.

 

            Tidak kekurangan buku dan bahan terbitan untuk membimbing kita untuk berfikir dengan teliti. Sayang sedikit sebab kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris atau timbul dari budaya dan masyarakat Barat. Oleh sebab itu, sebahagian besar tidak bermakna atau memberi iktibar kepada masyarakat Melayu dan Islam. Sebaliknya, jauh daripada mengasah kemahiran berfikir dengan teliti, bahan tersebut hanya akan memberi kepercayaan bahawa pemikiran kritis adalah rekaan Barat untuk melemahkan kepercayaan tradisional Timur. Atau lebih teruk lagi, sisa-sisa pemikiran kolonial lama yang berhasrat untuk mengekalkan tindasan masyarakat tempatan dan memperkecilkan nilai dan cara pemikiran kita.

 

            Saya terpikat kepada pengalaman Edward Omar Moad mengajar falsafah dan kemahiran berfikir kritis di Universiti Qatar. Muridnya hanya pandai memuntahkan apa yang telah diterbitkan di Barat. Untuk mengatasi masalah ini, beliau meminta pelajarnya membaca rencana dan berita utama dalam akhbar dan penerbitan tempatan. Dia yakin bahawa pengulas di Barat tidak berminat dengan masalah tempatan. Oleh sebab itu muridnya terpaksa berfikir sendiri dan mengupas serta mengulas pendapatan tersebut.

 

            Berfikir dengan teliti membimbing kita ke arah yang lebih bermakna dan berkesan. Seterusnya itu melindungi kita daripada tertipu dan senang di pengaruhi oleh saudagar jual minyak badan di pasar malam. Juga itu akan membantu kita memahami Al-Quran dan hadis serta budaya dan sastera kita dengan lebih mendalam dan bermakna. Berfikiran kritis bukan hanya untuk kelas falsafah; ia akan membawa kita kepada pembelajaran yang lebih berkesan dan cekap. Hari kita berhenti belajar adalah hari kita mati. Jika kita membaca hikayat dengan secara ringkas tanpa renungan mendalam dan kritikus, itu akan hanya menjadi cerita "tertarik", dan seronok seperti menuntun wayang karton sahaja. Itu mungkin gembira, tetapi hanya itu sahaja.

 

            Tanpa tabiat berfikir dengan teliti oleh rakyat, pemimpin yang tidak bermanah seperti bekas Perdana Menteri Najib Razak dengan mudah boleh menipu orang Melayu termasuk raja-raja, menteri, dan pegawai tertinggi. Najib bersumpah dan kita dengan mudah percaya bahawa wang berbilion yang di sapunya dari Syarikat 1Malaysia Development Berhad ialah derma atau hadiah daripada Putera Saudi. Maklumlah kepada masyarakat Melayu, semua dari Tanah Suci adalah halal termasuklah lalatnya.

 

            Walaupun rampasan dari kondo mewah Najib berikutan kekalahannya dalam pilihan raya 2018 adalah dalam bentuk wang kertas Euro, dolar, dan pound sterling, masih ramai yang percaya bahawa itu adalah milik UMNO, kononnya. Yakni sisa perbelanjaan pilihan raya. Najib menyangkakan kita percaya bahawa penduduk di Ulu Kelantan boleh menggunakan dolar di pasar malam mereka!

 

            Najib Razak bukanlah pemimpin Melayu yang terkecuali pandai memutar putar masyarakat kita. Ramai pemimpin Melayu lain yang sama tamak mengumpulkan kekayaan yang tidak dapat dibayangkan. Semuanya bertopengkan hak istimewa Melayu membantu orang Melayu! Semasa krisis ekonomi Asia 1997, Mahathir mengadakan dana RM60 Bilion untuk “menyelamatkan” syarikat Melayu seperti Renong yang dimiliki oleh kroninya, dan juga syarikat perkapalan negara yang mana anaknya adalah pemegang saham utama.

 

            Kini Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula mungkin mengikut bersama mempercayai penipuan besar ini. Beliau ingin memberi berbilion kepada Syarikat Sapura Energy yang sekarang mungkin muflis. Dia memperbodohkan dirinya jika ia percaya bahawa menolong syarikat itu akan membantu pembekal Melayunya. Anwar sepatutnya lebih tahu bahawa tiada bezanya antara Renong dan Sapura.

 

            Pemimpin Melayu di semua peringkat masih belum sedar tentang kebenaran ulung. Yakni, cara paling berkesan untuk membantu orang Melayu ialah mengusahakan supaya masyarakat kita boleh berdaya saing. Meningkatkan mutu pendidikan negara khususnya di sekolah kebangsaan adalah satu permulaan yang baik dan paling mustahak.

 

            “Penipuan besar" ini akan berterusan dan dianggap sebagai kebenaran tulen selagi kaum Melayu dari pemimpin hingga ke pengikut enggan berfikir dengan teliti.

 

Seterusnya Petikan # 7: Berfikir Teliti Semasa Di Bangku Sekolah

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Statcounter