Unsur Budaya Yang Menghalang Fikiran Kritis
Unsur Budaya Yang Menghalang Fikiran Kritis
M. Bakri Musa
21 Jan 2026 Sedutan kemas kini daripada buku saya: Qur’an, Hadith, and Quran In Critical Thinking.
Selain daripada salahfaham agama, masyarakat Melayu juga di bebani oleh unsur budaya yang menghalang kita untuk berfikir dengan kritis. Feudalisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Para sultan, walaupun mereka yang cerdik sedikit dan memegang ijazah dari Oxford dan Harvard, tetap menuntut kesetiaan mutlak daripada rakyat. Mereka berasa terancam dan menganggap rakyat derhaka bila di persoal mahupun di kritik. Buat sedemikian dan nyawa anda dan keluarga akan terancam.
Renungkan kontroversi panas semasa mengenai “Titah Adendum Diraja” yang kononnya membenarkan banduan Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di rumahnya. Itu mencerminkan betapa kuatnya sentimen feudalis ini. Di peringkat negeri pula, Sultan dengan sewenangnya boleh membatalkan keputusan Menteri Besar mereka. Dalam masyarakat dan budaya Melayu, Agung dan Sultan mempunyai kuasa mutlak yang tidak terikat dengan perlembagaan atau di bebani dengan kesopanan.
Ada juga keluarga diraja yang pernah disabitkan kesalahan seperti membunuh. Sekilas pandang itu menunjukkan kedaulatan undang-undang kepada semua. Malangnya, itu hanyalah lakonan semata-mata. Apa yang jarang diperhatikan ialah mereka semua pada akhirnya diampunkan, malah sebelum perbicaraan bermula pun. Salah seorang yang diampunkan itu kemudiannya menjadi Agung.
Malah dalam urusan sivil pun, seperti kegagalan membayar hutang peribadi, kes tersebut menjadi berita utama kerana kebejatannya. Al Marhum Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pernah di saman atas mungkir membayar hutang jutaan ringgit tetapi tanpa sebarang tindakan. Jumlah hutangnya kecil sahaja bila dibandingkan dengan keseluruhan harta diraja.
Saman terhadap sultan, sama ada sivil atau jenayah, mestilah didengar di mahkamah khas. Ditubuhkan pada tahun 1993, sehingga kini ia hanya mendengar beberapa kes sahaja. Dalam satu keputusan luar biasa pada 1996, mahkamah memutuskan bahawa hak untuk menyaman ini hanya khas untuk rakyat Malaysia sahaja. Warga asing tidak mempunyai hak di mahkamah tersebut. Jadi pada wanita Mom Salleh yang bermimpi untuk menjadai Puteri di Raja Melayu, berhatilah!
Walaupun Mahahtir di anggap sebagai pemimpin yang berani, dia pun terpaksa tunduk di bawah tekanan diraja. Semasa penggal keduanya, beliau membatalkan Statut Rome yang telah ditandatanganinya sebulan sebelum itu kerana tekanan daripada para Sultan. Inilah Mahathir yang dulunya semasa pemirintahannya pertama memperkenalkan pindaan perlembagaan pada 1993 untuk menyekat kekebalan sultan dalam perlakuan peribadi mereka. Di mana silapnya?
Statut Rome menghapuskan kekebalan di Raja dalam tindakan perlembagaan atas kapasiti baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Jadi, walaupun baginda kebal daripada pendakwaan di Malaysia, tidak begitu dari segi undang antarabangsa dan bila berada di luar negara.
Sangat mengagumkan betapa pantasnya para sultan meraih sokongan ramai antara kaum Melayu dengan memainkan sentimen ancaman Statut Rome ini. Walaupun pindaan 1993 sudah wujud, apabila melibatkan sultan, orang Melayu tetap mengekalkan kesetiaan buta dan mutlak. Sifat feudal lama ini, baik di pihak pemerintah mahupun rakyat masih tetap kekal dan tidak tergoyah.
Pada Mei 2009, berlaku satu kejadian yang amat memalukan negara ketika Sultan Yahya dari Kelantan sedang menjalani rawatan perubatan di Singapura. Dalam rombongan besar yang dibiayai pembayar cukai itu, turut serta anakanda Sultan, Tengku Fakhry dan isterinya Manohara, seorang bekas model Indonesia.
Menyangkakan mereka masih berada di tanah feudal Malaysia, pegawai istana menghantar Manohara pulang ke hotel bersendirian dengan teksi selepas melawat di hospital. Dalam perbualan santai dengan pemandu teksi, dia mendedahkan statusnya sebagai “tahanan” diraja. Mendengar itu si pemandu teksi terus memecut ke balai polis yang berhampiran. Dari situ skandal tersebut terbongkar dengan pantas, borkat kecekapan pihak berkuasa di Singapura. Pendek kata, Manohara berjaya dibebaskan daripada suaminya yang berperangai sakai itu dan terus terbang balik ke Indonesia.
Apa yang amat menyedihkan serta memalukan ialah Manohara dan ibunya sebelum itu telah berkali meminta bantuan dari “peringkat tertinggi” di Malaysia. Mufti Kelantan pula sekadar menasihatkannya supaya menjadi isteri Islam mithali dan ikut taat. Ringkasnya, tanggunglah nasib derita itu, alasan biasa bagi mereka yang menyalahkan mangsa. Ibu Manohara telah pun juga merayu kepada Perdana Menteri Najib dan Presiden Indonesia Susilo ketika itu, namun semuanya sia-sia.
Sebaliknaya di Singapura hanya seorang pemandu teksi yang prihatin berjaya menyelamatkan Manohara. Dia berjaya hanya dengan bertanya beberapa soalan mudah. Itulah intipati pemikiran kritis. Sekarang, bayangkan nasib wanita Melayu biasa di Malaysia.
Satu ciri feudalisme ialah buruh paksa. Itu adalah satu jenis perhambaan. Seperti yang ditulis oleh Perdana Menteri Anwar dalam bukunya, Rethinking Ourselves, perhambaan adalah sebahagian besar budaya Melayu sehingga ke zaman baru-baru ini. Sebut apa sahaja tentang keburukan kolonialisme, sekurangnya versi British itu telah menghapuskan sistem perhambaan dari masyarakat Melayu. Jika tidak kerana penjajah British, saya mungkin ditakdirkan menjadi orang hamba di Istana Sri Menanti.
Seterusnya: Sindrom Sultan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home