Harapan Dan Cabaran Teknoloji Digital Dalam Pembelajaran Talian
Harapan Dan Cabaran Teknoloji Digital Dalam Pembelajaran Talian
M. Bakri Musa
[Persembahan saya di webinar anjuran Islamic Renaissance Front, Sabtu Januari 31, 2021 bersama dengan ahli panelis Dato Dr. Madeline Berma dan moderator Shamshir Alam]
TD Dalam Pendidikan Luar Bandar. Pengalaman Malaysia dan Negara Luar
[Bahagian Ketiga Dalam Empat)
Sungguh pun TD sudah merata digunakan dalam pendidikan diseluruh peringkat dan di dunia, tetapi buku terakhir nya belum lagi ditulis dan mungkin tidak dapat di tulis oleh sebab model yang sesuai di satu negara tidak setentunya akan sesuai dengan yang lain. Perbedzaan berlaku juga di dalam negri sebab masaalah di Kapit tidak sama dengan di Gua Musang.
Perbezaan juga berada di antara sekolah rendah, meneggah, dan perengkat universiti. Begitu juga dengan pendidekan khas dan matapelajaran seperti seni musik. Model “One Laptop Per Child” (OLPC – satu laptop untuk satu murid) kurang berjaya di Africa dan India, tetapi di Uruguay ia berjaya melompatkan pencapaian murid luar bandar dan mengurangkan ketidsamaan pencapaian antara mereka di luar bandar dan di bandar, dan antara kaya dan miskin. OLPC seterusnya berjaya meninggikan pergunaan TD dalam masyarakat am akibat persebaran oleh murid sekolah. Tetapi di Kenya, computer yang di beri ke murid terus hilang atau dicuri, rosak, dan tidak berguna lagi!
Di Malaysia, berita nya agak baik sedikit. Sekarang sudah muncul isi atau kandongan yang sesuai untuk keadaan tempatan. Tadi saya rujuk kepada sumbangan Cikgu Nazmi Rosli, Norhailim Mutalib dan Samuel Isaiah. Inilah endah nya TD. Tunas baru yang mungkin tidak di sangka akan timbul. Tanggung jawab kementerian ialah menolong mereka bukan juga dengan hadiah tetapi dengan wang grant untuk membesarkan dan meluaskan sumbangan mereka.
Ada tiga perhatian yang patut kita sedari. Pertama, di Lembah Silicon, California, Mekah TD, sekarang sudah muncul sekolah yang menarik, dimana komputer dan alat digital lain diharamkan dalam bilik darjah. TD hanya di gunakan untuk pentakbiran, bukan untuk pendidikan. Ibu bapa disini semua nya faham tentang peranan TD. Bahkan mereka bekerja dalam bidang itu, tetapi mereka tidak ingin anak mereka mengunakkan TD dalam pedidekkan. Sekali pandang ini mungkin pelik sedikit, menceritakan arus baru yang berlawanan dengan keadaan semasa. Tetapi tidak. Murid2 itu semua sudah fasih dan pintas menggunakan TD di rumah dan diluar bilek darjah.
Apa maknya bila di Mekah TD, guru dan ibu bapa tidak membenarkan computer dalam bilik darjah? Mereka balik keasal dengan cara lama. Iaitu, pendidikkan adalah satu perusahan antara seorang guru dengan murid nya, mengunakan kapur dan papan hitam sahaja.
Ini ialah kecuali yang membuktikan kebenaran, atau dalam BI, the exception that proves the rule. Murid mereka semua sudah fasih dengan mengunanakan TD di luar bilek darjah. Jadi guru mereka memberatkan benda benda atau unsur unsur yang tidak boleh di ajar melalui TD, saperti budi bahasa dan bagaimana untuk berkerja bersama dan bantu membantu. Tetapi oleh sebab ketatan Covid 19, mereka dengan senang menjalankan pengajian mereka melalui e-learning.
