Pengajian Islam Peringkat Siswazah di Malaysia
Pengajian Islam Peringkat Siswazah di Malaysia
Petikan #29 dari buku saya: Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking.
5 November 2025
Saya pernah menghadiri satu seminar siswazah Pengajian Islam di sebuah universiti di Malaysia. Kursus itu amat popular dalam kalangan eksekutif, profesional, dan pegawai tinggi kerajaan Melayu. Mereka ghairah ingin meningkatan kelulusan dalam Pengajian Islam untuk melonjakkan kenaikan pangkat. Pensyarahnya ialah seorang sarjana terkemuka dan berkelulusan kedoktoran dari universiti terkemuka di Amerika,
Tidak sampai sepuluh minit sahaja masuk ceramah yang mendayu dan membosankan, beliau menyebut satu kenyataan yang tidak masuk akal kepada saya. Saya terus mengangkat tangan untuk mencelah, tetapi diminta untuk menahan soalan sehingga akhir kerana, kononnya, “Kita begitu banyak bahan yang perlu dibentangkan! Ternyata, di hujung ceramah beliau langsung tidak ada masa untuk menerima soalan apa apa.
Rakan sekuliah saya bersimpati dengan profesor itu. Yakni beliau terlalu banyak bahan untuk disampaikan sehinggakan tiada masa untuk soalan! Itulah hakikat pendidikan siswazah di Malaysia, dan bukan sahaja dalam Pengajian Islam.
Profesor terkemuka itu bertindak seolah beliau memikul beban barangan intelektual yang berat. Semakin cepat beliau dapat melonggokkannya kepada pelajarnya, renganlah bebannya. Selepas itu beliau boleh mendakwa telah menunaikan tanggungjawabnya dan menerima gaji dengan secara halal.
Nyata professor itu bukan seorang pendidik. Sebaliknya dia lebih bertugas sebagai penghantar barang Amazon. “Saya hanya si pembawa atau penyampai, tuan, terima kasih! Sebarang aduan, sila isi borang!” Sepatutnya beliau perlu bertujuan untuk memberi pencerahan di antara pelajarnya. Atau mengikut falsafah Munshi Abdullah, mengsifatkan pelajarnya sebagai parang yang patut diasah, bukan tong kosong untuk di isi. Terkilan sebab itulah cara pendidikan Islam pada semua peringkat dan bukan hanya di Malaysia. Yakni bersifat mengisikan tong kosong.
Mengambil kira berbagai latar belakang (dari segi akademik dan juga profesional) pelajar yang matang itu, kelas itu sepatutnya menjadi satu forum yang hebat untuk si profesor itu mengadakan perbincangan yang rancak.
Bandingkan dia dengan Bruce Lawrence, Profesor Pengajian Islam yang telah bersara dari Duke University. Dia pernah ada seorang pelajar siswazah kejuruteraan dari Pakistan yang mengambil kursus beliau sebagai elektif kemanusiaan. Pelajar itu adalah seorang hafiz. Lawrence terkejut bahawa pelajar itu tidak memahami langsung pun apa yang dihafizkannya sebelum beliau mengambil kursus dari Lawrence. Profesor itu juga belajar banyak daripada pelajar itu, terutamanya mengenai sistem pendidikan di Pakistan. Kelas Lawrence adalah jalan dua hala antara pensyarah dan pelajar. Itu menyegarkan otak, tidak seperti jalan sehala yang membosankan seperti kursus siswazah yang saya alami di Malaysia.
Kembali kepada profesor Melayu itu, dia boleh diibaratkan sebagai sibuk mengisi minyak ke dalam pelita pelajar manakala Lawrence ingin menyalakan apinya.
Teringat saya kepada peristiwa yang di alami oleh Imam Ghazzali dimana karavannya dirompak. Beliau merayu kepada perompak agar tidak mengambil kitab dan jilid yang ada di dalam beg pelana keldai. “Itu semuanya kerjaya sepanjang hayat saya yang tidak terhingga harganya, warisan ulung ku,” Imam ternama itu merayu.
Ketua perompak itu tidak terharu langsung. “Jika ini warisan anda, itu tidak bermakna jika ia boleh di musnahkan oleh seorang perompak,” beliau mencemuh.
Hari ini sumbangan hebat Imam Ghazzali boleh dimuatkan ke dalam satu thumb disc atau disimpan dengan selamat di I-Cloud dan boleh diakses dari mana-mana sahaja. Tidak hairanlah Pengajian Islam di Barat sekarang lebih giat tertumpu kepada pendigitalan (digitizing) risalah-kuno itu dan menggunakan kecerdasan buatan (Artifical Intelligence, AI) untuk menimba hikmahnya.
Terdapat satu lagi kelemahan yang melumpuhkan kebanyakan wacana Islam semasa. Yakni, pebedzaan yang tidak perlu atau diinginni antara masaalah duniawi dan akhirat seolah ia adalah satu perbedzaan yang berasingan. Bersama dengan itu datanglah penghinaan dan penolakan serta merendahkan yang tidak wajar dan merosakkan terhadap ilmu dan kejayaan duniawi. Kononnya, kejayaan yang sebenar serta tulen dan kekal hanya adalah di akhirat.
Penganut Kristian zaman pertengahan juga pernah terperangkap dengan corak pemikiran yang melumpuhkan ini. Kemudian muncul Paderi John Calvin (dan lain lain) pada kurun ke-16 untuk menghilangkan salah tanggapan yang merosakkan ini. Dengan itu Eropah Barat memulakan Renaissance mereka yang diikuti dengan Zaman Pencerahan mereka serta menerima ilmu sains dan sistem kapitalisme.
Bagi Calvin, Tuhan dengan hikmah-Nya akan menunjukkan kepada siapa yang Dia mungkin diberi kurniaan di akhirat. Jika Dia menganugerahkan ganjaran yang melimpah-ruah kepada anda di dunia sementara ini (temporal world), maka itu bererti nasib yang sama akan menanti anda di Akhirat. Maknanya, keadaan anda di duniawi mencerminkan bakal nasib anda di akhirat.
Dengan itu lahirlah etika kerja (“work ethics”) kaum Calvinis yang terkenal itu, dan dari situ Eropah Barat melonjak keluar dari Zaman Gelap Pertengahan menuju ke Zaman Pencerahan dan kemodenan. Apa yang di maksudkan dengan istilah etika kerja ialah menghormati usaha atau pekerjaan dan tenaga sesorang. Dengan itu semua makhluk Allah berkerja keras dan berusaha agar mereka berjaya dan dengan itu dilihat sebagai golongan yang diredai oleh Tuhan. Teologi yang berpegang kepada perinsip “si miskin akan mewarisi Bumi Allah ini” (The poor shall inherit the Earth), varian dari Mathew 5:5 yang lazim sebelum ini, kini dilihat dari sudut pandangan yang amat berbeza sama sekali dan jauh kurang disenangi.
Seterusnya: Hari Qiamat Sebagai Konsep



0 Comments:
Post a Comment
<< Home