(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, July 30, 2025

Contour General Templar Semasa Dharurat Dahulu

 Contohi Jeneral Templer Semasa Dharurat Dahulu

M. Bakri Musa 27 Julai 2025 

[Petikan dari buku saya Al-Quran, Hadis Dan Hikayat: Latihan Dalam Pemikiran Kritikal, akan disambung minggu depan]

Perhimpunan “Turun Anwar!” pada hari Sabtu, 26 Julai 2025 di Kuala Lumpur mendedahkan dengan jelas dan juga malu sangkaan ironis serta kegilaan politik Melayu semasa.

Sedih melihat begitu ramai pemuda pemudi Melayu serta mereka yang bukan lagi muda yang tidak ada kerje lain pada hujung minggu yang panas terik melainkan menunjuk perasaan di jalan raya di Kuala Lumpur. Mereka disampingi oleh pemimpin tua yang sudah lama tidak lagi laku dan mungkin pun sudah basi. Perhimpunan itu kurang bercorak politik, sebaliknya lebih kepada laungan putus asa dan dipimpin oleh mereka yang sudah lama hilang pengaruh mereka. Mereka hanya cuba sekali lagi mencari jalan kali terakhir untuk menarik perhatian rakyat.

Kesan yang baik hanyalah dirasai oleh penjual aiskrim, goreng pisang, dan baju-T tempahan buatan Bangla yang mendapat jualan yang cergas. Bagi hotel mewah, perniagaan mereka seperti biasa sahaja, mencerminkan berapa rendah atau remeh ekonomi mereka yang menujukkan perasaan pada hari itu. Itulah kekecewaan yang sebenarnya!

Perdana Menteri Anwar lebih baik berdiam diri dan tidak mengejek mereka dengan ucapannya selamat berpulang kekampung dan dengan itu kembali ke keadaan mereka yang tidak langsung relevan. Sebelum perayaan itu Anwar juga mengumumkan pemberian RM100 kepada setiap warganegara. Itu kelakar sahaja. Lebih berkesan jika dana itu diberikan kepada sekolah tempatan.

Perhimpunan itu jelas disokong oleh Parti Islam PAS. Kurang sedekad dahulu golongan Islamis itu mencemuh Mahathir, mengejek tajwidnya yang keras kearah Kerela. Sabtu lalu mereka memeluk dia, bukan dengan penuh semangat tetapi pelukan juga.

Para perhimpun itu harus merenungkan dan jangan sengaja melupakan realiti yang nyata serta pahit dan hodoh. Yakni jika Mahathir tidak dapat mencapai apa yang dikehendakinya untuk Bangsa Melayu dan Negara Malaysia semasa lebih dua dekad dia memerentah dan semasa beliau lebih muda dan bertenaga, apa harapannya sekarang apabila dia sudah tua dan uzur pula? Tambahan pula beliau telah dihina oleh pengundi di Langkawi. Dalam pilihan raya umum 2022 dia bukan sahaja kalah bahkan hilang depositnya! Tetapi dia tidak ada rasa segan atau malu langsung!

Yang paling hodoh dan juga tidak dapat diampuni ialah Mahathir bertanggungjawab atas empat pemimpin Melayu yang korup dan tiada amanah serta tidak langsung cekap menjadi Perdana Menteri selepas beliau. Malaysia masih belum pulih lagi dari perbuatan itu, dan kini beliau kembali dengan kenakalannya yang lama!

Renungkan juga ironis ini. Anwar Ibrahim telah lama menjadi kesayangan golongan Islamis dan nasionalis Melayu. Dia telah menubuhkan tauliah dia dengan mereka sejak masih zaman persekolahannya dahulu. Mahathir pun telah mengambil Anwar ke pentadbiran Mahathir untuk menumpang pengaruh Anwar dalam kedua kumpulan itu.

Sebelum ini Anwar merupakan pemimpin yang berpengaruh dalam dan disanjung tinggi oleh golongan Islamis dan nasionalis Melayu. Beliau sepatutnya menggunakan pengaruhnya untuk menyedarkan mereka akan realiti pahit semasa. Sebaliknya, Anwar melayan mereka, dan dengan itu membangkitkan selera mereka untuk tamak lebih lagi. Beliau patut mencontohi Lee Kuan Yew ketika beliau berdepanan dengan kaum chauvinis Cina di Singapura. Lee berkeras dengan mereka kerana itu adalah perkara yang betul walaupun itu akan mengakibatkan tidak dapat undi mereka.

Cabaran kritikal semasa bukan dari unsur perkauman, khususnya antara Melayu dan Cina yang mengakibatkan rusuhan kaum yang ganas pada tahun 1969. Sebaliknya cabaran semasa ialah perpecahan diantara kaum Melayu sendiri. Itu lebih bahaya. Sejarah menunjukkan bahawa perang saudara adalah yang paling kejam.

Anwar juga patut mempelajari dari seorang pemimpin semasa zaman penjajahan dahulu yang juga menghadapi cabaran pesat yang serupa dari satu kaum. Yakni pemberontakan komunis yang disokong oleh masyarakat Cina tempatan pada akhir 1940-an dan awal 1950-an. British mengambil berat ancaman itu dan telah pun memilih seorang bekas komander tentera untuk menjadi pentadbir tertinggi negara.

Jauh berbeza dengan jeneral Amerika yang juga memerangi ancaman komunis yang serupa di Vietnam Selatan, Templer memilih penyelesaian jauh dari cara ketenteraan. Beliau membawa pembangunan kepada orang Cina dalam bentuk Kampung Baru, sekolah Inggeris termasuk yang dikendalikan oleh mubaligh, dan mengambil anak muda Cina menyertai Pasukan Polis. Dengan itu pemuda Cina yang cerdas kini bercita masuk Oxford dan Cambridge daripada “berjuang untuk kebebasan” di hutan belukar. Itulah cara Templer mematahkan tulang belakang pemberontakan komunis.

Ada ajaran penting di situ. Mereka yang berhimpun pada hari Sabtu kelmarin datang dari negeri termiskin di Semenanjung. Itu memberi satu petunjuk hala kearah penyelesaian masalah yang menimbulkan perarakan itu.

Yakni majukan negeri Melayu yang bangsat itu. Gunakan Koridor Rel Pantai Timur binaan China untuk memacu pembangunan di Kelantan dan Terengganu. Pindahkan Fakulti Perubatan di Pulau Pinang ke hospital pengajar di Kota Baru; kembangkan universiti maritim di Kuala Terengganu. Wujudkan industri moden dan institusi Barat di sana, mencontohi negara Arab di Teluk Timur Tengah. Besarkan Lapangan Terbang Kota Baru untuk bersaing dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur, seperti Lapangan Terbang Cancun dengan Lapangan Terbang Mexico City, untuk menarik pelancong.

Renungkan sedikit. Anak muda Arab sekarang di Negara Teluk lebih minat dan sibuk belajar MBA dari kampus universiti Amerika ternama yang telah ditubuhkan di sana daripada berdemonstrasi di jalanan, atau membaca Empat Puluh Hadis Imam Nawawi. Tidak hairan juga bahawa Emirate dan Qatar Airways telah menjadi cemburu dunia manakala Egypt Air dan Iraqi Air, nah, maklumlah mereka perlu mempunyai syarikat penerbangan nasional mereka sendiri!

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home