(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, April 18, 2024

Ulasan Buku Muhammad The World Changer

 Ulasan Buku Muhammad, The World-Changer. An Intimate Portrait (Muhammad, Penukar Dunia. Satu Gambaran Mesra) karya Mohamad Jebara

M. Bakri Musa

 

St. Martin’s Publishing, NY, 2021. 350 pp; indexed. US$26.34

 

Saya telah cuba membaca banyak biografi Nabi Muhammad, s.a.w. Saya katakan "cuba" sebab jarang saya menghabiskannya. Sukar meneruskan selepas membaca dua tiga bab kerana bosan dengan keajaiban dan petanda luar biasa yang di alaminya. “Muhammad, Penukar Dunia: Gambaran Mesra” berpisah dari yang biasa dan oleh sebab itu menyegarkan. Jebara juga tidak mencabar kepercayaan kita atau menghina kecerdasan otak.

               Di dalam mukadimahnya, penulis mengimbas kembali apa yang mendorongnya untuk menulis. Seorang Muslim yang lahir di Kanada dan berkepakaran pelbagai bahasa (Arab Kuno, Aramiak, dan Ibrani), dia dibesarkan di suasana sekular Barat "di mana nilai kebebasan, bertanggung jawab, kesaksamaan, dan penghargaan seorang hamba Allah adalah teras budayanya." Seorang hafiz, dia ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang insan Allah teragung ini yang mempunyai senama dengannya.

               Atas tujuan itu dia telah menunaikan haji pada tahun 2002 semasa berusia 21 tahun. Apa yang dialaminya di sana mengejutkan. Tidak perlulah saya memetik butirnya kerana semuanya mengingatkan pengalaman ibu bapa saya semasa mereka menaik Haji pada akhir tahun 1960-an. Mereka juga terkejut dan terperanjat dengan keadaan disana. Mereka tidak percaya bahawa lalat Mekah halal seperti di akui oleh orang Arab, apatah lagi apabila ibu saya hampir mati akibat keracunan makanan. Keyakinan bahawa mereka yang meninggal semasa Haji akan terus masuk syurga tidak pun memberi kesenangan hati kepada ayah saya.

               Baru ini saya bertanya kepada rakan sekerja yang sudah menunaikan hajinya. Apa yang mungkin dia buat sekiranya berasa membuang air semasa keadaan yang sibuk dan beramai? Membelek matanya. Maklumlah!

               Karya buku Jebara mengikuti aliran kehidupan Nabi, s.a.w, kecuali tidak ada catatan tentang bulan berbelah atau malaikat menyanyikan semasa kelahirannya. Hanya keinginan ibunya yang janda agar bayi itu memenuhi nama ‘Mohammad’ yang diberikan oleh datuknya Abul-Mutallib. Nama itu tidak pernah didengari oleh orang Arab.

               “Mahamadim” muncul dalam Kidung Agung (5:16), dan “M’hamudeha” dalam Kitab Ratapan (1:7), kata Jebara. Abdul-Muttalib memilih nama itu bukan untuk menghormati tetapi mencabar cucunya. Mohammad bermaksud "Jadikanlah dirimu hebat supaya dapat membantu orang lain menjadi hebat!" Dengan berbuat demikian Abdul-Mutallib juga ingin mengakui warisan Yahudi ibu nabi. Itu mungkin menghairankan pembaca.

               Bagi Aminah, kata-kata terakhirnya ketika dia meninggal semasa anaknya berusia hanya enam tahun ialah, “Ya Muhammadu kun rajula!” (Wahai Muhammad, jadikanlah diri kamu pengubah dunia!)

