(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, December 17, 2025

University Awam Malaysia - Lemah, Menjuru Kepada Penipuan

 Universiti Awam Malaysia – Lemah, Menjurus Kepada Penipuan

Oleh M. Bakri Musa

(Petikan dari Qur'an, Hadith, dan Hikayat saya akan disambung minggu hadapan.)

Dec 17, 2025

Tiga peristiwa dan perkembangan baru baru ini melambangkan kelemahan dan kekurangan yang ketara serta cabaran mendalam yang dihadapi oleh universiti awam tempatan. Jika tidak di batasi, universiti tempatan akan terus terjerumus menjadi satu penipuan besar yang menghampakan cita cita anak muda kita dan masa hadapan mereka selain daripada menelan dan membazirkan dana negara.


Pertama, pemansuhan pinjaman pelajar bagi mereka yang mendapat ijazah kelas pertama dan cadangan bahawa keistemewaan itu di beri kepada mereka di institusi swasta. Kedua, menempatkan kelas Tingkatan Enam di kampus universiti. Dan ketiga, upacara konvokesyen yang keterlaluan mewah dan membazirkan dana serta tenaga.


Renungkan pula. Pada masa ini hanya lebih kurang sepuluh peratus daripada lebih 300,000 graduan setiap tahun boleh diserap ke dalam ekonomi. Mengejutkan! Sebaliknya, di negara yang maju pendidikan tinggi adalah pemacu pertumbuhan ekonomi.


Semak statistik itu dengan teliti. Kebanyakan yang menganggur, atau lebih tepat lagi mereka yang tidak mempunyai kelayakan atau kemahiran untuk berkerja, adalah graduan dalam bidang Pengajian Melayu dan Pengajian Islam, serta mereka yang kurang fasih dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakkannya pula mereka adalah penuntut Melayu. Itu seharusnya membimbangkan pehak berkuasa. Sebaliknya, para birokrat dan menteri terus berbangga dengan beratus ribuan graduan yang dihasilkan setiap tahun. Alasan bahawa mereka menganggur kerana sektor swasta di kuasai oleh masyarakat asing adalah dangkal, malah menghasut.


Berbalik kepada pemansuhan pinjaman pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama, lebih bermakna jika pemansuhan itu di beri kepada mereka yang berjaya diterima melanjutkan pengajian pos siswazah di universiti terkemuka di luar negara. Itu adalah petunjuk kualiti yang lebih sah dan bermakna. Menghadiahkan mereka yang menganggap ijazah kelas pertama mereka sebagai kemuncak pencapaian tidak bermakna. Yang lebih mencerminkan kebolehan anda serta mutu universiti anda ialah jika anda kemudiannya diterima masuk ke institusi elit di luar negara. Itu juga bermakna bahawa anda bukan sekadar jaguh kampung sahaja. Di Amerika ukuran mutu sebuah universiti adalah peratusan graduan mereka yang melanjutkan pengajian.


Pelajar di Negeri China tidak menganggap ujian universiti mereka sebagai cabaran utama. Sebaliknya mereka berusaha dengan lebih hebat lagi untuk cemerlang dalam peperiksaan luar seperti TOEFL (Ujian Kecekapan Dalam Bahasa Inggeris), GRE (Ujian Rekod Siswazah), dan GMAC (Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah) supaya mereka boleh bersaing untuk institusi global elit. Pelajar Cina tidak berpuas hati hanya dengan gred atau markah di pepereksaan tempatan.


Inisiatif kedua, menempatkan kelas Tingkatan Enam di universiti, merupakan penyalahgunaan besar sumber kampus yang terhad serta mahal. Lebih berkesan serta murah lagi jika kelas Tingkatan Enam di kembangkan di sekolah-sekolah. Itu juga akan meningkatkan peringkat akademik sekolah itu dengan penambahan makmal, perpustakaan, dan kemudahan lain serta kakitangan pengajar yang berkelulusan tinggi. Begitu juga, hapuskan kelas matrikuasi dan assasi yang kini dikendalikan oleh pehak universiti.


