Tolak Najib Serta Orang Suruhannya
M. Bakri Musa
www.bakrimusa.com
Pidato Perdana Menteri Najib Razak miang kat telinga. Bila dia hendak menegaskan sesuatu, suaranya naik menyaring seperti perempuan jalang. Gerak gari tangannya seperti monyet gatal dan sumbang di mata. Bahasa rojak Melayu/Inggeris yang di amalnya susah hendak difahami. Tetapi pada sangkaannya, dia hebat.
Dia mungkin unsur kelakar dan sumber jenaka jika dilakukan oleh si pelawak. Tetapi Najib menganggap dirinya sebagai ahli pidato yang memukau! Perbezaan antara khayalan dan keadaan sebenar!
Setuju atau tidak, kita terpaksa mendengar ucapannya. Dia perdana menteri, dan ucapan serta apa yang dilakukannya mempunyai akibat yang besar kepada rakyat dan negara walaupun dia tidak dapat atau enggan membezakan khayalan daripada yang sebenarnya. Kata dan lakunya bahaya kepada negara. Dia tidak tersinggung langsung untuk memberi sokongan kepada ahli “baju merah,” kumpulan yang bercorak perkauman serta pelampau yang tidak terhingga dalam UMNO. Perbuatan itu tidak mengejutkan. Pada satu masa di Mesyuarat Agung Pemuda UMNO, Najib mencucuk ke udara kerisnya yang bertitisan sos tomato untuk melambangkan darah Cina. Dia mencemar pusaka budaya kita.
Bila di bandingkan dengan lagak begitu, penegasannya bahawa beratus juta wang yang masuk dalam akaun peribadinya adalah “hadiah” dari Arab Saudi mungkin satu perkara kecil sahaja. Tambahan pula rasuah seumpama itu perkara biasa di Malaysia, maklumlah negara Dunia Ketiga. Yang luar biasa sedikit ialah jumlah wang yang disapunya.
Saya tidak menyalahkan orang kampung jika mereka turut percayakan Najib. Bukan maknanya mereka senang ditipu. Jauh sekali! Sebaliknya mereka mengagumi dan menghargai nilai-nilai budaya kita yang menghormati serta turut pada pemimpin. Oleh sebab itu mereka sedia bersabar dan bertolak ansur dengan pemimpin yang sudah terus terang menyelewengkan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, kesabaran rakyat terbatas.
Apa yang sukar difahami ialah sifat menteri dan pegawai tinggi. Malah sultan pun boleh di karut oleh Najib! Mereka tidak berbeza dengan ayam kampung, senang sahaja di pikat dan di kurung dengan dedak. Buangkan sedikit di dalam reban dan ternak itu tergesa-gesa nak masuk. Selepas itu tutup sahajalah pintu.
Banyak corak dedak yang disebarkan oleh Najib; untuk menteri-menterinya, pelantikan berterusan; pegawai kanan, kemungkinan menjadi pengarah GLC bila bersara, dengan gaji yang lumayan; dan kutu parti, mengetuai badan berkanun atau menjadi duta ke Timbuktu. Untuk sultan, kontrak satu dua sikit cukuplah. Mereka kemudian akan mengalahkan para ulama kita untuk memetik hadis dan ayat Koran mengenai betapa mustahaknya kesetiaan kepada para pemimpin.
Kembali kepada derma Saudi tadi. Pada mulanya Najib mendakwa itu “pahala” dari tanah suci akibat Malaysia memerangi kumpulan pengganas Islam, ISIS. Apabila diingatkan bahawa derma itu diberi sebelum ISIS di tubuhkan, dan juga Najib pernah memuji ISIS dan menggesa ahli Pemuda UMNO mencontohi mereka, dia mundur. Maka beratus juta ringgit itu menjadi “hadiah.” Walau bagai mana pun, dengan kegemparan berikutnya, Najib mendakwa dia pun telah mengembalikan hadiah itu. Apa agaknya tindak balas penderma!
Najib tidak boleh memberi keterangan yang terus terang. Dia pembohong dan pendusta.