               Wahyu pertama Nabi diterima pada 610 CE ketika dia belum berumur empat puluh tahun. Umat Islam sepanjang zaman sudah pasti dengan peristiwa itu. Dia telah berputus asa dengan kemiskinan dan ketidakadilan yang mengerikan di masyarakat Mekah, bersama dengan ketidakmampuannya untuk mencari jalan penyelesaian. Isterinya Khatijah mencadangkan agar dia mengasingkan diri di dalam gua yang sejuk di atas bukit belakang Mekah, samalah seperti isteri saya mencadangkan saya bercuti di pantai atau di hutan kayu merah ketika saya gelisah dengan rencana saya.
               Gambaran yang di beri oleh Jebari atas peristiwa istimewa itu agak berbeza dan luar kebiasaan, dan versinya bergema dengan saya.
               “. . . [S]ecebis awal cahaya matahari terbias . . . dan dalam keadaan terseksa dan kesedihan Muhammad akhirnya membuka mulutnya. ‘Ma aqra!’ dia berseru dalam kebingungan. (‘Saya tidak tahu bagaimana untuk berkembang!’). [Dia] mengulanginya dua tiga kali lagi, …. [Kemudian] seolah-olah dalam jawapan [dia, Mohammad] mendengar lima ayat pendek bergema di seluruh tubuhnya.”
               Umat Islam memang sudah tahu itu adalah wahyu Nabi, s.a.w, pertama (Surah Al Alaq 96:1-5). Apa yang berlainan ialah tidak ada malaikat yang menyanyikan atau menyumbat ayat-ayat itu ke telinga Muhammad. Yang juga berlainan adalah terjemahannya perkataan “iqra'.” Ia biasanya diterjemahkan sebagai "Baca!" Itu membingungkan saya sebab masyarakat Arab ketika itu kebanyakannya buta huruf. Jebara menterjemahkan ‘aqra’ sebagai "saat sekuntum tunas terbuka dan membuka kepada dunia di sekelilingnya." Itu satu gambaran bunga yang endah serta padat dengan makna dan simbolisma!
               Ini, serta terjemahan lain mengenai peristiwa yang penuh bermakna serta terkenal dalam riwayat Nabi, s,a.w., agak menarik serta menyegarkan pembaca. Renungkan cara Jebara menulis tentang Pertempuran Hudaibiyyah yang terkenal di mana Nabi, s.a.w., terpaksa mengundur diri dalam suasana yang agak memalukan. Sebaliknya, mengikut Jebara, peristiwa itu ternyata menjadi titik penting yang membawa kepada kekalahan Mekah seterusnya. Komander tentera pada hari ini mungkin menyebut langkah Nabi itu sebagai "pengunduran strategik!"
               Nabi menggunakan metafora dan gambaran dari alam dunia sedia ada, seperti dengan mekarnya aqra’. Begitu juga dengan gaya kepimpinannya untuk mengatasi halangan: air yang mengalir di sekeliling batu. Satu lagi, nabi, atau saluran yang mengarahkan air ke kawasan tanah yang subur. Di padang pasir, Nabi sedar bahawa air membolehkan tanah pasir kering dan nampaknya mandul menjadi mekar dan segar. Nabi, s.a.w., juga menghormati bahawa seseorang insan itu mempunyai hak yang istimewa yang dianugerahkan oleh Penciptanya dan tidak boleh di singkil, pisahkan, permainkan, atau dipendekkan oleh manusia lain tidak kira betapa tinggi kuasanya. Sebaliknya pemimpin harus memupuk nilai itu. Nabi, s.a.w., dan pengikutnya mencerminkan nilai murni ini dengan membebaskan ramai orang hamba semasa.
               Tetapi balik kepada warisan pimpinan Nabi, s,a.w., tiga daripada empat Khalifah penggantinya telah dibunuh. Kematian khalifah yang ketiga, Uthman, amat kejam. Dia ditikam, dan pancaran darah dari dadanya melumurkan naskhah pertama Al-Quran yang dia menyusun ketika itu. Selama hampir sembilan puluh tahun penguasaannya (661-750 CE), dinasti Umayyah yang berpangkalan di Damsyik “berjaya menginstitusikan Islam sebagai agama dogmatik. Apa yang bermula sebagai falsafah pembebasan berdasarkan konsep ketauhidan sejagat, empayar Umayyah menyusun semula menjadikan ia sebagai kepercayaan formal yang dibezakan daripada agama Yahudi dan Kristian … [dan] menggambarkan jurang antara Muslim dan bukan Islam–jauh dari niat dan intisari perlembagaan Madinah atau semangat haji.”
               Itulah petikan Jebari yang paling luar biasa dan amat bermakna yang setakat ini kurang mendapat perhatian.
               Dinasti Abbasiyah (750-1517 CE) yang menggantikan Umayyah membawa Era Kegemilangan Islam. Hari ini hampir satu perempat daripada penduduk dunia adalah Muslim. Yang tidak dapat kita puji ialah terlalu ramai umat Islam yang diwakili dalam kalangan mereka yang miskin, terdesak, dan tanpa mengusaha. Kita berharap sejarah akan kembali menyerahkan balik nasib masyarakat Islam. Buku ini akan menambah dan mendorong kita ke teras itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home