(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, June 25, 2025

Berfikir nUtuk Mencipta Realiti Baru

 Berfikir Untuk Mencipta Realiti Baru

M. Bakri Musa

Petikan #15 daripada buku saya, Qur’an, Hadith, Dan Hikayat: Latihan Dalam Pemikiran Kritikal

Pendekatan ujian klinikal telah diguna oleh disiplin selain daripada perubatan, terutamanya ekonomi. Renungkan masalah pencapaian pendidikan yang rendah di kalangan pelajar miskin luar bandar. Mengapa tidak cuba beberapa cara untuk menolong mereka dan lepas itu kaji keputusannya?

Sepasang suami isteri ahli ekonomi MIT telah melakukan kajian tersebut dengan murid sekolah di Afrika. Satu kumpulan diberima makanan percuma di sekolah (seperti di Amerika); kumpulan kedua di beri wang tunai kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah (seperti Program Progressa di Mexico); kumpulan ketiga, diberi wang tanpa syarat (UCT—Unconditional Cash Transfer); dan terakhir, di beri ubat cacing.

Rupanya mereka yang diberi pil cacing berkala menunjukkan keputusan darjah terbaik serta prestasi dari segi hasil pendidikan! Lebih luar biasa, mereka mengekalkan kelebihan daya saing mereka kemudian sebagai orang dewasa, seperti yang ditunjukkan oleh pendapatan mereka yang lebih tinggi. Pendek kata, kesihatan asas manusia mengatasi segala-galanya!

Kembali pada awal 1950-an, ahli ekonomi Malaysia teragung Ungku Aziz mencadangkan selalu memberi pil ubat cacing berkala kepada kanak-kanak luar bandar untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka. Beliau melihat anak kampung tersebut pucat dengan perut yang buncit dan tingkah laku yang lembap. Sebagai seorang Melayu, beliau biasa dengan persekitaran kampung, baik dari segi fizikal (seperti kemudahan sanitasi yang tidak wujud), mahupun budaya.

Bapa saya membaca cadangan Ungku Aziz dalam akhbar Utusan Melayu dan terus memberi adek beradek saya pil ubat cacing secara berkala. Saya tidak tahu sejauh mana hendak mengaitkan kejayaan akademik saya kemudian kepada pil-pil tersebut atau bimbingan ibu bapa dan guru saya. Saya juga tidak tahu sama ada pembuat dasar Malaysia pernah menerima pemerhatian Ungku Aziz yang berpandangan jauh itu dan berberapa dekad sebelum pasangan ahli ekonomi MIT yang terkenal itu.

Hari ini akibat status ekonomi keluarga Melayu luar bandar semakin baik secara amnya, murid semuanya termasuk di luar bandar semuanya memakai kasut. Itulah cara paling berkesan untuk mengurangkan cacing dalam usus—dengan cara pencegahan. Tiada mungkin kesan kurang baik seperti mengunakan pil.

Kembali kepada ibu bapa saya, dia akan marah jika ada di antara kami jika yang keluar tanpa menggunakan alas kaki. Kami sentiasa memakai terompah, murah dan senang di dapati.

Kaedah saintifik, seperti ujian klinikal "buta" adalah aspek pemikiran kritikal. Kemajuan Barat dalam dua tiga abad terakhir, dan kini Asia Timur dalam setengah abad terakhir, dikaitkan dengan penggunaan pendekatan saintifik. Kemajuan China sekarang bukan disebabkan oleh etika Konfusianisme yang misterius, seperti yang didakwa sesetengah pihak. Sebaliknya itu adalah akibat negara itu memeluk sains dan teknologi selepas kegagalan teruk revolusi Mao yang tidak berkesudahan dan sosialisme yang tidak berakal. Akibatnya anak muda mereka habis masa melaungkan ayat-ayat dari Buku Merah Mao.

Mereka yang terdedah kepada sains kurang berkemungkinan dipengaruh oleh emosi atau pemikiran yang ceroboh. Satu kebetulan ialah bahagian Malaysia yang paling kebelakangan seperti Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu, juga adalah negeri yang paling kurang "saintifik". Tidak hairan juga mereka mudah terpengaruh dengan retorik dan syarahan pemimpin agama mereka yang sama jumud dan buta sains. Negeri tersebut juga mempunyai insiden kes Covid-19 tertinggi.

Berfikir secara kritikal bukanlah untuk mengkeji atau menghakimi, seperti istilah tersebut pada umumnya difahami. Ia bukan untuk merendah-rendahkan atau meragui norma dan nilai orang lain, terutamanya mereka yang berbeza budaya atau asal atau dan tidak bersetuju dengan anda.

Sebaliknya, anda menyoal untuk memastikan kebenaran atau kesahihan sesuatu dakwaan atau kenyataan. Pemikiran kritikal hanya menghakimi dalam erti kata anda membenci atau menolak mereka yang menggunakan penaakulan yang salah atau andaian palsu untuk mencapai kesimpulan. Pemikiran kritikal akan membawa kita ke arah realiti baharu yang belum pernah terbayang sebelum ini.

Pramoedya Ananta Toer menulis dalam Rumah Kaca, "Kita semua perlu menerima 'fakta'. Walau bagaimanapun, jika itu sahaja yang kita lakukan, maka kita tidak akan pernah berkembang. Manusia mesti mencipta fakta baharu agar kita tidak berisiko menghapuskan perkataan 'kemajuan' dalam perbendaharaan kata kita."

Mencipta fakta baharu memerlukan pemikiran kritikal.

Seterusnya: Berfikir Secara Kritikal Adalah Kemahiran YangBoleh  Dipelajari

0 Comments:

Post a Comment

<< Home