(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, January 14, 2026

Besar Perbelanjaan Tetapi Masalah Asas Berterusan

 Besar Perbelanjaan Tetapi Masalah Asas Berterusan 

M. Bakri Musa 11 Januari 2025

Petikan daripada siri Quran, Hadith, dan Hikayat saya akan bersambung minggu hadapan.

Dalam ucapan melebihi 50 minit di hadapan para menteri dan pegawai kanan kerajaan pada Isnin, 5 Januari 2026, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa dasar dan perbelanjaan baru. Antaranya menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat, penubuhan badan ombudsman, dan mengasingkan kuasa Pendakwa Raya daripada Peguam Negara. Semuanya amat terpuji!

Namun sebagai seorang ahli politik Anwar kemudiannya tidak dapat beralih daripada tabiaatnya sebagai seorang ahli politik berkempen semasa pilihana raya. Dia sibuk “gula-gula” kepada hampir semua orang. Kenaikan gaji yang lumayan untuk hakim dan penjawat awam, geran besar untuk sekolah (agama mahupun vernakular), dan bantuan tunai kepada murid sekolah, sebelum meleret di penghujung ucapan sebagai seorang akauntan dengan memberi senarai berpanjangan atas pelepasan dan potongan cukai.

Pelik sedikit sebab Anwar tidak menunjukkan kehebatannya berpidato pada hari itu. Tiada hujah yang melambung atau genggaman tangan yang ditinju melambung tinggi berulang kali. Sebaliknya apa yang mungkin melambung ialah defisit keewangan kerajaan.

Anwar mendapat sambutan ghairah apabila mengumumkan had penggal untuk Perdana Menteri menyebabkan beliau tertanya sama ada para pendengarnya ingin menyampaikan sesuatu kepadanya. Beliau berkelakar menyuruh penolong kanannya supaya mencatit nama mereka yang bertepuk dengan begitu bersemangat tadi.

Dia dijadualkan mula berucap pada pukul 11:30 pagi, tetapi apabila siaran langsung bermula pada 11:20 pagi, dewan yang luas itu sudah pun penuh padat dengan hadhirin. Pegawai dan kakitangan kanan Kementerian pasti sudah meninggalkan pejabat mereka jauh lebih awal lagi. Bayangkan seluruh jentera kerajaan lumpuh pagi itu dengan kaunter awam yang biasanya sibuk ditinggalkan tanpa petugas.

Anwar muncul pada jam 11:35 pagi dengan jaket bush putih yang telah diubah suai dan di iringgi seperti biasa dengan rombongan yang besar. Itu adalah cara biasa. Pegawai tertinggi memakai kemeja putih yang dimasukkan ke dalam seluar, sut hitam, dan tanpa tali leher cara gaya Presiden Obama yang kini sudah menjadi pakaian resmi di Malaysia. Bezanya, Obama badannya tinggi serta langsing dan dengan itu kelihatan berwibawa walaupun tanpa memakai tali leher.

Upacara dimulakan tanpa aluan pukulan kompang mahupun lambaian bunga manggar. Sebaliknya hanya doa yang berpanjangan, nyanyian lagu kebangsaan yang berdehem-dehem, ikrar bersemangat beramai-ramai, dan ucapan aluan yang meleret panjang. Anwar hanya mula berucap lebih sepuluh minit kemudian. Dengan ramah tamah mesra yang tidak dapat di elakkan selepas itu, para hadhirin hanya bermula bersurai apabila siaran langsung tamat pada jam 12:37 tengah hari.

Perhimpunan bulanan kementerian kini sudah menjadi satu kebiasaan. Itu adalah pembaziran masa dan dana yang nyata apatah lagi dengan upacara yang berpanjangan dan ucapan menteri yang hambar. Sesi tersebut hanyalah alasan untuk kaki tangan ataskerajaan untuk ponteng kerja.

Apa yang disampaikan oleh Anwar pagi itu boleh dilakukan dengan lebih berkesan melalui sidang media dan di waktu pejabat di tutup.

Pidato atau tidak, kelemahan asas Malaysia tetap kekal. Rasuah masih berkembang dan mendalam, jentera dan institusi Kerajaan masih bertambah lemah (terutamanya system pendidikan), dan fikiran Islamisme kuno masih bermaharajalela. Ranjau tersebut tidak pun di sentuh dan di hadapi. 

Apa gunanya mengasingkan jawatan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya jika kedua-duanya nanti diterajui oleh susuk jenis Apandi Ali? Mengenai rasuah pula, negara oatut mencontohi Amerika dengan mewajibkan 100 pegawai tertinggi termasuk sultan mengisytiharkan aset mereka setiap tahun dan dedahkan umum. Sekali lagi, seperti Amerika, wajibkan rakyat Malaysia mengisytiharkan aset dan pendapatan luar negara mereka.

Memberi dana kepada sekolah agama tidak akan meningkatkan daya saing masyarakat Melayu (atau Malaysia). Bagi setiap penuntut Melayu yang mengejar pengajian agama, berkuranglah seorang dalam bidang STEM. Sebaliknya kita patut memberi tarikkan atau insentif kepada orang Melayu untuk menceburi dunia STEM. Tambahan pula melengkapkan bilik darjah dengan pendingin hawa, akses jalur lebar, dan menyediakan komputer kepada murid adalah jauh lebih bermafaat daripada sekadar memberi wang tunai.

Apabila pemerentah mencadangkan perbelanjaan awam dan inisiatif besar, adalah bijak lebih dahulu untuk menjalankan beberapa program perintis. Kemudian kaji dan perbaiki. Dari segi kecekapan pula, menghentikan perhimpunan kementerian bulanan ala perhimpunan sekolah yang membazir itu adalah satu permulaan yang baik dan patut di buat.

 

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home