Se ekor monyet dengan mancis tidak mungkin menghanguskan seluruh desa sunggoh pun rumah kampung dibina dari kayu dan berbumbung atap. Namun rekaan tersebut tahan lasak, dengan dapur dalam membakar kayu dan bara asap di bawah rumah untuk menghalau nyamuk. Maksudnya, banyak perkara lain yang mesti sedia ada dan berlaku sebelum kampung tersebut boleh dijahanamkan, umpamanya cuaca panas yang berpanjangan dan sampah kering yang bertimbun.
Walaubagaiman pun apabila terjadi kebakaran, kita terkejut dan dengan senang menyalahkan si monyet. Kita enggan atau tanpa kepintaran untuk merenung lebih mendalam. Kita tidak menyoal mengapa kebakaran boleh berlaku. Mithalnya, siapa yang memberi si monyet mancis dan mengapa dia tidak dikawal. Atau mengapa sampah dibenarkan bertimbun semasa musim panas yang berpanjangan.
Kampung yang dinamakan Malaysia ini masih belum terbakar. Penduduknya masih lagi berlagak tanpa menyedari bahawa cuaca kering sudah berlama dan sampah sudah bergunung. Sunggoh pun demikian, mereka masih tidak mengendahi bahaya si monyet asyik bermain dengan mancis.
Mungkin oleh sebab orang Malaysia biasa dengan cuaca tropika mereka tidak sedar bahaya iklim panas. Oleh sebab itu mereka tidak menghiraukan suasana politik semasa yang panas. Tambahan pula itu satu pengalaman baru. Malaysia bukan Nigeria atau Pakistan. Belum lagi. Mengkecualikan peristiwa 1969, rusuhan dan politik huruhara bukan stau kebiasaan di Malaysia. Begitu juga bunuh membunuh pemimpin yang degil dan kita tidak setujui. Itu belum lagi menjadi budaya politik kita.
Pada pilihan raya umum 9 Mei 2018 ini, sekiranya Najib dan Barisan Nasional menang walau beberapa tipis pun, itu bererti pengundi telah memberi si monyet Najib se kotak mancis baru dan kemudian menggalakkan dia terus bermain di tengah-tengah sampah kering yang bertimbun dan iklim politik yang sering panas tegang. Sampah kering yang saya maksudkan ialah kelemahan pentakbiran negara dengan pemimpin dan kakitangan kanan yang tak beramanah. Iklim panas yang dirujukkan tadi ialah iblis benci membenci yang bermaharajalela dalam masyarakat Melayu kini.
Rakyat Malaysia tidak pernah bertegang dan berpecah belah seperti sekarang sejak pilihan raya 1969. Pada masa itu kekalahan Barisan di beberapa negeri dan kehilangan kemenangan dua pertiga di peringkat persekutuan mencetuskan rusuhan bangsa yang mengerikan. Ribuan terbunuh dan beribuan lagi cedra, serta kejahanam harta benda yang tak terkira. Parlimen digantung dan pemerintahan cara hukum paksa (decree) di tubohkan. Kudis besar negara itu kini sudah lama pulih dan dimeteraikan dengan parut yang tebal. Ia tidak mungkin terbuka kembali walaupun ramai si nakal yang cuba menggarunya.
Pecahbelah rakyat pada masa itu ialah antara kaum, khasnya antara Melayu dan Cina, dan keganasan terhad di Kuala Lumpur sahaja. Hari ini perpecahan yang semakin mendalam bukan antara kaum tetapi intraatau dalam kaum, anatara masyarakat Melayu sahaja. Dan perpechan ini meluas. Hanya Malaysia Timur sahaja yang terhindar dari ancaman ini. Rakyat Malaysia khasnya masyarakat Melayu masih enggan atau belum lagi mengakui ancaman baru ini yang lebih ketara. Di situlah terletaknya bahaya besar.
