Kehebohan (Serta Cerit Sulit) Mengenai Murid Melayu D Sekolah Cina
Kehebohan (Serta Cerita Sulit) Mengenai Murid Melayu Di Sekolah Cina
M. Bakri Musa
Sekolah mencerminkan masa depan sesuatu negara, mengikut pepatah Cina. Bagi Malaysia, gantikan istilah negara dengan bangsa atau masyarakat. Kekecohan mengenai peningkatan bilangan ibu bapa Melayu yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah Cina adalah satu pengakuan bahawa kebijaksanaan pepatah Cina itu sudah disedari oleh masyarakat kita. Kesedaran ini mendedahkan kisah yang kini sudah lama tersembunyi atau tidak diketahui oleh orang ramai.
Tersirat dalam kebijaksanaan pepatah Cina itu ialah kita boleh mengetahui keadaan dan taraf sesuatu negara atau masyarakat melalui sekolahnya. Bila saya melawat sekolah kampung di Sweden dua dekad yang lalu, saya tidak perlu laporan perbadanan dunia untuk mengetahui keunggulan sistem persekolahan Sweden. Begitu juga apabila saya melawat sebuah sekolah di Haiti pada tahun 1970-an. Saya dapat melihat serta merasakan keputusasaan pelajar dan guru mereka, dan dengan itu, masa depan negara itu. Lihatlah keadaan Haiti pada hari ini.
Saya tidak pernah melawat sekolah di China. Walau bagaimanapun pada tahun 2000 semasa melawat ke sana, saya terkejut bahawa bersama saya dalam pesawat penerbangan itu beberapa guru dan profesor Amerika yang akan bertugas di sana. Anak saya juga pernah mengajar Undang-undang di Universiti Tsinghua. Saya banyak mempelajari tentang negara China dan bakar pemimpin pintar mereka melalui pemerhatian anak saya di dewan kuliahnya.
Oleh itu saya tidak langsung terkejut bila hari ini penerbitan ilmiah, laporan cerdik pandai, serta media sosial penuh dengan berita tentang peningkatan ekonomi dan inovasi teknologi China. Bahkan dalam semua bidang kecuali mungkin pengajian agama.
Sekarang melalui media sosial, saya tidak perlu melawat sekolah Cina untuk meneliti kebijaksanaan pepatah kuno Cina yang saya sebutkan di pangkalan rencana ini.
Video terbaru di Youtube (https://youtu.be/OYL0s79z_t8?si=VqeVBwhTZZ0fLVTB) mengenai sebuah sekolah di Shenzhen mengukuhkan keyakinan saya. Langkah Amerika terbaru seperti mengenakan tarif yang tinggi ke buatan China dan menyekat pelajar mereka memasuki universiti Amerika tidak akan memberi kesan apa pun terhadap kenaikan masa depan negeri China. Sebaliknya, langkah tersebut akan menjejas Amerika. Umpamanya kenderaan elektrik buatan China kini jauh lebih baik daripada buatan Amerika dan akan mengatasi pasaran dunia. Begitu juga dengan menghad pelajar Cina datang ke Amerika. Kini banyak universiti Amerika mengeluh akibat pengurangan dana yang bisa dibawa oleh penuntut dari China. Cerdik pandai China, seperti dulu dari Jepun dan Korea Selatan, kini meninggalkan Amerika untuk pulang ke tanah air dan memulakan perusahaan mereka sendiri dan melawan kaum kapitalis Amerika di pasaran dunia.
Lihatlah bilik darjah di sekolah Shenzhen yang penuh lengkap dengan alat teknoloji yang moden. Ia memalukan sekolah swasta yang paling mewah di Amerika. Begitu juga dengan dewan seni yang lebih endah daripada Dewan Philharmonic Petronas. Kemudahan sukan di sekolah Shenzhen hanya boleh di igau oleh Pusat Latihan Olimpik negara lain.
Bandingkan sekolah kebangsaan kita yang tidak berhenti menghadapi beban dan masalah. Tiga masalah berat yang ditanggung oleh sekolah kebangsaan kita. Pertama, kekurangan serta salah guna dana dan sumber tenaga yang berterusan tanpa batasan. Bayangkan jika dana dan tenaga yang ditumpukan untuk mempersembahkan Modul Empat Puluh Hadis Imam Nawawi dialihkan untuk membina makmal, bilik darjah "teknologi tanpa wayar," serta membekal komputer untuk murid! Dengan kemudahan seumpama para pelajar kita boleh mempelajari Empat Puluh Hadis dengan sendiri, mendengar tafsiran di dunia luas. Itu akan membebaskan fikiran serta intelek dan juga rohani mereka. Betapa berat beban dana dan tenaga, itu satu yang boleh kita kira dan diberi angka. Maknanya, mungkin di atasi dan selesaikan. Tidak begitu dengan dua halangan yang lain.
