(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, June 18, 2025

Ujian Clinical Untuk Menyelesaikan Masaalah Sosial

 Ujian Klinikal Untuk Menyelesaikan Masalah Sosial

M. Bakri Musa

Petikan #14 daripada buku saya “Qur’an, Hadith, Dan Hikayat: Latihan Dalam Pemikiran Kritikal”

Pemikiran kritikal itu melibatkan menanya banyak soalan, mungkin selalunya yang susah dan kurang menyenangkan. Ia jangan disalah anggap dengan “persoalan” atau bersifat kritikal semata-mata. Bukan niatnya untuk menimbulkan keraguan atau sinis. Anda bertanya soalan untuk memastikan kebenaran sesuatu dakwaan atau kenyataan.

Renungkan kenyataan yang mudah ini. Saya pening kepala; makan pil aspirin dan sakit kepala itu hilang. Maka aspirin itulah yang menyembuhkan sakit kepala ku. Tetapi kadangkala minum air suam sahaja pun boleh menghilangkan sakit itu; begitu juga dengan melafazkan ayat-ayat suci atau selepas tidur lena.

Oleh kerana perubatan moden berasaskan sains, para doktor menyelesaikan kemusykilan ini bukan dengan mendengar nasihat pakar terkenal (dulu atau sekarang), tetapi dengan melakukan kajian dua buta (double-blind studies). Kumpulkan 200 orang pesakit pening kepala dan berikan separuh daripadanya aspirin, separuh lagi pil gula sahaja. Kemudian, buat kajian teliti menggunakan statistik. Sebahagian mereka yang diberi pil gula pun akan sumboh pening kepala mereka mungkin dengan sendirinya atau kesan plasebo semata-mata. 

Pak bomoh tetap kukuh pegangan mereka terhadap pengikutnya berdasarkan kesan plasebo ini, atau secara kasarnya, kebetulan dengan kepercayaan semata-mata. 

Ketika pandemik Covid-19, ramai yang mempersoalkan keperluan atau kesia-siaan pelbagai langkah yang diambil, seperti kuarantin dan larangan perhimpunan ramai, serta vaksinasi, penjarakan sosial, dan pemakaian pelitup muka. 

Dua pendekatan kepada masalah ini. Pertama, kaji wabak yang lalu; kedua, kaji langkah yang diambil oleh negara yang berjaya mengawal wabak ini. Sebelum memulakan kajian sedemikian, kita mesti mempunyai pemahaman asas tentang penyakit, khususnya perjalanan semula jadi penyakit itu. Ini boleh disimpulkan daripada sejarah, seperti ketika tanpa perubatan moden, atau dalam masyarakat terpencil semasa yang tidak tersentuh peradaban. Itu disebut sebagai “eksperimen alam jadi.”

Setiap wabak, atas pelbagai sebab, kebanyakan orang ramai atau penduduk akan terselamat. Mekanisme pertahanan badan semula jadi kita adalah satu faktor. Yang lain, atas naluri asas untuk terus hidup, kita belajar mengambil langkah pencegahan sendiri. Bagi agen berjangkit, jika berlaku mutasi (perubahan biologi) yang menjadikannya lebih bahaya atau senang berjangkit, seperti yang dialami dengan varian Delta Covid-19, angka mangsanya akan meningkat. Begitu juga, sebaliknya.

Pertimbangkan sebahagian besar mereka yang terselamat dengan sendirinya. Jika seorang penjual ubat kampung menjual ramuan ajaibnya kepada mereka, dia bermegah dengan kejayaannya 100 peratus, lebih baik daripada apa yang di buat oleh pakar moden. Dia mungkin menjadi kaya dan terkenal. Begitu juga dengan seorang agamawan yang membaca doa suci kepada kumpulan ini. Dia juga akan terkenal atas bebolihannya. Bahkan boleh memulakan agama baru! 

Seseorang itu boleh mendakwa banyak perkara hanya dengan memutar dadu dengan betul, atau memilih pelanggan dengan teliti. Disinilah perlunya ujian saintifik dua buta yang terkawal. Jika sesuatunya boleh mengurangkan ramainya si penyakit dalam kumpulan yang menerimanya berbanding dengan kumpulan yang tidak di beri apa apa, maka campur tangan itu berkesan. Dengan cara inilah kesanan vaksin telah dibuktikan. 

Semasa pandemik Covid-19, mereka yang tidak bersetuju dengan vaksin menonjolkan kes-kes individu yang mengalamai kesan yang kurang baik, termasuklah mereka yang membawa maut. Kesimpulan segera ialah kematian, komplikasi, dan kesan buruk lain itu di sebabkan oleh vaksin. Itu mungkin benar. 

Tetapi fikirkan bahawa pada bila-bila masa pun akan ada orang yang mengalami strok dan serangan jantung, bahkan mati, selepas perbuatan remeh seperti berjalan kaki atau menonton permainan bola sepak. Tiada siapa yang waras akan membuat kesimpulan bahawa menonton permainan bola sepak akan menyebabkan serangan jantung.

Namun kita melakukannya dengan kejadian buruk selepas vaksinasi, terutamanya yang dipanggil “kematian berlebihan” yang tinggi. Itulah sebabnya kita memerlukan kajian terkawal dan analisis kes individu yang teliti.

Seterusnya: Pemikiran Dan Mencipta Realiti Baharu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home