(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Friday, April 27, 2018

Kehampaan Pimpinan Najib – Kotor, Tak Cekap, Dan Tampa AmanahM. Bakri Musa

www.bakrimusa.com
Apabila akhir zaman menimpa Malaysia, satu hari yang tidak dapat dielakkan dan saya harap akan tiba tidak lama lagi (mungkin pada pilihan raya 9 Mei 2018 ini), rakyat akan terkejut atas kehampaan pimpinan Najib. Dia tidak langsung mempunyai kebolehan atau kecekapan. Lebih teruk lagi, Najib tak beramanah, dan rasuah adalah nama samarannya. 
Bagaimana hamba Allah ini boleh melecut ke pejabat tertinggi di tanah air? Tidak mungkin rakyat Malaysia bodoh untuk membiarkannya keadaan yang memalukan ini berlaku. Ya, ramai yang sedemikian dan mudah ditipu tetapi pada keseluruhan rakyat Malaysia bijak. Walau bagaimana pun, mengapa Najib dibenarkan menerajui negara selama hampir sedekad serta memalukan Malaysia di seluruh dunia dan menghampakan harapan rakyat?
Pasti Najib tidak berjaya menjadi Perdana Menteri dengan usahanya sendiri. Ramai yang memberi dan membuka laluan untuknya sejak dari awal lagi. Sekarang sudah sampai ke hadapan, Najib tidak mahir bagaimana menebas jalan baru dan keliru ke arah mana untuk membawa negara. Masanya sudah sampai untuk Malaysia memilih nakhoda baru. 
Renungkan nasib Najib jika ia bukan "Bin Tun Razak." Habis baik dia mungkin dapat menjadi pegawai rendah di kerajaan Pahang, negeri yang masih mundur. Dan jika ia tidak dilahirkan dalam budaya Melayu feudal pada akhir lima puluhan dulu tetapi pada hari ini di Kuala Lumpur yang sedia moden, gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar yang di warisinya mungkin tidak bermakna. Tetapi di kampung bertebing Sungai Pahang, dia melonjak ke kumpulan bangsawan. Maklumlah rujukan kepada putera khayalan sastera Inderaputera.
Kepada seorang yang pernah belajar di sekolah asrama Inggeris dan mengilai lagak serta cara atur Mat Salleh, upacara budaya kuno berkaitan dengan anugerah gelaran tersebut mungkin bercorak jenaka atau mainan kanak kanak, tidak berbeza dengan istiadat di hutan Afrika. Sebaliknya Najib syok dan terpesona dengan adat istiadat kurun itu. Perangai dan lagaknya seumpama budak yang di anugerahi pangkat Dalai Lama yang baru. Pendek kata, moden Najib culup sahaja! 
Jika arwah bapanya berumur panjang, Najib tidak akan mewarisi gelaran tersebut semasa muda. Oleh sebab kematian Tun Razak tidak disangka dan pada masih muda pula, unsur kurang manisnya tertutup dan tiada masa untuk muncul dan diketahui ramai. Akibatnya Najib dapat bersinar di bawah cahaya kenangan bapanya.
Antara tabiat Tun Razak yang janggal ialah kecurigaannya. Dia menyimpan rahsia penyakitnya yang tenat daripada keluarga dan negara. Dia sembunyikan tujuan rombongannya ke London untuk rawatan. Bahkan dia sengaja terbang ke Singapura untuk mengelirukan rakyat atas tujuannya. Perbuatan demikian tidak boleh di lakukan tanpa di ketahui dan disetujui oleh juruterbang dan doktornya. Maknanya, mereka ikut terlibat dengan putar belit Tun Razak. Akibat kecurigaan itu, berita kematiannya mengejutkan negara. Nyata dari tingkah laku Timbalan Perdana Menteri Hussein Onn, dia pun tidak mengetahui keadaan Tun Razak. Razak tidak percaya kepada timbalannya!
Kesedihan dan simpati rakyat atas kegemparan yang tidak di sangka itu dituahkan kepada keluarga Tun Razak yang masih muda. Najib, sebagai anak sulung, menerima tumpuan utama. Sejak itu jalan depan Najib bermula dengan cepat dan lancar meluncur ke atas.
