Minda Segar Dan Minda Tertutup
Minda Segar Untuk Tumbuh Berbanding Dengan Yang Tertutup
Petikan #20 dari buku saya, Qur'an, Hadith, And Hikayat: Exercises In Critical Thinking.
M. Bakri Musa
Terdapat dua perinsip ternyata bila belajar. Pertama, kita mempunyai jumlah neuron (sel otak) paling banyak ketika lahir. Sedikit atau tiada lagi yang akan ditambah selepas itu. Kedua adalah konsep minda atau mindset, yakni cara kita berfikir tentang diri kita sendiri, terutamanya bakat dan kebolehan kita. Minda adalah tanah untuk pembelajaran. Ada tanah yang lebih subur dan sebaliknya ada juga yang kurang sedikit.
Untuk belajar kita memerlukan pembentukan litar baru neuron, yakni sel sistem otak dan saraf. Lebih banyak kita belajar, lebih banyak litar baru yang kita cipta dan lebih mudah untuk kita mencipta litar tambahan. Tetapi jika kita tidak menggunakannya, ia akan layu. Litar baru ini masih rapuh kerana ia belum lagi terlindung atau di diperkuatkan. Rangsangan untuk itu adalah penggunaan yang kerap terutamanya pada fasa awal atau nahagian permulaan.
Oleh itu pembelajaran paling intensif adalah semasa bayi dan kanak-kanak. Inilah sebabnya kini kita mendedahkan anak lebih muda lagi bermula belajar. Di negara maju, pra-sekolah kini sudah menjadi satu kebiasaan. Dalam masyarakat kuno para ibu akan berkumpul bersama dengan anak mereka bermain bersama. Banyak pembelajaran (terutamanya berkaitan kemahiran sosial) akan berlaku pada waktu itu.
Dengan wawasan ini, sekolah kini memperkenalkan pendidikan dwibahasa di pra-tadika. Itulah masa terbaik untuk memperoleh kemahiran bi- dan bahkan multi-bahasa. Pra-sekolah lebih diperlukan untuk mereka yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan pelbagai cara lain. Itulah cara paling berkesan untuk mengimbangi kekurangan-kekurangan tersebut.
Minda (mindset) adalah satu konsep atau fahaman yang muncul terlebih kemudian. Apabila kita manjadi dewasa, kita membentuk satu set keyakinan asas tentang diri kita dan dunia luar. Itulah mindset atau minda. Minda mungkin yang tetup (fixed mindset) dan tidak lagi bertumbuh atau segar dan ingin bertumbuh (growth mindset). Minda yang pertama mengandaikan bahawa watak, kecerdasan, kreativiti, dan sifat lain seseorang itu adalah tetap dan telah ditentukan dan tidak boleh diubah dengan cara yang bermakna. Mereka yang cenderung kepada agama dengan mindset tetap percaya bahawa nasib mereka telah tertulis dalam Buku Kehidupan mereka. Ia tidak boleh diubah atau diedit, yakni al qadar (apa yang akan terjadi, akan terjadi) bagi umat Islam.
Bagi mereka yang faham sains sedikit atau secara celup, minda tetap tergantung atas baka kita atau apa yang tertulis dalam kod genetik mereka. Anda juga tidak boleh mengubahnya. Walau apa pun, fatalisme seperti itu, sama ada tertanam secara agama atau tercetak secara biologi culup seperti ringkasan genetik moden oleh Readers’ Digest, adalah palsu dan terlalu mudah. Kedua batasan itu sukar diatasi.
Keduanya menimbulkan halangan besar kepada pembelajaran kerana kegagalan kemudiannya akan dijadikan alasan, “Sudah ditakdirkan saya tidak akan berjaya!” Begitu juga, kejayaan tidak akan menjadi matlamat tetapi pengesahan keupayaan semulajadi mereka. Akan ada sedikit insentif untuk melampaui dan meneroka sempadan baru.
Mereka yang mempunyai minda segar atau growth mindset tidak menganggap kegagalan sebagai peluang untuk melakukan yang lebih baik kali kedua. Kegagalan bagi mereka adalah cabaran, bukan penghakiman terakhir. Apabila mereka berjaya, mereka akan menetapkan matlamat yang lebih tinggi lagi.
Tingkah laku kita, serta bakat dan sikap terhadap pembelajaran, adalah berdasarkan sama ada kita mempunyai mindset tumbuh (maka terbuka kepada pembelajaran baru) atau mindset tetap atau tertutup di mana nasib kita telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa, atau melalui gabungan kebetulan gen atau baka dari ibu bapa kita.
Indoktrinasi agama dan akulturasi budaya feudal Melayu secara kolektif melahirkan minda tertutup atau tertawan. Ini di tambah pula dengan kritikan kejam tanpa henti daripada pemimpin-pemimpin Melayu seperti bekas Perdana Menteri Mahathir dengan keyakinan “Orang Melayu malas dan rendah bakanya (genetiknya,) dan anda telah meletakkan beban berat yang tidak perlu dan juga sukar untuk dibatasi. Lebih teruk lagi, bagi orang Melayu mereka juga akan dituduh tidak 'mertabatkan bahasa kita' apabila ingin mempelajari bahasa lain, terutamanya Bahasa Inggeris.
Itu sama seperti beban minda atau psikologi yang dihadapi oleh orang kulit hitam Amerika yang belajar dan bercakap Bahasa Inggeris dengan betul. Mereka akan dituduh untuk cuba menjadi “orang putih.”
Fasih dalam bahasa lain, antara faedahnya ialah itu akan melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang sangat diperlukan di pasaran serta lensa lain untuk melihat realiti. Tetapi para nasionalis bahasa kita melihatnya sebaliknya. Pelek betul!
Walaupun kita faham mendalam wawasan psikologi dan neurobiologi moden, tetapi masih banyak lagi yang tidak diketahui tentang pembelajaran manusia. Pertimbangkan cabaran dengan kanak autistik dan disleksia. Kemudian ada outliers, individu yang mempunyai masalah minda amnya tetapi mempunyai kebolehan yang jauh di atas purata dalam bidang tertentu, biasanya muzik atau artistik.
Mereka itu ini mengingatkan kita bahawa masih banyak lagi yang perlu kita fahami tentang otak manusia dan seseorang berkaitan dengan pembelajaran. Itu menjadikan label yang cuai dan kejam terhadap individu yang mengalami kesukaran belajar amat terkilan dan merosakkan.



0 Comments:
Post a Comment
<< Home