Salah satunya ialah sikap dua muka pemimpin dan ahli cerdik pandai Melayu. Ini bermula awal. Allahyarham Tun Razak, Menteri Pelajaran pertama dan orang yang memulakan sistem pendidikan negara, menggesa ibu bapa Melayu untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah Melayu. Sementara itu dia sendiri dengan cara sembunyi dan senyap menghantarkan semua kelima-lima anaknya ke sekolah Inggeris, dan di England pula pun!. Maksudnya kepada Tun Razak dan mereka yang bersama fikiran, sekolah Melayu hanya sesuai untuk anak marhaen.
Bagi cerdik pandai Melayu pula, Nik Safiah Ismail merasakan tidak perlu untuk murid Melayu mempelajari Bahasa Inggeris (BI). Menurut beliau, BI adalah bahasa penjajah. Kalau mungkin, hanya 20 peratus sahaja orang Melayu yang perlu mahir dalam bahasa itu; yang lain tidak payah belajar BI dan boleh bergantung atas terjemahan sahaja. Itulah teras yang beliau sampaikan kepada generasi pelajar Melayu sekarang. Yang tidak dinyatakannya ialah anak dan cucu beliau mesti berada di dalam kumpulan pilihan kecil itu. Nik Safiah mencerminkan fikiran Tun Razak. Muka dua mereka jelas.
Tetapi halangan yang paling teruk ialah peningkatan “ke Islaman” aliran sekolah kebangsaan. Itu bukan sahaja menghalau orang bukan Melayu dari aliran itu, bahkan mengakibatkan murid di sekolah kebangsaan bukan di didik tetapi di “indoktrinasikan.” Itulah tragedi harapan bangsa kita. Mereka tidak boleh berfikir sendiri, hanya fasih dengan menghuraikan apa sahaja yang sudah di hafizkan. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berazam supaya sekolah kebangsaan melebihi sekolah Tahfiz.
Pemimpin sekolah Cina jenis Kebangsaan boleh meningkatkan angka murid Melayu dengan menyediakan makanan halal atau meminta penjaja Melayu (tertakluk kepada garis panduan kebersihan yang ketat) mendirikan gerai di kampus. Itu akan meremahkan sekolah Cina ke peniaga dan seterusnya masyarakat Melayu. Yang satu lagi ialah menukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Mandarin dan bukan Cina. Sekali gus itu akan menekankan bahasa dan bukan bangsa.
Unsur meremehkan sekolah Cina kerana mereka menerima dana dari syarikat bir mencerminkan berapa terdesaknya mereka yang menentang sekolah jenis kebangsaan. Itu tidak akan memberi kesan.
Jika BI disifatkan sebagai bahasa penjajah dan dengan itu bahasa masa yang lepas, maka Bahasa Mandarin adalah bahasa masa depan serta bahasa yang ditutur oleh lebih ramai orang di seluruh dunia.
Pelajar Sekolah Kebangsaan kini mengingatkan saya kepada murid di negeri Cina semasa pemerintahan Mao dahulu. Di masa itu murid Cina sibuk berdemonstrasi dan melaungkan "Pemikiran Pengerusi Mao" sambil melambai Buku Merah Kecil Mao. Begitu juga pelajar Melayu kini terpesona dengan zikir mereka sambil menghafaz dan mengkibarkan Hadis Empat Puluh Imam Nawawi. Ketaksuban psikologi ke dua adalah sama, yang berbeza hanya rupa luar sahaja. Ke dua tidak kurang mengganggu dan merosakkan.
Deng Xiaoping merompak sandiwara dan syok sendiri rakyat China dan mencabar mereka untuk menghadapi realiti dan keadaan dunia semasa. Tidak sampai dua keturunan kemudian, negeri Cina sekarang menjadi negara utama dan teragung. Sementara itu orang Melayu kita masih dalam cengkaman khayalan dan syuk sendiri. Pekung masyarakat kita ialah pemimpin Mat Mao Kecik yang berturunan.
Satu petunjuk baik ialah masyarakat Melayu kini sudah mula bangkit dan bermata cerah. Mereka sudah bermula menentang pemimpin berotak kuno dengan menggunakan cara pengelakan dan penentangan, atau apa yang dituliskan oleh John C Scott sebagai "senjata orang lemah" (weapon of the weak). Peralihan gempa bumi yang senyap dalam masyarakat Melayu serta peralihan fikiran orang Melayu ini akan kekal. Itu satu petanda baik untuk masyarakat kita, dan dengan itu negara Malaysia.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home