Saluran licin pertama di beri oleh Perdana Menteri baru Hussein Onn. Dia memilih Najib pada usia 23 tahun untuk mengisi kerusi bapanya di Parlimen. Mencerminkan takrifan simpati masyarakat yang tak terhingga, Najib menang tanpa bertanding. Tak berapa lama kemudian Hussein melantik Najib sebagai menteri. Dari situ Najib terus meloncat ke atas. Mereka berpusu pusu menolong dia, atau untuk dilihat sebagai meringkaskan dan meluruskan jalan hadapan putera hutan Pahang ini. Semua, dari pemimpin politik ke agama dan juga kerabat diraja berpusu pusu mengangkat atau lebih tepat lagi, mengampu Najib.
Terdahulu daripada Hussein Onn, Tengku Razaleigh, putera pilihan Tun Razak sebagai pengetua Petronas, mengambil Najib di bawah sayapnya. Tetapi Razaleigh bijak; dia tidak memberi Najib tugas yang penting, hanya sebagai pegawai "hubungan kerajaan."
Apa balasan Najib kepada Razaleigh? Dalam pertandingan yang tenat antara Razaleigh dan Mahathir untuk jawatan presiden UMNO (dan dengan itu perdana menteri negara), Najib mengalih sokongannya kepada Mahathir pada saat terakhir. Dengan itu Razaleigh tewas, keputusan yang tidak di sangkai. 
Mahathir juga turut melicinkan perjalanan Najib. Sebagai Perdana Menteri Mahathir meningkatkan lagi Najib, dan kemudian menggunakan dia untuk menumbangkan Abdullah Badawi. Najib sedia dan bergembira menjadi alat Mahathir. Hari ini Mahathir musuh Najib. Zaman dan qiblat sudah bertukar!
Tidak seperti pemboleh Najib yang lain, Mahathir sekurang-kurangnya mengiktiraf kesilapannya, walaupun lewat. Dia kini berusaha teguh untuk memulihkannya. Saya harap dia berjaya.
Ramai lagi pelakon sokongan di pentas bersama Najib. Peguam Negara semasa memberi laluan kepada Najib atas penyelewengan dana 1MDB. Itu tidak hairan. Dia kuncu UMNO dan Najib sendiri melantik dia sebagai Peguam Negara. Begitu juga Ketua Setiausaha Negara (KSN). Dia memaksa pesaraan bekas Peguam Negara yang sudah sedia untuk menahan Najib atas tuduhan rasuah atas kekacauan 1MDB. Malah Agung pun memberi jalan kepada Najib dengan menyetujui tindakan KSN.
Bila Najib menyeleweng tingkah laku peribadi, seperti bila ia ditangkap melakukan apa yang disifatkan oleh orang biasa sebagai khalwat, perkara itu di sembunyikan oleh pihak pejabat agama. Ahli ulama pun memanjakan Najib. 
Tingkah yang amat khianat ialah Najib mencemar pertubuhan agung yang memainkan peranan penting dalam kemerdekaan negara. UMNO sekarang bukan lagi pertubuhan untuk “Bangsa, Negara, dan Agama” tetapi telah di cemar oleh Najib menjadi United Mohammad Najib Organization, khas mengutamakan peribadi Najib.
Najib pintas dengan wang. Atau lebih tepat lagi, dia pandai memikat dan memainkan hamba Allah dengan duit. Kepada Najib, dan mereka yang diperalatkannya, wang itu raja. Wang melicinkan jalan hadapan Najib. Disitulah munculnya masalah 1MDB. Mengikut dakwaan Jabatan Keadilan AS, beribu juta dana 1MDB di belot oleh Najib. Anak tirinya mempunyai harta mewah di London dan Amerika. Di musim pilihan raya ini Najib dan kuncu kuncunya dalam UMNO sibuk menebarkan kertas ringgit seperti di pesta Mardi Gras di mana manik dan gula disebarkan. 
Orang ramai tidak terhingga gembira merebut duit yang disebarkan. Jarang antara mereka yang bertanya di mana datangnya wang itu.
Rakyat tidak peduli nasib masa depan Najib dan UMNO. Merekat hanya ingin mendapat pemimpin yang cerdik, berkemampuan, boleh dipercayai, dan paling penting sekali, beramanah. Rakyat sudah benci dengan pemimpin yang penipu, tanpa kebolehan, dan mengamalkan rasuah. Rakyat rindu pertukaran. Itu bermula dengan menyingkirkan Najib dalam pilihan raya yang akan datang.
Penulis ialah seorang pakar bedah di California. Bukunya terakhir, The Son Has Not Returned. A Surgeon In His Native Malaysia, baru saja diterbitkan pada permulaan tahun ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home