Hadiah, derma, atau pahala, ia mencetuskan tindakan undang-undang secara besar-besaran di tidak kurang lima bidang kuasa, termasuk Amerika Syarikat. Switzerland dan Singapura telah pun berjaya menghukum penjara atas beberapa kakitangan kanan yang terlibat. Saman DOJ Amerika merujuk Najib sebagai "Pegawai Malaysia Nombor Satu."
Sejak dari awal ramai di Malaysia termasuk musuh Najib semasa, yakni Mahathir, mempunyai harapan tinggi terhadap Najib. Pandangan saya, iaitu Najib tidak berbakat langsung, adalah berkecualian. Jika dia tidak diberi jalan oleh pemimpin kanan seperti Mahathir dan Tengku Razaleigh khususnya, serta mereka yang banyak terhutang budi kepada Tun Razak, Najib hari ini mungkin tak sampai pun menjadi Pegawai Daerah di kawasan yang mundur di Pahang.
Ahli UMNO serta orang ramai, dulu dan sekarang, buta kepada unsur hitam dan jahat Tun Razak yang di wariskan oleh anaknya si Najib. Pada saya, itu semuanya sangat terang. Begitu juga kepada pengundi Pekan. Najib hampir kalah pada pilihan raya 1999; dia mencicit kemenangan hanya 241 undi daripada jumlah lebih dari 26,000. Lebih banyak lagi undi “rosak” yang ditolak. Kemasukan undi pos yang “lewat” dari ahli tentera memberi imbangan kepada beliau. Pada masa itu beliau adalah Menteri Pertahanan.
Tun Razak hari ini dialu-alukan sebagai wira negara; dia di kebumikan dalam Makam Pahlawan. Kurang diakui ialah dia pernah mendaftar sebagai Ahli Angkatan Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Hari ini anak lelakinya Najib menjalankan tradisi derhaka kepada negara. Najib dan UMNO kini bekerjasama dengan Parti Komunis Cina, melupakan bahawa ia telah membantu komunis di Malaysia semasa Zaman Darurat yang kejam tidak beberapa lama yang lalu.
Sifat kemunafikan Tun Razak juga tersembunyi. Dia mendakwa dirinya sebagai seorang nasionalis dan pejuang bahasa Melayu. Beliau mengesa ibu bapa Melayu mendaftarkan anak mereka ke sekolah Melayu. Sementara itu dia menghantar semua anaknya ke sekolah Inggeris, dan di England. Munafik betul! Di mana dia mendapat dana untuk berbuat demikian? Gaji menteri dulu dan sekarang tidak lumayan.
Najib mewarisi kemunafikan bapanya. Beliau mendesak rakyat berjimat dan menyesuaikan diri dengan kos hidup yang tinggi yang dicetuskan oleh GST. Sementara itu dia dan keluarganya berlagak di London dan Amerika, serta bercuti diatas kapal mewah di lautan Mediterranean. Anak tiri Najib, yang ayahnya seorang pegawai tentera, memiliki rumah mewah di Manhattan dan Beverly Hills. Sekarang harta itu sudah di rampas oleh Jabatan Keadilan Amerika.
Yang amat berbahaya adalah ini. Tun Razak berkait dengan rusuhan kaum yang ngeri pada Mei 1969, berikutan pilihan raya umum ke-9 di mana UMNO pada pertama kali hilang dua pertiga majoritinya. Rusuhan dan pecah belah rakyat pada masa itu ialah antara kaum, khasnya antara Melayu dan Cina. Di pilihan raya 14 yang akan datang ini, rakyat masih berpecah belah, tetapi bukan antara Melayu dan Cina, malah dalam kaum Melayu sendiri.
Bapa Najib membahagi dan melagakan rakyat Malaysia, khasnya antara Melayu dan China. Anaknya Najib melagakan bangsanya sendiri, orang Melayu. Rakyat Malaysia, Melayu serta bukan Melayu, mesti menghalang dia melakukan kejahatan ini. Rakyat Malaysia tidak semestinya membiarkan Najib memusnahkan negara mereka. Pengundi mesti menolak Najib dan Barisan.
Ini wajib dilakukan demi kemakmuran dan ketenteraman Malaysia. Pengundi patut terus selesaikan apa yang di mulakan oleh penduduk Pekan. Mereka hampir berjaya pada tahun 1999 menamatkan karya politik Najib. Tolak Najib dan partinya.
.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home