Saya tidak pernah melihat sifat serta peragai biadab dan kebencian yang di lemparkan dengan terus terang di semua peringkat terhadap Najib dan Mahathir. Kedua pemimpin itu serta yang lain, dari raja raja ke kaum ulama juga turut tanpa mengendahi tata tertib. Peragai yang kasar serta kotor itu tidak pernah di alamai dalam budaya kita. Itu bukan nilai bangsa Melayu. Saya bimbang jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Najib atau Mahathir, itu akan mencetuskan perang saudara yang ganas di kalangan pengikut mereka.
Sejarah menunjokkan bahawa pertengkaran yang paling ganas adalah diantara kaum sendiri. Saksikan pembunuhan yang ngeri di Timur Tengah; ianya bukan antara Arab dan Yahudi tetapi dalam kalangan orang Arab sendiri. Keadaan Semenanjung Korea masih tegang dan sedia meletup pada bila-bila masa sahaja dan membawa dunia luar dengannya. Sebelum itu terdapat perang saudara di negri Cina. Sia sia sahaja untuk mengagak sama ada orang Cina menderita lebih teruk di bawah Pendudukan Jepun atau semasa perang saudara mereka sendiri. Bukan terlaluan jika menegas bahawa Pendudukan Jepun sekurang-kurangnya mengganggu atau memberhentikan kekejaman masyarakat Cina antara mereka sendiri.
Bahaya besar di Malaysia hari ini ialah ketiadaan unsur penampan yang boleh melemah atau mengsabarkan perpecahan antara Melayu. Unsur budaya kita dari sultan ke ulama serta badan pengtakbiran dari Suruhanjaya Pilihan Raya kepada perkhidmatan bersenjata dan polis gagal untok merapatkan masyarakat Melayu. Bahkan mereka menambah dan mengherat perpecahan antara kita. Sultan dan Agong bukan "pelindung" Islam dan adat istiadat Melayu sebagaimana mereka mengakui atau mengikut tradisi dan perlembagaan tetapi hanya melindung sebahagian sahaja kaum kita, yakni Melayu UMNO dan mereka yang terpersona dengan pikatan falsafah Najib "Wang Itu Raja!"
Ketua Angkatan Bersenjata baru sahaja menarik kembali ikrarnya bahawa kesetiaan pasukan dan pegawainya adalah kepada Najib dan pemerintahan UMNO. Dia lupa sumpah jawatannya untuk setia pada raja dan negara. Begitu juga dengan Pendaftar Pertubuhan; dia menafikan pendaftaran parti baru Mahathir. Sementara itu anak sultan di hujung semenanjung bertitah kepada Bangsa Johornya bagaimana hendak mengundi!
Saya kesal bahawa rakyat bukan Melayu tidak memainkan peranan penting mereka, yaitu memadam dan mengurangkan perpecah belah didalam kaum Melayu yang kini bertambah bahaya. Mungkin mereka sifatkan itu sebagai peluang menagguk dalam air keruh. Itu satu angkapan yang sangat pendik. Kalau Melayu berpecah, mereka semestinya akan terus disedut mau tak mau ke dalam pertengkaran itu.
Harapan saya adalah dengan Sabah dan Sarawak. Mungkin kerana disana tiada masyarakat yang terbesar seperti Melayu di Semenanjung, mereka sedar untuk menunjukkan kelakuan dan teladan yang bersifat tolak ansur. Mereka tidak membenarkan unsur perkauman yang bahaya menentukan atau membataskan politik dan pandangan mereka.
Mungkin oleh sebab UMNO tidak mempunyai cawangan di sana, Sarawak bebas dari desakkan perkauman yang di mainkan oleh UMNO di semenanjung. Saya berharap bahawa kuman perkauman yang ganas didalam tubuh dan minda UMNO tidak dapat berjangkit ka Malaysia Timur dan masyarakat si sana kekal bebas dari gangguan hantu UMNO.
Pengundi mempunyai tugas penting dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini. Mereka mesti merampas kotak mancis daripada Najib sebelum dia dan kumpulan monyetnya di UMNO melakukan kerosakan kepada negara. Hentikan Najib sebelum dia membakar negara.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home