(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, July 16, 2025

Pemikiran Kritikal Adam Berfikir Seperti Kanak-Kanak

 Pemikiran Kritical Adalah Berfikir Seperti Kanak-Kanak

M. Bakri Musa 

Petikan #17 dari buku saya Qur’an, Hadith, Dan Hikayat: Exercises In Critical Thinking

Secara mudah difahami tetapi tidak jauh dari kebenaran, berfikir dengan teliti ialah seakan cara kanak-kanak. Mereka memiliki sifat ingin lebih tahu dan tidak berpuas hati dengan jawapan pertama. Beritahu kepada mereka sesuatau dan anda akan menerima pertanyaan berpanjangan seperti "Kenapa?" "Apa?" "Bagaimana?" dan "Mengapa tidak?"

Berfikir dengan teliti memaksa kita bertanya banyak soalan dan mempertimbangkan berbagai kemungkinan sebelum menerima atau membuat sesuatu simpulan. Latihan ini termasuklah memeriksa kembali penilaian asas untuk kemungkinan adanya kesilapan atau untuk memperbaikinya. Pemikiran kritis adalah usaha yang positif.

Dalam profesyen perubatan bedah saya, kami biasa mengadai Persidangan Morbiditi dan Kematian dimana semua kematian dan komplikasi pemdebahan disemak dan dikaji. Semua Jabatan Pembedahan yang bermutu mengadakan mesyuarat sedemikian. Sesi tersebut mungkin perit bagi mereka yang terlibat dalam pembedahan itu tetapi pada akhirnya kita semua dapat belajar daripada kesilapan seseorang. Semasa saya berlatih dahulu, itu adalah salah satu cara yang amat bermafaat serta berguna.

Orang komunis juga sudah lama mempunyai versi mereka sendiri, apa yang mereka sifatkan sebagai “sel kritik diri.” Mereka akan duduk bersama dan menyoal antara sama sendiri. Adakah itu juga latihan pemikiran kritis? Jika tidak, apa bezanya?

Yang pertama, “sel kritik diri” komunis itu mempunyai andaian yang jelas dan tidak boleh dicabar, seperti tidak boleh mengkritik parti atau tujuannya. Selalunya itu juga bermaksud tidak boleh mengritik para pemimpin mereka. Lakukan sedimikian dan anda tidak akan dapat mengkritik lagi! Trotsky mengetahui hal itu terus terang dengan Stalin.

Malaysia bukan satu negara komunis atau diperintah oleh seorang diktator, tetapi ia mempunyai banyak soalan dan tajuk yang diiktiraf sensitif.” Salah satunya ialah jangan sesekali mengkritik pemimpin, terutamanya sultan. Malaysia mempunyai banyak sultan, yang benar dan juga yang “nak jadi.” Tambahan pula terdapat banyak peraturan keras dan kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri di mana anda boleh dipenjarakan tanpa perbicaraan. Ramai yang sudah terjerat di bawah akta itu.

Berita baik ialah belum ada alat untuk mengesan pemikiran dan fikiran dalaman anda. Maknanya kita masih oleh berfikir dalaman dengan cara senyap sahaja untuk mencapai keputusan yang bijak tanpa sesiapa di luar mengetahuinya.

Selain daripada topik yang “sensitive,” terdapat juga banyak faktor lain yang menghalang rakyat Malaysia daripada menggunakan kemampuan kritikal minda mereka. Pertama, budaya feudal yang masih besar lagi pengaruhnya dalam fikiran dan perangai kita sehari. Antaranya anggapan salah tentang makna hormat dan menghormati serta apa yang disifatkan sebagai maruah. Ini digambarkan dengan baik dalam buku Kassim Ahmad, Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah. Beliau membongkar budaya kita dengan mensifatkan Hang Jebat sebagai wira dan sebaliknya Tuah si jahat jika tidak penderhaka bangsa. Budaya kita belum pulih dari anggapan itu!

Kita mesti berani berfikir dengan teliti memandangkan dengan mudahnya kita mendapat berita, maklumat, dan pendapat secara harfiah di telapak tangan seseorang seperti dengan cell fone. Dengan kemudahan itu datanglah masalah lain. Bahkan sekarang gambar dan video pun boleh dipalsukan dengan kecanggihan yang tinggi; apatah lagi dokumen dan rakaman suara! Kemunculan Kecerdasan Buatan dan Chat-GPT hanya menjadikan cabaran ini lebih teruk lagi serta kompleks.

Sekarang sudah ada software untuk mengesan plagiarisme di antara pelajar, masalah meniru ini jauh lebih rumit. Walaubagiamana pun, penipuan akhirnya akan terbongkar seperti yang ditemui oleh beberapa tokoh akademik kebelakangan ini.

Pada awal kerjaya saya terlibat dalam penyelidikan transplantasi eksperimen. Ketika menyerahkan tesis saya, satu “salinan biru” (yakni penerbitan awal yang masih belum di cetak) dari pusat akademik terkemuka di Amerika keluar di mana si-penyelidik menggunakan model dan haiwan eksperimen yang sama seperti yang saya lakukan. Manakali saya tidak berhasil, dia mendapat kejayaan yang luar biasa. Akibatnya, saya terpaksa menilai semula data saya. Walau seteliti mana pun saya cuba dengan bantuan rakan statistik, saya masih tidak dapat menukar kesimpulan saya kecuali untuk menambah peruntukan biasa “kajian selanjutnya diperlukan." Terpaksa buat demikian supaya tesis saya diterima.

Oleh kerana penyelidikan saya dibiayai dengan baik, penyelia saya mencadangkan agar saya menghabiskan beberapa bulan di pusat terkemuka itu untuk melihat apa yang mereka buat yang betul dan menghasilkan kejayaan yang besar. Sebaliknya, saya menolak cadangan itu dan kembali ke pembedahan klinikal.

Sekiranya saya mengikut nasihat itu, mungkin saya dapat membongkar apa yang kemudiannya dituliskan oleh akhbar The New York Times sebagai tipuan “Watergate Perubatan,” atau lebih dikenali sebagai Skandal Summerlin atau “Mengcat tikus.”

Kita harus berhati walaupun kenyataan dan “fakta” diucapkan oleh personaliti “terkenal” dan “berjaya” sekalipun telah disemak oleh pelbagai penjaga gerbang seperti editor, pengulas, dan rakan sarjana. Membezakan yang tulen dari yang palsu boleh menjadi sukar jika tidak mustahil pada masa tertentu. Itu keperluannya untuk berfikir dengan kritis dan teliti. Kalua tidak anda akan menderita menanggung akibatnya.

Seterusnya: Psikologi Pembelajaran

0 Comments:

Post a Comment

<< Home