Ulasan Buku: Kehidupan Al-Qur’an: Dari Akar Kekal Ke Warisan Bertahan. Karya Mohamad Jebara
M. Bakri Musa
St. Martin's Essentials, NY 2024. 248 pp Diindeks. AS26.54.
Kebanyakan orang Melayu (dan orang Islam amnya), sama ada yang canggih di badar atau pun orang kampung biasa, mempunyai dua prasangka atas agama suci kita. Pertama, Islam berkembang dengan lancar sejak Nabi Muhammad, s.a.w, menerima wahyunya. Dengan sekelip mata sahaja orang Arab dibebaskan dari Zaman Jahilliyah mereka dan Islam kemudiannya mengalami zaman kegemilangannya. Kajian sejarah sepintas lalu pun akan menghapuskan khayalan itu.
Kedua, kita menganggap Al-Quran bukan sebagai panduan dari Allah "untuk semua umat dan pada setiap masa hingga ke akhir zaman" tetapi sebaliknya hanya sebagai satu azimat. Bacalah ayat ini dan si penyakit akan terus sembuh, saudara yang sudah meninggal akan di masuki ke Syurga, dan kamu akan lulus peperiksaan kamu atau berjaya dengan temuduga.
Sebaliknya, karya Mohamad Jebara “Kehidupan Al-Qur’an: Dari Akar Umbi Ke Warisan Bertahan.” (The Life of the Qur’an: From Eternal Roots To Enduring Legacy) membantu kita memahami Al-Qur’an supaya kita boleh menjadi ihsan yang lebih baik, satu prasyarat untuk menjadi seorang Muslim yang baik. Sebagai panduan, Al-Qur'an "... [adalah] hanya wahyu, bergantung kepada manusia yang tidak sempurna untuk penggubalannya."
Kebanyakan penulis, pengulas, pentafsir dan juga penterjemah Qur’an berpanjang lela dengan karangan mereka, tetapi tidak Jebara. Dia memilih hanya beberapa tema sahaja dan kemudian menggunakan petikan khusus dalam Al-Quran untuk menyerahkannya. Caranya lebih dekat lagi dengan tema Utama Al-Quran karya almarhum Fazlur Rahman, kecuali Fazlur menggunakan prosa dan bahasa ketat, ringkas, dan padat, akibat latihannya dari Oxford.
Jebara bermula di asas, seperti dengan akar tiga huruf semua perkataan Arab. Dia menyamakannya dengan ‘gene’ atau DNA Al-Quran. Akar huruf Islam contohnya–S-L-M (seem, lam, dan mim)–bermaksud “untuk membaiki keretakan di tembok kota.” Bagi Jebara, “Islam” kurang merujuk kepada mazhab agama tetapi lebih bermakna fikiran 'untuk membaiki dan memulihkan apa yang patah atau robok.'” Tembok itu memang sudah sedia ada sejak dari dulu lagi kecuali oleh sebab sepanjang zaman dan masa retakan yang tidak dapat dielakkan telah muncul dan ditambahkan pula dengan perkembangan dan penambahan yang mengakibatkan melemahkan tembuk itu. Maksudnya, “Al-Qur’an dengan tegas dan berulang kali menegaskan kebenaran kitab-kitab dan nabi-nabi terdahulu daripadanya.”
Juga menarik, perkataan al-Qur’an berasas tiga huruf akar, bersama dengan perkataan ‘qariah,’ atau sempadan seperti qariah masjid. Ditafsirkan demikian, Al-Quran adalah panduan kepada sempadan atau batasan ke atas tingkah laku manusia yang akan diredhai oleh Allah, dan dengan itu juga sesama manusia.
Jebara mengibaratkan Al-Qur’an seperti bawang. Setiap lapisan yang anda kupas menunjukkan satu lagi yang lebih segar, tebal, dan tajam baunya. Anda tidak pernah mencapai inti selagi bawang (dan anda) masih hidup, ia terus menambah lebih banyak lapisan. Ebrahim Moosa dari Universiti Duke menjelaskannya dengan lebih terang: Jika anda merasa diri anda telah memahami sepenuhnya Al-Quran, itu maknanya anda sudah mati, jika tidak secara fizikal maka secara intelek dan fikiran. Maksudnya, kita perlu belajar berterusan dan kewaspadaan terhadap kepastian.