Universiti tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang boleh dikendalikan dengan harga yang jauh lebih murah serta berkesan di tempat lain. Universiti di Amerika juga mempunyai program jangkauan (outreach) untuk meningkatkan bilangan bakal pelajar dari kumpulan B40 mereka. Walau bagaimanapun itu dijalankan di sekolah, bukan di kampus universiti yang mahal dan terhad.


Berbalik kepada upacara konvokesyen yang mewah, meriah dan berpanjangan, renungkan fakta ini. Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan belanjawan tahunannya yang jauh lebih rendah daripada sebuah kolej komuniti di California, menghasilkan ribuan graduan setiap tahun, termasuk ratusan PhD. Membuat penyelidikan untuk ijazah PhD amat mahal dan pasaran untuk ahli akademik juga adalah global. Maknanya jika ingin mendapat pengajar yang bermutu pihak kampus mestilah berani memberi peruntukkan yang sesuai. Jika tidak, mutu sudah tentunya terkorban. Kakitangan akademik yang paling berbakat tidak boleh melakukan keajaiban dengan belanjawan yang kecil dan kemudahan yang berkurangan.


Lihatlah program konvokesyen yang gemilang penuh dengan gambar pegawai atasan dicetak atas kertas satin berkilau ala majalah fayshen Vogue. Mahal untuk dicetak. Sebaliknya program konvokesyen UCLA menggunakan kertas kitar semula tanpa potret mewah sesiapa pun.


California mempunyai sistem pendidikan tinggi yang amat dibanggakan dan di iktiraf seluruh dunia. Dia mempunyai tiga peringkat. Pertama ialah kolej komuniti selama dua tahun. Ia mempunyai 116 kampus bebas yang mendaftarkan lebih dua juta pelajar dan menerima sesiapa sahaja berkelulusan sekolah menengah. Kolej tersebut hanya boleh memberi Ijazah Bersekutu (Associate Degrees) serta latihan khas untuk pasukan polis dan industri penerbangan mithalnya.


Peringkat seterusnya ialah sistem Universiti Negeri (California State University-CSU) dengan 23 kampus serta 471,000 pelajar. CSU hanya boleh menawarkan ijazah Sarjana Muda dan Sarjana terpilih.


Keatas sekali ialah Sistem Universiti California (UC System) dengan sepuloh kampus yang elit. UC hanya menerima satu per lapan keatasan lepasan sekolah yang terbaik untuk jumlah penuntut 300,000. Hanya UC sahaja yang boleh menawarkan ijazah kedoktoran dan profesyanal. Yang paling penting, pelajar boleh bertukar antara sistem serta kampus.


Dengan mencermatkan dana, usaha dan kakitangan, California berjaya menjadikan pendidikan tinggi awamnya sebagai tumpuan dunia. Ciri penting lain ialah ini. Walaupun dengan besarnya, jangkauan, dan belanjawan yang amat lebih tinggi, tiada terdapat Kementerian Pengajian Tinggi di California. Sebaliknya, ibu pejabat UC adalah bangunan biasa di kampus Berkeley. Kebebasan unik ini serta desentralisasi yang berkesan mengurangkan birokrasi pusat ala Kementerian Pengajian Tinggi seperti terdapat di Malaysia.


Mutu sesebuah universiti tergantung atas ahli akademiknya di kampus, bukan oleh kakitangan di ibu pusat Kementerian. Bebaskan yang pertama; hapuskan yang kedua.


Jangan harap Rangka Tindakan Pengajian Tinggi yang ditunggukan itu akan memberatkan masaalah yang saya kemukakan. Sebaliknya ia akan memberi tumpuan kepada angan angan dan matlamat muluk yang tidak mungkin tercapai. 


 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home