(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Friday, April 05, 2024

Petunjuk Halus Dari Majlis Berbuka Puasa DiRaja

 Petunjuk Halus Dari Majlis Berbuka Puasa Diraja

M. Bakri Musa

 

Satu rakaman video Kerajaan Madani menunjukkan majlis berbuka puasa diraja dengan Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai tetamu kehormat (atau mungkin tuan rumah). Rakaman itu tersebar luas di media sosial. Perhatian saya tertarik ke atas beberapa pemandangan yang agak luar biasa.

 

            Seperti biasa tetamu kenamaan serta bangsawan Melayu berpakaian rasmi Baju Melayu congak Belanga yang berwarna-warni, dengan butang emas dan perak (mungkin berlian) yang berkilauan. Samping kain songket mereka bersulam benang emas yang berseri memeluk baju dan seluar. Pakaian ini sudah menjadi resmi di majlis tertinggi.

 

            Yang menarik perhatian saya ialah pakaian Sultan Ibrahim. Baju Melayunya congkak musang dan berwarna biru sederhana, serta samping ringkas kain pelekat kapas Madras. Sampingnya di bawah baju dan bukan seperti yang biasa di mana ia meliputi baju dan seluar.

 

            Gaya congkak Musang yang dipakai oleh Sultan Ibrahim memanglah adat Johor. Tiada kejutan di sana. Tetapi mengikut adat resam Johor juga, congkak Musang itu adalah pakaian orang biasa sahaja sementara kerabat diraja menggunakan congkak Belanga. Tetapi pada semasa ini cara itu sudah selalunya digunakan oleh kerabat diraja Johor. 

 

            Sultan Ibrahim memakai sampingnya di bawah atau di tutup oleh baju Melayunya dan tidak seperti tetamu Melayu yang lain. Di Johor, gaya sedemikian ialah untuk rakyat biasa dan kerabat diraja menggunakan samping menutup baju dan seluar. Walau bagaimanapun, gaya samping menutup baju dan seluar sekarang sudah menjadi kebiasaan kepada semua rakyat Melayu.

 

            Hanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim sahaja antara tetamu Melayu yang sedar atas adat resam pakaian Baju Melayu Johor. Baju Melayu congkak belanga yang dipakainya berwarna sederhana, dan samping kain pelekatnya tertutup di bawah baju Melayu seperti gaya marhaen di Johor. Tetamu Melayu yang lain dengan pakaian mewah mereka serta samping songket mereka di luar tidak sedar langsung yang gaya dan pakaian mereka melebihi Sultan Ibrahim! Mungkin mereka buta terhadap kiasan halus yang di tunjukkan oleh Yang Di Pertuan Agung pada malam berseri itu.

 

            Terdapat dua lagi isyarat yang halus tetapi tidak kurang ketaranya yang saya lihat dalam jamuan diraja itu. Pertama ialah Agung berbual mesra dengan tetamu wanita. Biasanya dalam perhimpunan di Malaysia kaum wanita terkumpul di sudut sahaja. Begitu juga dengan aturan di meja makan. Kebanyakan daif kenamaan bercampur lelaki dan perempuan. Gambaran ke dua ialah Agung duduk bersila di atas lantai bersama tetamunya ketika berbuka puasa. Mereka juga menggunakan tangan jari dan bukan dengan sudu dan garfu. Isyarat kampung ini tidak mengganggu para hadirin yang berpakaian formal dan di suasana yang berseri itu.

 

            Gambaran paling ketara ialah apabila tetamu beratur untuk menjalankan solat Maghrib selepas berbuka puasa. Menjelaskan maknanya tentang apa yang berlaku memerlukan saya menyimpang sedikit.

 

            Beberapa hari selepas Abdullah Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelima pada Oktober 2003, pejabatnya menyiarkan video di mana dia mengimamkan solat berjemaah dengan ahli menterinya serta pegawai tertinggi kerajaan. Tetapi Imam masjid berdiri di belakang kononnya Imam Baru Amat Tertinggi Abdullah. Nyata atas simbolisme yang ingin di sebarkan oleh Abdullah sama ada dia berbuat dengan sengaja atau dia membenarkan dirinya di gunakan untuk menggambarkan dia sebagai pemimpin duniawi dan rohani, seperti juga Nabi Besar kita Muhammad, s.a.w., serta empat Rashidun Khalifah.

 

            Adegan Abdullah menjadi Imam itu sudah tentu dirakam untuk ditayangkan secara meluas. Apa yang sepatutnya satu masa bersolat yang penuh bermakna itu dijadikan bakal sumber iklan pilihan raya. Inilah perangai seorang pemimpin yang juga cuba mencerminkan dirinya sebagai ketua agama serta negara. Bahkan Abdullah cuba menubuhkan satu jenama Islam tersendiri, yakni Islam Hadhari. Hari ini tidak seorang pun ingat apa itu Islam Hadhari.

 

            Pemimpin menunggang agama adalah kebiasaan, terutamanya mereka yang tiada berbakat atau berkebolehan memimpin. Lihatlah Hadi Awang, pemimpin Parti Islam PAS. Ia masih berjaya, sekurang-kurangnya di kalangan orang Melayu Kedah, Kelantan, Trengganu, dan tempat lain yang mundur. Pemimpin kosonglah yang beres menggunakan agama sebagai tunjang mereka. Itu sudah tentu tidak terhad kepada pemimpin Melayu atau Islam.

 

            Pada majlis berbuka puasa diraja yang saya sebutkan di atas, Sultan Ibrahim atau Perdana Menteri Anwar tidak mengimamkan solat Maghrib. Sebaliknya Imam yang sedia mengambil tanggung jawab itu dengan tetamu Islam berbarisan di belakangnya.

 

            Bayangkan Imam itu bila dia balik ke rumahnya lewat petang itu. Ceritanya kepada anak dan isteri, “Saya teristimewa mendapat kehormatan luar biasa! Mengimamkan solat berjemaah bersama Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.” Satu kenangan yang tidak terhingga kekal dan manisnya! Satu warisan istimewa untuk anak dan cucunya!

 

            Lebih mengharukan saya ialah pakaian Agung yang sederhana. Ternyata bahawa sultan serta pemimpin tertinggi tidak perlu mengunjungi warung kopi yang tidak bersih di tepi jalan dan dengan itu mempertaruhkan kesihatan dan keselamatan mereka hanya untuk menunjukkan bahawa mereka kononnya bersemangat marhaen atau bersama dengan rakyat. Orang ramai akan melihat gerak isyarat sebegitu rupa, merendahkan "foto-op", atau lebih teruk lagi, sengaja berpura merendahkan diri. Selain daripada itu, tidak perlu untuk pemimpin pada hari ini untuk bersiar-siar di sekitar inkognito seperti Khalifah Omar ra untuk mengetahui keadaan rakyat. Jabatan Perangkaan moden yang cekap boleh memberikan gambaran yang lebih tepat dan bermakna.

 

            Pada majlis berbuka puasa diraja itu, Sultan Ibrahim sekali lagi menunjukkan bahawa baginda sangat serasi dengan rakyat. Dia menunjukkannya dengan cara bernas serta keagungan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home