Pemerhatian kedua ialah di mana daerah pun memang ada sekolah di mana guru enggan atau tidak berminat berkhidmat oleh sebab beberapa masaalah dan berbilang alah. Cara hendak menarik guru kesekolah serupa itu tidak tergantung atas sama ada atau tidak TD tetapi berlandasan atas unsur lain saperti gaji, elaun tambahan, dan beberapa galakkan yang lain. Saya yakin kalau kita naikkan gaji atau elaun mereka dan memberi kemudahan saperti rumah sewa percuma, itu akan memberi kesanan yang lebih bermakna. Mungkin TD menyenangkan kerja guru tetapi itu dengan sendiri nya tidak akan menarik guru ke sekolah di Gua Musang atau Ulu Kapit.
Perhatian ketiga ialah sekolah yang disifatkan berjaya, sama ada di Malaysia, Finland, atau America, mempunyaii beberapa kesamaan nya. Antaranya ialah guru, ibubapa, dan masyarakat tempatan semua bersama aliran untuk menjunjung tinggi tujuan sekolah itu. Pendekkata, sukar untuk sekolah dan murid nya maju jika guru tidak dapat sokongan dari ibubapa dan masyarakat tempatan. TD tidak menukarkan sifat itu.
Malaysia bernasib baik sebab pendidikan adalah dibawah kerajaan pusat dan bukan kerajaan negri atau tempatan saperti di Amerika. Oleh sebab itu, ketidakseimbangan antara sekolah lebih senang di baikki. Ini adal masaalah terbesar di Amerika. Keadaan di Finland bersama dengan Malaysia tetapi di sana perbedaan tidak banyak jaraknya antara sekolah bercapaian tinggi dengan sekolah pencapaian rendah. Oleh sebab itu ibu bapa tidak heboh mencari sekolah yang baik untuk anak mereka. Mereka sebaliknya hanya memileh sekolah yang senang untuk mereka seperti yang dekat dari rumah. Di Malaysia ibu bapa heboh untuk memasokki anak mereka kesekolah berasrama penuh supaya anak mereka ditanggung oleh kerajaan dari awal lagi. Sepatutnya sekolah berasrama dihadkan kepada anak B40 atau anak miskin.
Pencapaian pendidikan, sama ada dizaman sebelum TD atau sekarang, berkaitan terus dengan kemajuan masyarakat, dan berkaitan songsang (inverse relationship) dengan kemiskinan. Ini pengalaman di seluruh dunia. Ini merujuk kepada nilai atau mutu insan yang saya sebutkan pada permulaan tadi.
Mengikut kajian Muhammad Abduh Khalid, 100 peratus kanak kanak dirumah flat di KL dianggap dalam kumpulan kemiskinan; begitu juga di luar bandar. Kemiskinan meliputi di bandar dan luar bandar.
Pakar ekonomi Prof Jomo menyatakan bahawa 90 peratus murid di Malaysia tidak dapat kemudahan TD. Itu angka yang saya rasa amat tinggi. Mengikut Yayasan Hasanah pula, hanya 37 peratus. Di Amerika, lebih kurang 15 peratus. Prof Jomo mencadangkan membawa balik siaran radio dan televisyen yang lama oleh sebab sekolah di luar bandar boleh dengan senang menerima siaran radio dan telivisyen daripada signal Internet. Radio dan televisyen teknolji lima pulohan. Untuk gunaan sementara atau stop-gap sahaja, itu saya setuju. Banyak kelemahan pendidikkan melalui radio dan TV. Anataranya, ia satu arahan sahaja. Guru tidak dapat mengiktirafkan peneriman atau balas dari murid. Murid luar bandar Malaysia patut menerima kemudahan yang seimbang dengan murid di bandar dan dengan murid moden antarabangsa.
Lebih bagus lagi kalau kita ubahsuaikan saluran atau bandwith televishyen untuk membawa signal internet. Masaalah nya disitu bukan engineering (itu boleh dilangkahi) tetapi undang undang. Ini telah di buat di Africa. Memberi kemudahan broadband di luar bandar, sama ada memileh cable, satellite, atau saluran telephone, adalah soalan engineering dengan mengambil latar belakang landskape (saperti lindungan gunung), keadaan physical (seperti hutan), dan suasana masyarakat. Pilihan yang sesuai untuk rumah panjang di Ulu Kapit mungkin tidak sesuai di pantai Kemaman, di hutan Gua Musang, atau di rumah pangsa Kuala Lumpur.
Sambungan Terakhir Dalam Empat Bahagian – Pilihan Yang Sesuai Untuk Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
<< Home