Saya merasa meluat dan kurang senang hati apabila seseorang ulama atau ustad menamatkan pembacaan atau petikan ayat al-Quran dan hadis dengan hebatnya (mungkin dengan juga sombong) menyatakan, “Ayat (atau hadis) ini bermakna . . . !” Wah angkuhnya! Tidak ada keraguan langsung! Kepastian mutlak! Bukankah lebih sesuai dan juga berasa rendah diri jika di tambah dengan perkataan 'terjemahan ini lebih kurang sahaja, wallah hu alam.' Itu bukan sahaja menenangkan telinga pendengar bahkan mencerminkan kerendahan hati si penceramah.
Al-Quran berusaha untuk mengekalkan keseimbangan antara retorik inspirasi yang menaikkan semangat selaku dengan dan kesedaran realistik bahawa dunia ini mungkin berbahaya dan tidak sempurna atau adil. Alat Al-Qur’an adalah perkataan dan ayat sahaja. Oleh itu hidanglah bahayanya. Bak pepatah Arab, luka perkataan lebih dahsyat mencerdakan daripada tebasan pedang. Bersikap melulu dengan perkataan seperti kafir dan murtad tidak kena dengan ajaran al-Qur'an!
Jebara memilih beberapa perkataan Arab asli dan petikan untuk menyerahkan pandangannya. Istilah "Nabi" berasal dari kaum Semit yang bermakna atau menggambarkan sumber anak air. Padang pasir yang kering dan kelihatan mandul mungkin boleh dijadikan mekar dengan adanya air. Renungkan gambaran itu! "Rasul" ialah saluran air ke tanah yang paling subur; Khalifah, seorang penjaga kebun, serupa dengan gembala yang disebut di Alkitab; masjid, tempat pertemuan dan pertumbuhan semula. "Imam" bermakna seorang pemandu yang mengheret kita keluar dari kegelapan gua kepada dunia luar yang bercahaya.
Tafsiran Jebari tentang wahyu pertama (iqra’) mengulangi banyak yang telah ditulis dalam bukunya “Muhammad, The World-Changer. An Intimate Portrait (Muhammad: Penukar Dunia. Satu Gambaran Yang Mesra (2021). Makna ‘iqra’ bukan ‘baca’ sebagaimana yang difahami ramai tetapi kuntum bunga yang baru berkembang ke dunia yang luas dan bercahaya. Orang Arab pada zaman Nabi, s.a.w., dahulu buta huruf. Mereka tidak tahu membaca. Bagaimana hendak tahu makna perkataan ‘baca!’
Begitu juga dengan terjemahannya Khutbah Terakhir Nabi walaupun itu bukan sebahagian Al-Qur'an. Tafsiran Jebara sangat berbeza dan menggambarkan pendekatan dan pemahaman yang baru dan segar.
Cara Jebari untuk memahami Al-Qur'an mengingatkan saya kepada kursus Shakespeare yang saya ikuti semasa mahasiswa. Dalam kursus setahun kami mempelajari lebih kurang tidak lebih daripada lima peratus sahaja karya penulis termasyhur itu. Tetapi dengan mengkaji mendalam, kami cukup bersedia dan dilengkapi untuk membaca dan mengkaji dengan sendiri karya beliau seterusnya. Begitu juga dengan karya Jebara ini. Dia memberatkan kajian yang mendalam dan bukan meluas. Inilah kebijaksanaan dia. Selepas itu kita boleh mengkaji Al Qur’an dengan selesa.
Jebara menjauhkan dirinya daripada kontroversi "revisionis" yang dicetuskan pada mulanya oleh penulis Orientalis tetapi kini disetujui oleh mungkin ramai cendekiawan Islam. Yakni atas isu-isu asas seperti ketika bila Al-Qur'an yang sedia ada sekarang dikanonkan atau di selaraskan dan sama ada Qur’an yang ada sekarang adalah versi yang sama disusun oleh Khalifah Uthman. Sebaliknya Jebara lebih kepada memancarkan cahaya dari sudut yang baru dan bukannya pada objek itu sendiri.
Hidup di dunia ini adalah satu perjalanan; kita memerlukan panduan untuk menghayati dengan sepenuhnya supaya kita berupaya menjadi apa yang disifatkan oleh al-Quran sebagai insan solehan. Membaca Al-Quran sahaja tanpa menghayati kandungan dan maknanya tidak bermakna atau memberi berkat. Itu seumpama membaca serta meneliti buku panduan (guidebook) tetapi tidak pernah keluar berjalan. Ahli tinju Slavic Khabib Nurmagomedov memberi perhatian yang tajam. Yakni, orang bukan Islam tidak membaca Al-Quran atau hadis. Mereka hanya membaca perangai kita sebagai orang Islam! Kepada mereka, itulah Islam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home