Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar: Peranan Pemimpin
Amar Ma’ruf, Nahi Mungkar: Peranan Pemimpin
M. Bakri Musa
Dipetik dan disesuaikan daripada buku syaya: Qur’an, Hadith, And Hikayat: Exercises In Critical Thinking (2021)
Renungkan pergolakkan asas antara pemimpin dengan pengikut mereka. Pemimpin—terutamanya negara bersifat demokrasi—mencerminankan serta dipilih oleh pengikut mereka. Justeru, para pengundi tidak boleh melepaskan tanggungjawab moral mereka begitu sahaja dengan sekadar menuding jari dan menyalahkan pihak di atas.
Ada setengah pihak yang menafsirkan hadis mengenai “mengubah kemungkaran dengan tangan” secara terlalu harafiah. Lihat sahajalah nasib ngeri yang menimpa Anwar Sadat di Mesir dan Jeneral Park Chung-hee di Korea Selatan. Dalam negara bercorak demokrasi moden, kita tidak perlu tunduk kepada tindakan ganas sedemikian. Kita boleh menggunakan “tangan” kita dengan jauh lebih berkesan untuk menghentikan pemimpin yang mungkar sekadar memangkah markah “X” ditempat tertentu atas kertas undi. Dengan cara inilah rakyat Malaysia berjaya menumbangkan gabungan kukuh Najib Razak pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, dan juga menyingkirkan Donald Trump yang memecahbelahkan serta tidak cekap pada Pilihan Raya Presiden Amerika 2020.
Namun cara yang paling berkesan adalah dengan menghalang pemimpin yang tidak senonoh mengambil kuasa dan dengan itu sekali gus menyelamatkan masyarakat daripada kerosakan yang bakal menyusul. “Menghentikan” sesuatu membayangkan tindakan lepasan atau reaktif. Yakni bertindak selepas seseorang pemimpin itu telah memegang kuasa dan terbukti hampa serta merosakkan. Sebaliknya, pencegahan menyekat kebobrokan sebelum ia bermula menular. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. mencapai kejayaan yang abadi berasaskan prinsip memimpin melalui teladan peribadi—suatu piawaian moral yang proaktif. Maknanya mencegah sesuatu dan bukan sekadar menggunakan kekerasan secara reaktif atau selepas.
Kita juga tidak hanya terserah untuk menentang kemungkaran sekadar di dalam hati. Walaupun bantahan diam itu mungkin menjadi penawar sementara kepada Nurani seseorang, tetapi itu tidak mungkin memberi sebarang kerelaan nyata kepada para mangsa.Walau pun dalam keadaan seseorang kekurangan kuasa fizikal “tangan” mahupun pengaruh unggappan atau “lidah,” kita masih boleh bertindak secara praktikal untuk menkurangakan atau mengrengankan kesan kejahatan tersebut. Kita mungkin tidak mampunyai keupayaan untuk menghentikan pembunuhan dan pembersihan etnik di Balkan secara berseorangan, tetapi kita dapat meredakan penderitaan mereka dengan mendakap para pelarian serta menyertai kempen antarabangsa untuk mendesak sekatan ke atas rejim Serbia. Hari ini, kekejaman yang serupa sedang berlaku di Myanmar dan Palestin.
Pertimbangkan satu lagi krisis kemanusiaan semasa: bayi luar nikah. Di Malaysia, ibu muda yang ketakutan membuang bayi yang baru dilahirkan di tandas awam dan tong sampah. Sementara itu, jentera negeri yang berprasangka menghukum Wanita tersebut yang teraniaya ini sebagai penjenayah, sambil membalas mereka dengan khutbah api neraka tentang seksaan yang menanti. Bandingkan pendekatan ini dengan Undang Safe Haven di Amerika Syarikat. Di sana, seorang ibu boleh menyerahkan bayinya di hospital atau balai bomba dengan jaminan bahawa anak tersebut akan dijaga dan dicarikan keluarga angkat. Si ibu tidak akan didakwa atau diaibkan; sebaliknya, dia ditawarkan bantuan perubatan dan kaunseling.
Sebagai satu latihan minda, di manakah kedudukan inisiatif seperti Undang-Undang Safe Haven, program pengurangan kemudaratan (harm reduction), atau penyahjenayahan dadah dalam spektrum acara “tangan-lidah-hati” bagi mencegah kemungkaran yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.?
Di peringkat sendiri mahupun dari segi masyarakat, kita mesti menyedari bahawa tindakan terburu-buru untuk menyekat sesuatu kejahatan kecil mungkin mencetuskan kemudaratan yang jauh lebih besar secara tidak sengaja. Renungkan ajaran lama yang cukup bijaksana. Seorang Imam terselisih dengan sekumpulan pemabuk tetapi memilih untuk tidak menghentikan mereka secara fizikal (tangan) mahupun menegur mereka (yakni mengunakan lidah). Imam tersebut secara bijak mengamati bahawa adalah jauh lebih baik untuk membiarkan samseng itu kekal mabuk. Jika mereka sedar, mereka mungkin akan mengamuk, merompak harta benda, dan mengancam nyawa insan yang tidak berdosa. Kadangkala kita terpaksa bertolak ukur dengan “keburukan” yang kecil sambil menyedari bahawa ia bertujuan sebagai injap keselamatan untuk melepaskan tekanan. Jika injap itu ditutup rapat secara paksa, anda mungkin berdepan dengan ledakan yang membinasakan.
Anggota bomba amat memahami fenomena ini dan memanfaatkannya melalui kaedah pembakaran terkawal (backfire). Mereka sengaja membakar kawasan tertentu dengan matlamat untuk menghabiskan bahan api dan mengubah arah angin, dan dengan itu sekali gus melencongkan mara api utama daripada menghanguskan tempat kediaman dan struktur penting.
Akhir sekali, jangan sesekali memandang rendah kuasa “lidah” atau bersuara berbanding dengan “tangan” (yakni kuasa) dalam membendung atau menumbangkan kejahatan sistemik. Khutbah Ayatollah Khomeini berjaya merobohkan rejim Shah yang gagah perkasa beserta angkatan tenteranya yang serba canggih. Khomeini melakukannya tanpa perlu mengangkat apa apa senjata, sebaliknya hanya mengangkat tangannya sewaktu mengakhiri doa dengan ucapan "Amin!" Suaranya menyemarakkan semangat—dirakamkan pada pita kaset lalu diseludup masuk ke Iran—ternyata tidak mampu ditandingi oleh kereta kebal dan polis rahsia Shah.
Metafora “tangan” tidak semestinya merujuk kepada pemberontakan bersenjata atau kekerasan fizikal. Para penulis telah mengubah jalan sejarah dunia melalui kehalusan dan ketajaman pena mereka. Begitu juga dengan Zunar dan Fahmi Reza—dua kartonis politik terkenal Malaysia—yang kerap menyebabkan senak perut di kalangan pembesar negara. Dan keduanya melakukan tugas raksasa ini sepenuhnya dengan menggunakan hanya tangan mereka!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home